Laman Webantu KM2A1: 2931 File Size: 4.3 Kb * |
Hirup Kopi Telan Air Liur By Dahlia 3/10/2000 6:15 am Tue |
Menyelinap sedikit adegan pendekar gunjing negeri Pahang.....
Kebetulan saya berada di Kuantan pada Sabtu (1 Oktober, 2000) atas
urusan kerja . Setelah selesai urusan, saya balik ke Hotel penginapan
di pinggir Teluk Cempedak - yang menghala ke Laut Cina Selatan,
laut yang mengandungi harta dan khazanah laut yang bertimbun
banyaknya. Bukan sekadar emas hitam!!
Maka, bertembunglah saya secara kebetulan dengan wanita/pemuda
umno yang petang itu dibawa oleh sorang tauke untuk minum di sana,
yang kebetulannya saya berada di coffee-house yang sama, tidak jauh
dari meja mereka. Hahaa... inilah perangai orang umno! Pantang dapat
belanja sikit, terlentok leher! Apatah lagi dapat minum di Hotel yang
bertaraf lima bintang, siap dengan panorama yang menggiurkan
kerana mata boleh menatap tubuh-tubuh mongel di kolam renang
yang hanya berada di sebelah coffee-house. Menghirup kopi sambil
menelan air liur! Di Hotel ini, banyak merakam karenah dan perangai orang umno. Di
sini juga bekas ADUN Sanggang (Allahyarham) YB Abdullah Kia
sesak nafas ketika sedang berbincang dengan seorang pemuda
Bahagian mengenai politicking di Mentakab yang menjadi penyebab
kepada kematian beliau. Di sini juga katanya tempat beberapa
ADUN/YB dijamu dengan wanita-wanita cantik saban bulan. Di sini
juga katanya, artis-artis dari KL dibawa untuk dijadikan ratahan para
pembesar Negeri! Di sini juga pernah merakamkan peristiwa berdarah
pergaduhan kerabat Diraja yang memukul seorang pemuda kerana
seorang wanita celebriti. Di sini juga merakamkan peristiwa seorang
pembesar Kerajaan dijamu dengan minuman arak saban minggu,
sehingga mabuk dan tak sedarkan diri.
Walaupun tempat "jamuan" dan pesta itu ditutup rapat, tapi bak kata
pepatah, kalau dah bangkai, baunya tetap terhidu sampai ke luar!
Huh!!!! Berbalik kepada cerita wanita/pemuda umno ni, rupanya mereka
menghadiri Pesta Sukan Pemuda umno peringkat Negeri Pahang yang
dirasmikan oleh MB brutal pada Jumaat - 30/09/00 di Stadium Indera
Putra, Kuantan. Pesta sukan pemuda umno peringkat Kebangsaan
akan diadakan bermula 13 Oktober depan, juga di Kuantan.
Al-kisah, pemuda umno ni bercerita yang mereka sukar mencari
peserta (ahli yang ingin menyertai sukan berkenaan - bolasepak,
takraw, dll), sehingga terpaksa memujuk, merayu dan membayar upah
kepada pemuda-pemuda/belia di Daerah masing-masing yang
rata-rata tidak menyokong umno. Seorang pemuda yang ada di situ
berkata, "aku terpaksa bayar sorang RM50 , kena sediakan penginapan,
duit makan dan duit minyak kereta. Siap kena beli baju, kasut
dan track-bottom untuk pujuk dia orang main. Kalau aku tak buat
begitu, mana ada budak nak main pun!".
Dia mengeluh lagi: "Kalau macam nilah, tak tahu aku! Nazak sungguh dah
umno ni. Sampai budak muda pun menyampah kat umno! Yang
ada pun dah tua-tua bangka semuanya, dah nak masuk zaman
menopos pemuda." Disambut dengan deraian gelak ketawa oleh kawan-kawan mereka
di situ. Rupanya, dalam diam-diam, pemuda umno ini juga sedar
betapa teruknya imej umno, apatah lagi imej pemuda umno di
kalangan jenerasi muda di negara ini. Yang lawaknya,
kegusaran itu telah bertukar menjadi bahan jenaka dan
gelak ketawa sesama mereka. Terfikir juga saya, dalam Mahdey menggerakkan jentera parti untuk
menawan Kelantan dan Terengganu serta memastikan Pahang ditawan
oleh BN di semua kerusi DUN/Parlimen dalam pilihanraya 2004, sedar
tak sedar umno semakin nazak maruahnya di hati orang Melayu.
Semakin hebat gerakan menghina PAS/BA dibuat, semakin jauh orang
Melayu meninggalkan umno!! (semoga dapat ke TC lagi, tempat yang menyimpan seribu rahsia dan kenangan!). |