Laman Webantu KM2A1: 2932 File Size: 12.2 Kb * |
Isu Dicipta Untuk Nafsu Membara By Tok Misai 3/10/2000 7:03 am Tue |
Se cebis warkah untuk rakyat Malaysia.
Tanggal 2/10/00. TERGERAK HATI UNTUK MELAKAR Sudah lama saya tidak menulis. Hari ini, tiba2 rasa
macam nak luahkan perasaan sikit. Sebenarnya, hati
saya memang sakit dan pilu sampai tak terkata apa2
lagi dah. Macam2 yang telah dan sedang berlaku dalam
negeri kita ini. Segala-galanya semakin menyemarakkan
lagi rasa marah dan benci yang tak terhingga ini
kepada pendokong2 Taghut yang tidak sedarkan diri itu.
Tidak ada jawapan logik boleh diberi kepada isu2 yang
timbul saban hari di negara ini. Untuk merasionalkan
dan menerima kejadian2 yang berlaku dengan penuh
persetujuan, seseorang itu mesti meninggalkan akalnya
yang waras dan keluar dari Islam. Kalau masih waras
dan mahu meng-interpretasikan isu2 ini dari kacamata
Islam, pasti tiada jawapan rasional yang boleh boleh
diberikan kerana sebab timbulnya isu2 ini dan kaedah2
yang telah digunakan untuk menanganinya bukanlah
seperti apa yang dikehendaki dan diajar oleh Islam.
ISU DICIPTA UNTUK NAFSU YANG MEMBARA
Kalau Islam dihayati dengan baik, isu2 hangat yang
membingungkan sekalian rakyat tidak akan berpeluang
wujud langsung. Orang yang cinta kepada Islam dan
sedar siapa dirinya disisi Allah tidak akan tergamak
buat dan beri masalah kepada orang lain. Dan jikalau
terjadi pun apa2 perselisihan, cara untuk
menyelesaikannya adalah dengan kembali kepada
Al-Quran, As-Sunnah, Qias dan Ijmak Ulamak. Mudah
saja. Tapi oleh kerana perangai manusia ini memang
bangang dan suka turut hawa nafsu dan syaitan, maka
benda yang tak patut wujud tiba2 wujud, manakala cara
untuk menyelesaikannya pula digunakan dengan cara yang
Islam tak pernah ajar. Baik2 tak patut ada masalah,
tiba2 jadi satu masalah yang besar hingga menyusahkan
orang ramai. SIKAP PUKUL BORONG Kita kena tahu bahawa Islam menghukum sesiapa yang
sengaja tidak mahu mempertimbangkan dan seterusnya
menyelesaikan apa2 isu atau masalah yang timbul
mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Allah dan
RasulNya sebagai zalim, fasiq dan kafir. Kalau jahil
tentang agama, kita disuruh belajar dan ambil tahu
tentangnya. Tak boleh main pukul borong saja pakai
akal kita yang sempit itu. Tapi masalahnya ialah
terlalu ramai dari kita yang masih degil dalam hal
ini. Kita pikir kita pandai dan hebat sehingga kita
lupa apa hak Tuhan dan apa pula hak seorang hamba
kepada Tuhannya. Allah suruh kita gunakan Islam
sebagai neraca, tapi kita pulak yang memandai-mandai
cari kaedah dan sistem lain untuk tujuan ini. Hak
Allah kita nak ceroboh kerana kita fikir kita lebih
pandai dari Tuhan yang telah mencipta kita dan seluruh
alam semesta ini. YANG SALAH BETUL, YANG BETUL SALAH
Disebabkan ini, yang salah kita kata betul. Dan yang
betul pula kita kata salah. Yang berada dalam
kebatilan ini akan berhempas-pulas untuk menegakkan
benang yang basah kerana dia fikir dia betul. Padahal
kalau kita ikut kaedah Islam, siapa yang betul dan
siapa yang salah adalah senang untuk ditetapkan.
Kekalutan ini semua berlaku kerana aqidah kita cacat.
Dan yang cacatkannya ialah kita sendiri. Memang
perangai manusia yang bertuhankan nafsu suka
mencacatkan dan merosakkan benda yang baik asalnya.
Disebabkan ini, maka porak perandalah jadinya
masyarakat dan negara ini hasil dari perbuatan kita
sendiri. Memang benar segala2nya masih kelihatan seperti normal
di luar sana seolah-olah tidak ada apa2 malapetaka
yang sedang menimpa kita. Sebahagian besar dari kita
masih boleh terus "hidup" seperti biasa. Disebabkan
ini, "life still goes on" kepada sebahagian besar dari
kalangan kita semua. Tapi bagi pihak2 yang terlibat
secara "direct" dalam isu2 yang telah timbul sejak
pertengahan tahun 1997 hingga sekarang, suasana yang
mereka hadapi "is a matter of life and death" bagi
mereka. MAKIN TUA MAKIN MENGGILA Saya malas nak perincikan isu2 yang telah dan sedang
timbul di negara kita sejak tempoh yang telah saya
nyatakan di atas tadi. Membuang masa saja. Tapi, yang
pasti ialah Malaysia sekarang bukanlah Malaysia yang
kita kenali sebelum ini. Banyak perkara telah berubah
dan perubahan2 ini lebih menjurus kepada kehancuran.
Cuma yang buta, pekak dan tuli saja yang masih tak
sedar tentang hakikat ini. Orang tua gila yang kita sangat2 berharap akan
dijemput oleh Malaikat Izrail nampaknya semakin
terserlah kemabukkannya. Mungkin inilah tanda2
sakratul maut di zaman yang canggih ini. Semakin
hampir Izrail kepadanya, semakin ganas, zalim dan gila
pula aksi2 dan tindakan2nya. Kalau dulu Namrud jadi
separuh gila menghantuk kepala di dinding angkara
seekor nyamuk yang Allah kirim untuk duduk dalam
hidung dia bertahun-tahun, Firaun jadi terlalu geram
dan marah hingga dia sendiri sanggup kejar Nabi Musa
hingga terbenam dalam laut, dan Mustafa Kamal Attaturk
pula jadi sakit gatal seluruh badan tergaru-garu
sampai menggelupas kulit dan seterusnya mati dalam
keadaan tanah/bumi tidak mahu menerimanya, maka si-tua
ganyut yang di negara kita pula nampaknya sedang mabuk
sakratul maut dengan cara kemaruk memfitnah orang
lain, bolot khazanah negara dan menindas rakyat
sepuas-puas hatinya. SAKIT YANG BERJANGKIT Apa yang paling menyedihkan sekali ialah semakin teruk
dia mabuk tak sedar diri, semakin ramai pula badut2
yang datang mengelilinginya. Mereka ini semua
kelihatan seperti sama2 telah dijangkiti oleh penyakit
mabuk yang tak kenal Tuhan dan tak ingat kepada mati.
Dalam keadaan mereka fikir mereka sedang berada dalam
kebenaran, mereka sebenarnya semakin jauh tersasar
dari jalan aqidah yang lurus. Mana tidaknya! Hanya
orang yang tak kenal Tuhan dan tak ingat mati saja
yang berani dan sanggup menyanggah perintah Tuhan
dengan berani dan tunduk patuh menyembah seorang
manusia lain. Saya sungguh yakin bahawa negara yang akan kita
wariskan kepada anak cucu kita dibelakang hari nanti
pasti akan hancur tidak lama lagi. Kerosakkan sudah
betul2 berleluasa di mana2. Maksiat dan kemungkaran
sudah jadi perkara biasa dan melalikan kita. Hinggakan
golongan pondan2 yang pada satu ketika dulu sikit
bilangan mereka dan duduk menyorok diam2 tiba2 sudah
jadi berani menyuarakan hak2 mereka tanpa segam silu
lagi. Disebabkan ini, yang tak pondan pun tiba2
bercita-cita nak jadi pondan pulak kerana macam sudah
jadi satu trend untuk orang2 yang tak ada agama ini
memuaskan nafsu mereka dengan cara Bisexual. Saya
jamin datok nenek kita dulu memang tak pernah sangka
yang suasana yang segawat begini boleh berlaku pada
hari ini berbanding dengan zaman mereka dahulu. Yang
peliknya pula ialah hal yang segawat ini seolah-olah
tak membimbangkan kita sikit pun. Akibat dari didikan
sekular, kita sudah mula menerima situasi ini sebagai
satu keadaan yang "natural". ISLAM DIBENCI, KUFUR DAN MURTAD MENJADI-JADI
Pada masa yang sama, orang mengaku Islam yang hidup
mengikut budaya orang kafir dan murtad semakin
bertambah dari hari ke hari. Dan mereka juga tanpa
segan silu begitu berbangga sekali dengan gaya dan
cara mereka. Islam begitu asing kepada mereka,
sehinggakan mereka berani membenci Islam kerana
merasakan bahawa Islam ini hanyalah kolot dan
mengongkong kebebasan mereka sahaja. Apa nak jadi
dengan negara kita agaknya? Berdasarkan kepada keadaan2 ini, saya kira kita sama2
tunggu sajalah pada saat kehancuran yang akan Allah
timpakan kepada kita nanti. Ini bukan cerita main2.
Dalam Quran ada banyak kisah2 seperti ini. Kisah kaum2
Aad, Tsamud, Saba', Lut, Nuh dan berbagai-bagai lagi
sepatutnya menjadi iktibar kepada kita. Tapi
sebaliknya kita anggap bahawa semua cerita2 ini macam
kisah dongeng pula. Malah lebih dari ini, Allah telah
pun memberi kita semua tanda2Nya yang nyata sejak
kebelakangan ini supaya kita cepat2 insaf dan kembali
kepada kebenaran. Tapi kita masih degil dan buta.
Lihat saja kepada Bosnia, Kosova, Kashmir, Ambon,
Maluku dan sekarang ini di Sulawesi dan Filipina. Ini
semua adalah tanda2 yang nyata kepada umat Islam
supaya bersiap sedia menghadapi kehinaan yang akan
Allah timpakan kepada umat yang kononnya mengaku Islam
tetapi pada masa yang sama menolak ajarannya yang
sebenar. KEBALKAH MALAYSIA? Walaupun tanda2 ini jelas dan terang, tapi haram sikit
pun kita di Malaysia tak mahu ambil kisah langsung.
Seolah-olahnya Malaysia ini kebal dari apa2
malapetaka. Siapa sangka 7 tahun lalu yang Mahathir
boleh jadi gila seperti hari ini? Siapa pernah sangka
Anwar Ibrahim boleh kena belasah dengan Rahim Noor dan
seterusnya dipenjarakan selama 15 tahun? Siapa pernah
sangka ekonomi kita yang berkembang setinggi 8% setiap
tahun boleh tertiarap sampai tak terbangun-bangun?
Maka dengan ini, jangan fikir Malaysia akan sentiasa
aman dan selamat sampai bila2. Yahudi dan Kristian
sudah lama bertapak di Malaysia dan mereka semua hanya
menunggu masa saja untuk bertindak. Sebahagian orang2
Melayu sudah pun menjadi Yahudi dan Kristian dalam
keadaan yang mereka sendiri tidak sedar mereka sudah
murtad dan kafir. Inilah dia perancangan puak2 kuffar.
Aqidah sebahagian orang2 Melayu sudah lama hancur dan
inilah yang diinginkan oleh puak2 kuffar itu sebelum
mereka serang kita dengan kekerasan pula selepas ini.
Mereka mahu pastikan supaya pertahanan aqidah kita
benar2 dalam keadaan yang lemah sebelum mereka
bertindak. Suasana yang mereka cita2kan untuk
bertindak adalah sama seperti keadaan pada ketika
tentera Jepun dulu hanya berbasikal saja masuk ke
dalam Malaya dan tawan negara ini tanpa perlu bersusah
payah. PUCUK DICITA ULAM MENDATANG Umpan mereka sudah lama mengena kita. Malah sejak
akhir2 ini, semakin gelojoh pula kita menyerahkan diri
kita kepada mereka untuk disembelih. Pucuk dicita ulam
yang mendatang. Umpan yang mereka berikan sikit, tapi
yang berebut-rebutkan umpan ini terlalu ramai. Seronok
puak2 kuffar ini tengok ayam2 yang akan mereka
sembelih berbondong-bondong masuk ke dalam sangkar.
Dan tidak lain tidak bukan, yang memimpin kita untuk
masuk ke dalam sangkar ini adalah si-tua ganyut itu
sendiri. Cuba perhatikan : Dalam pada dia berdiri
terhoyong-hayang menghentam kuasa2 kuffar ini yang dia
dakwa kononnya mahu menjajah kita, tiba2 dia sendiri
pula yang memainkan peranan yang paling utama untuk
membawa masuk pengaruh2 sesat ini untuk disumbatkan ke
dalam tekak muda-mudi di dalam negara ini.
Aduhai orang2 Melayu sekalian..... Percayalah,
Malaysia pasti akan hancur! Tanda2nya sudah terang dan
jelas. Hanya yang buta, pekak dan tuli saja yang masih
tidak sedar akan hakikat ini. Soalannya sekarang ialah
: Apakah persiapan kita untuk menghadapi malapetaka
ini? ISLAM JALAN PENYELESAIAN Maka jawapannya pula ialah : Islamlah kita dengan
sebenar2 Islam jika kita mahu selamat. Jika tidak,
tunggu sajalah malapetaka yang akan menimpa kita semua
baik di dunia dan juga di akhirat. Janji Allah itu
benar dan ia pasti akan datang. Tidak ada janji yang
lebih benar dari janji Allah. Dan tidak ada tempat
lain tempat yang akan kita kembali melainkan untuk
pulang ke hadrat Allah sahaja kerana dari Allah kita
semua datang, datang kepada Dia jugalah akan kita
semua kembali. Samada kita suka atau tidak, inilah
hakikatnya. Oleh itu, kita ada pilihan untuk
menentukan bagaimana kita mahu kembali kepadaNya. Kita
boleh pilih untuk kembali samada sebagai hamba2Nya
yang akan mendapat keuntungan atau pun kerugian yang
besar. Hanya orang2 yang bijak saja yang akan
mengambil peluang yang masih ada pada dirinya untuk
menyelamatkan diri kita dan keluarganya sebelum
terlambat. Apakah pilihan anda? -Tok Misai- |