Laman Webantu KM2A1: 2925 File Size: 3.4 Kb * |
Rancangan Jangka Panjang Dr M Musnahkan PAS? By Man Sepai 2/10/2000 9:44 am Mon |
RANCANGAN JANGAKAPANJANG DR. MAHATHIR MUSNAHKAN PARTI PAS?
Dr. Mahathir tidak pernah menganggap orang Melayu sebagai kaum
yang memiliki daya dan kekuatan politik yang hebat.
Satu ketika, dalam tahun selepas peristiwa 13 Mei, 1969 beliau
pernah berkata kepada satu kumpulan pelajar University di luar negeri
iaitu Tunku Abdul Rahman Putera adalah anak Siam. Mengapa
UMNO memilih anak Siam sebagai pemimpin UMNO? soalnya.
Satu masa, bila Tun Razak menjadi PM, Dr. Mahathir berkata pula
sesama rakannya, katanya: Tun Razak adalah golongan elit dari
sistem Feudal, anak Pahang yang kuno. Pandangan beliau sempit
sekadar membangunkan orang kampung. Jika lama menerajui UMNO,
negara ini tidak akan menjadi negara Industri.
Kepada Hussein Onn, Dr. Mahathir mengatakan beliau anak Turkey
yang lemah dan 'go slow' dalam semua perkara. Beliau hanya layak
menjadi 'care taker'. Negara akan mundur kerana Hussein Onn tidak
ada wawasan. Bila beliau menerajui UMNO, beliau berkata kepada kuncu dan
kroninya: Kita akan UMNO sebagai sebuah parti yang menghalal dan
mengamalkan 'politik wang' dan rasuah. Biar apa orang kata. Rasuah
adalah baik seperti 'greese to a machine'. Semakin banyak perkara
ini diperkatakan termasuk oleh pucuk pimpinan setiap kali ada
pemilihan Perhimpunan Agung, orang akan lali dan menerima rasuah
sebagai budaya yang diterima. Dengan itu, Dr. Mahathir tidak berhajat mengurangkan imej 'politik
wang' kepada UMNO. Malah beliau menambahkan lagi keyakinan
dan tanggapan orang ramai bahawa UMNO dan
pemimpin-pemimpinnya berebut jawatan sehingga sanggup
melakukan 'politik wang' dan rasuah. Ini tidak menjejaskan imej dan
kewibawaan pemimpin UMNO pada keseluruhannya. Malah, ia akan
menjadikan penyokong UMNO akan berminat kepada UMNO.
Kedua, adalah ketara sekali UMNO sangat kurang memberi ruang
penyertaan Wanita muda dalam UMNO. Pergerakan Wanita UMNO
sama ada di cawangan, bahagian atau peringkat tertinggi, di
monopoli oleh wanita yang lebih berumur.
Dr. Mahathir sengaja menyekat secara langsung wanita-wanita muda
di kalangan umur belasan dan 20-an atau 30-an untuk mendapat
tempat dalam kepimpinan. Sekarang beliau sedang berusaha menggunakan Wanita UMNO yang
radikal agama seperti 'Sister in Islam' dengan memberi mereka
kedududkan dalam MKT UMNO. Mereka yang rasuah seperti Rafidah
dan Shahrizat diasuh supaya melakukan pencemaran kepada Islam
dan menggunakan wang rasuah untuk tujuan tersebut.
Kepada Dr. Mahathir, PAS hanya boleh ditentang dengan dua faktor, iaitu:
Itu sebab Dr. Mahathir menyekat Royalti Minyak kepada Terengganu, kerana kerajaan PAS akan menggunakan untuk faedah rakyat dan agama Islam. Ini bertentangan dengan agenda Dr. Mahathir. Pemantau Siber |