Laman Webantu KM2A1: 2929 File Size: 16.6 Kb * |
RL: 3 Isu Membuka Mata Rakyat Menyatukan BA By Kapal Berita 2/10/2000 10:53 pm Mon |
[BUNGARAYA] 3 isu penting yang membuka mata Rakyat dan menyatupadukan
Barisan Alternatif. Ucapan Ronnie Liu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP pada 28 September
2000 di ceramah BA Kuala Terengganu Hukuman penjara 15 tahun atas Anwar, Suqiu dan royalti minyak
Terengganu - 3 isu penting yang membuka mata Rakyat dan menyatupadukan
Barisan Alternatif. Rakyat Malaysia merasa terkejut dan sedih apabila bekas Timbalan perdana
Menteri Saudara Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun, yang
akan disambungkan dengan hukuman penjara 6 tahun yang lebih awal itu.
Saya rasa semua tahu orang tahu Anwar mempunyai alibi yang lengkap dan
sempurna sebagai bukti beliau tidak bersalah. Tuduhan-tuduhan yang
dilemparkan hanya setakat mulut sahaja. Tiada bukti-bukti yang konkrit
sama sekali. Affidavit boleh ditukar. Tanggal boleh ditukar. Saksi yang didapati
berbohong pun boleh diterima oleh yang arif yang tidak semestinya
bestari. Yang relevan jadi tidak tidak relevan. Yang tidak relevan jadi
relevan. Yang dikatakan relevan oleh yang arif sendiri akhirnya
dikatakan tidak relevan oleh yang arif yang sama. Di mana keadilan?
Tanyalah Allahyarham P Ramlee. Legenda muzik dan filem tanahair kita.
Bukan sahaja Kak Wan yang sedih. Bukan saja anak-anak Saudara Anwar yang
sedih. Semua rakyat yang ada fikiran dan perut hati sama-sama rasa
sedih. Bukan saja para pemimpin dan anggota Parti KeADILan merasa marah.
Seluruh pucuk pimpinan dan keahlian parti Barisan Alternatif pun merasa
marah. Kerana ini merupakan satu ketidakadilan, satu kezaliman. satu
penindasan! Bukan saja satu penindasan ke atas Saudara Anwar. Ia juga merupakan satu
penindasan ke atas seluruh rakyat. Kerana Anwar cuba membela nasib
rakyat. Beliau ditentang, dipukul, diseksa dan dipenjarakan kerana cuba
membela nasib rakyat. Rakyat biasa yang beliau sendiri tidak kenal nama.
Maka saya meminta semua ibu-ibu,bapak-bapak, saudara dan saudari yang
budiman, marilah bersama-sama berjuang untuk menegakkan keadilan.
Keadilan untuk Anwar yang tertindas. Keadilan untuk kita sendiri.
Keadilan untuk semua. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Banyak perkara dan
peristiwa yang tidak adil telah berlaku di tanahair kita di bawah kuasa
Mahathir. Beliau telah menjadi PM selama 20 tahun. Bagi kita 20 tahun
sudah cukup panjang. Kalau beliau bertugas dengan baik-baik, hidup kita
mudah dan senang, kita rasa tak apa. Tetapi tidak. Beliau saja hidup
mudah dan senang. Orang lain dia tak kisah. Mahukah kita biarkan orang
tua macam ini terus menjadi Pemimpin kita? Tentu tidak!
Sekarang Mahathir dan BN takut pada Bulan, takut pada Roket, takut pada
mata, takut pada seladang. Dulu mereka tidak takut sangat pada bulan,
roket dan seladang kerana kita berlawan dengan berasingan. Dula lain,
sekarang lain. Barisan Alternatif sudah wujud dan terus berkembang.
Kerana ada BA, politik perkauman yang diamalkan UMNO, MCA, MIC dan parti
BN yang lain tidak ada pasaran seperti dulu. Kerana BA dianggotai oleh
semua bangsa. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Iban, ada Kadazan,
ada orang Asli. Dalam BA ada Muslim, ada Kristian, ada penganut Buddha,
ada Hindu dan semua agama yang lain. Oleh demikian, baru-baru ini, apabila Umno ingin memainkan sentimen
perkauman dengan isu Hak Istimewa Melayu, mereka terus gagal!
Orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain merasa terperanjat dan amat
dukacita apabila Perdana Menteri Mahathir Mohammad menyamakan
Jawatankuasa Suqiu dengan komunis pada masa silam dan Al Ma'unah
masakini dalam ucapan Hari Merdeka beliau.
Kenyataan PM telah memgecewakan hati orang Malaysia yang mengharapkan
beliau untuk mengajar Pemuda Umno yang bertindak kasar dan kurang ajar
terhadap komuniti Cina. Mereka tidak faham kenapa Mahathir bersikap
sedemikian sedangkan beliau sendiri pernah menyifatkan hak istimewa
sebagai tongkat. Ramai di kalangan mereka kini memikir semula, adakah
muka "moderate" dan "liberal" yang ditonjolkan Mahathir selama ini
benar atau bathil. Mahathir sebelum ini telah mengatakan bahawa beliau tidak akan undur
satu langkah ke belakang untuk mempertahankan hak istimewa Melayu. Sikap
beliau mungkin telah mempengaruhi pemimpin Umno seperti Abdul Aziz Sheik
Fadzir dan Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo. Abdul Aziz telah
membawa wakil-wakil Pemuda Umno membuat demonstrasi yang mengancam
keselamatan komuniti Cina di depan Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
Mereka memberi amaran kepada Suqiu bahawa jika Suqiu tidak meminta maaf
dalam masa satu minggu, mereka akan mengulangi demonstrasi dan membakar
Dewan Perhimpunan Cina Selangor! Mereka juga membawa poster-poster yang
menghina bangsa Cina, dengan perkataan-perkataan seperti "Pendatang
asing", "Balik Tongsan", "Malay Malaysia" dan sebagainya.
Saya tidak mempertikaikan hak Pemuda Umno untuk membuat demonstrasi.
Tetapi janganlah kurang ajar.
Mohamad Khir Toyo pula berkata beliau sanggup menumpahkan darah untuk
mempertahankan hak istimewa Melayu Dr M, Aziz dan Khir Toyo semua ingin menjadi wira dengan memainkan api.
Mujurlah tindakan dan kenyataan yang tidak wajar ini tidak mendapat
sambutan daripada masyarakat Melayu. Ini merupakan satu tamparan yang
hebat bagi mereka. (Padan muka)
Sebenarnya, rakan-rakan saya di Parti Keadilan dan Pas memberitahu saya,
mereka diminta oleh Pemuda Umno untuk mengadakan demonstrasi
besar-besaran di depan Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Mereka kata mahu
20,000 orang mengambil bahagian. Permintaan itu terus ditolak oleh Parti
Keadilan dan Pas.(Shukur alhamdulilah!) Akhirnya, hanya 200 orang
menyertai demonstrasi itu! Pemuda Umno tentu tidak puas hati. Mereka panggil NGO Melayu pergi ke
Sulaiman Court dua hari kemudian. Kali ini, hanya 17 orang wakil datang
! (dia tak malu,saya pun malu) Ini telah menunjukkan bahawa "pasaran" untuk politik perkauman kian
pupus di tanahair kita. (Shukur Alhamdulilah!)
Ramai percaya Umno menggunakan taktik yang kolot ini untuk memikat
semula hati orang Melayu. Nampaknya taktik Umno yang ketinggalan zaman
ini telah gagal sama sekali, macam senjata makan tuan.
Saya rasa mereka akan berundur dan balik kepada taktik memikat undi
orang Cina. Tetapi saya rasa "the damage is done". Mahathir berjumpa dengan
Jawatankuasa Suqiu pada 15 September 2000. Mahathir seorang saja
berjumpa dengan 20 orang wakil dari Kumpulan Suqiu. Masing-masing
memberi penjelasan. Selepas pertemuan, Mahathir membisu sampai hari
ini. Beliau mungkin tak tahu apa mahu cakap. Mahu terima Suqiu rasa
segan, nak terus terang tolak tak berani.
Rakyat Malaysia harus diingatkan bahawa Suqiu (rayuan pilihan raya yang
dibentangkan oleh persatuan-persatuan Cina yang utama) telah diterima
pada prinsipnya oleh Kabinet sebelum pilihanraya umum yang lalu.
Keputusan Kabinet ini telah diumumkan oleh Ling Liong Sik, Lim Keng Yaik
dan Law Heng Ding pada 22 September 1999.
MCA, Gerakan, SUPP dan semua komponen parti BN terus melupakan Suqiu
selepas kemenangan mereka, sehingga kontroversi ini dibangkitkan oleh
Utusan Malaysia pada hari ulang tahun pertama Suqiu.
Tetapi keputusan Kabinet itu mungkin merupakan satu sandiwara sahaja.
Ini adalah kerana Najib Tun Razak telah mengatakan Kabinet sebenarnya
hanya "dengar", bukan "terima" Suqiu apabila Suqiu dibentangkan di
dalam Kabinet. Beberapa minggu sudah berlalu tetapi Ling Liong Sik dan
menteri-menteri lain masih membisu dan tidak berani memberi sebarang
penjelasan, maka kami terpaksa percaya ada menteri-menteri sebenarnya
telah menipu pengundi Malaysia. Rakyat Malaysia juga harus diingatkan bahawa Suqiu tidak pernah
mempertikaikan hak istimewa Melayu, dan semua rayuan dan tuntutan
dilahirkan mengikut prinsip demokrasi dan keadilan. Tidak ada sebarang
perkataan ditokok-tambah ataupun digugurkan daripada dokumen Suqiu yang
asal sejak pilihanraya umum yang lalu.
Semua anggota Jawatankuasa Suqiu terdiri daripada pemimpin masyarakat
Cina yang berwibawa. Mereka tidak pernah membuat sebarang demonstrasi
atau mengancam sesiapa dalam urusan mereka. Bagaimana mereka boleh
menjadi anasir-anasir yang boleh mengancam keselamatan negara kita dalam
bayangan Perdana Menteri. Kontroversi Suqiu belum reda lagi, Umno mula "cari pasal" lagi. Kali ini
dengan PAS atas isu royalti minyak di Terengganu.
Kerajaan pusat BN telah bertindak sepihak dengan merampas royalti minyak
5% (sejumlah RM810 juta pada tahun 2000) daripada kerajaan PAS/BA dengan
menubuhkan satu tabung ihsan. Tabung ini dilapurkan akan dikawal
sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. PM kata Terengganu tidak sama dengan Sabah dan Sarawak. Beliau kata,
telaga minyak semuanya di luar pantai yang terkeluar dari sempadan
Negeri Terengganu. Adakah maksud beliau telaga minyak Terengganu
sebenarnya letak di perairan antarabangsa, bukan Malaysia punya?
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohamad Hassan Marican pernah
kata pada 29hb Jun 2000, Petronas akan terus membayar royalti 5% kepada
Kerajaan Terengganu mengikut satu perjanjian yang ditandatangani oleh
pihak Petronas dan Kerajaan negeri pada tahun 1975. Beliau juga
menjangka jumlah royalti ini akan meningkat kepada RM810 juta tahun ini.
Tindakan Kerajaan BN ini merupakan satu balas dendam kepada PAS. Ia juga
merupakan satu penindasan ke atas pengundi Terengganu yang menghalau BN
keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun lalu.
Kerajaan Pusat BN seharusnya membayar royalti bahagian kedua RM810 juta
kepada kerajaan PAS. BN tidak berhak membuat tindakan sepihak. Jika BN
tidak puas hati dengan perjanjian yang dicapai pada 25 tahun yang lalu,
mereka boleh merujukkan kes ini kepada Mahkamah Persekutuan. BN tentu
sekali tiada hak bertindak sepihak! Tindakan BN ini bukan saja merupakan satu permainan politik yang paling
teruk dan kotor, ia juga memberi satu isyarat yang negatif kepada semua
pelabur asing bahawa Petronas dan Malaysia adalah sebuah syarikat atau
negara yang boleh mungkir janji ikut suka hati pemimpin politik.(Lagilah
teruk jadinya ekonomi dan bursa saham kita !)
Bayaran royalti sejumlah RM432 telah dibayar kepada Kerajaan Terengganu
pada bulan Februari tahun ini. Jika BN telah memberi arahan kepada
Petronas supaya memberhentikan bayaran royalti, adakah tindakan ini sah
di sisi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan?
Kita harap Kerajaan Terangganu akan mengambil segala tindakan untuk
mempertahankan hak mereka dalam isu royalti minyak. Kita mahu tolak
politik perkauman dan balas dendam BN sama sekali!
BN harus faham, royalti minyak ialah wang rakyat, bukan Pas punya. Dan
tentu bukan BN punya. BN tidak ada hak untuk merampas hak rakyat kerana
mereka ditolak. Rakyat Terengganu sudah memberi peluang kepada BN sejak
Merdeka. Bila sudah ditolak rakyat, tentu rakyat sudah tidak percaya
lagi kepada mereka. Terimalah hakikat itu saja!
Sekarang hati dan fikiran orang Terengganu sudah "terganggu", Terengganu
sudah jadi Terganggu sebab hati busuk orang BN.
Kita tidak anggap isu ini isu PAS sahaja. Semua ahli Parti BA yang saya
kenal anggap isu royalti minyak sebagai isu mereka. Orang Malaysia mesti
mahu satu hati untuk melawan BN yang busuk lagi membusukkan!
Kita semua bersama-sama mahu menegakkan keadilan.Kita tidak sabar lagi
mahukan perubahan melalui REFORMASI. Tetapi masih ada orang kata , asalkan saya dapat cari makan, apalah lagi
mahu komplain? Mereka kata, kalau rajin kerja, boleh beli kereta yang besar, rumah yang
mewah, apalah lagi mahu lawan dengan BN?
Ada juga yang kata, kalau rela bodek, boleh kita jadi jutawan macam
Kim You, Vincent , Ananda , apasal mahu lawan dengan mahathir?
Mereka seolah-olahnya demokrasi dan keadilan semua tak penting. Hanya
dapat makan dan untung duit yang banyak saja penting dan mustahak.
Kalau mahu cakap dapat makan sudah cukup, anjing dan kucing pun dapat
makan. Tapi, kita manusia bukan? Kita bukan macam binatang yang tidak
ada maruah! Kita dapat membeli kereta besar atau beli rumah yang mewah sebab kita
rajin kerja atau berniaga. Wang yang kita untung itu bukan BN yang beri
percuma. Kita bukan kroni dia. Betul tak?
Tahukah kita semua, elaun dan gaji Mahathir pun rakyat yang bayar. Semua
menteri-menteri suka melawat luar Malaysia, wang yang berjuta-juta yang
mereka enjoy itu pun kita rakyat kasi punya! Semua boleh klaim punya.
Cakap mahu bodek boleh jadi jutawan itu, kita tidak minat. Kita bukan
manusia yang tamak macam mereka! Saya sentiasa percaya, kalau kita ada demokrasi dan keadilan yang tulen,
barulah daya kreatif dan semangat nak kerja itu bangkit dan membara.
Betul tak? Kalau bos kita adil sama kita, stail dan cara urusan dia demokratik, ada
pentingkan idea dan sumbangan kita , siapa tidak mahu kerja dengan lebih
tekun dan rajin? Betul tak? Bila kita rajin, produktiviti kita tentu naik, kekayaan negara pun mesti
meningkat, gaji kita pun jadi lumayan. Bukan macam sekarang, nak beli tv
atau hifi pun sepuluh kali fikir dan bilang. Anak mahu beli basikal pun
sepuluh kali minta, sepuluh kali tak dapat. Kasian anak kita.
Oleh sebab itu, kita mesti mahu tolak sama BN. Tak kan anak mereka saja
boleh hidup senang. Minta dapat, tak minta pun dapat. Kita pun mahu kita
punya anak dapat apa yang mereka harus dapat. Betul tak?
Jadi, kawan-kawan, ibu-ibu dan bapak-bapak yang saya hormati dan kasihi,
mari kita satu hati satu jiwa, lawan dengan ling liong sik, lim keng
yaik, law heng ding, daim. Rafidah, hishammudin, mike tyson, pak turut,
sami vellu, rahim thamby kecik mana boleh lupa nama mahathir!
BA bukan 100% sempurna. Tetapi saya berani kata, Ba jauh lebih bersih,
seribu batu lebih cekap. Kita ambil satu contoh. Tok Guru Nik Aziz
tinggal di rumah papan sendiri. Tok Guru Hadi Awang pun tinggal di rumah
sendiri. Mana Mahathir? Rumah kediaman rasmi di tinggalkan Tunku Abdul
Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn dia tak mahu pandang. Buat yang
baru di Sri Perdana. Lepas itu masih tidak puas hati. Buat satu lagi
yang lebih mahal dan besar di Putrajaya. Lepas itu orang kata ada hantu.
Tak mahu tinggal situ. Bila BA menang, kita janji akan tolong sama orang miskin, orang tua tak
masuk mahathir, anak anak muda tak masuk anak anak ling liong sik ,
wanita-wanita tak masuk isteri samy vellu, tanpa kira warna kulit dan
agama. Adi ltak? Itulah konsep "Malaysian Malaysia" yang sebenarnya. Jangan percaya
kepada Umno dan kuncu-kuncu yang sentiasa meracunkan minda dan fikiran
orang melayu. Kita tak mahu perjuangan pemimpin seperti lim guan eng, anwar ibrahim
dan ramai lagi yang saya tidak dapat sebut nama mereka malam ini menjadi
tersis-sia saja. Kita kena berjuang sehingga anwar keluar awal awal dari
penjara, sehingga guan eng boleh bertanding dalam pilihanraya, sehingga
hak asasi kita dapat dilindungi, sehingga malaysia ada demokrasi dan
keadilan untuk semua. Lawan Tetap Lawan! - Ronnie Liu Tian Khiew - |