Laman Webantu KM2A1: 2910 File Size: 11.5 Kb * |
TJ MGG Kekecohan Mengenai Malaysia Hall By Marhain Tua 30/9/2000 10:04 am Sat |
MGG86 Kekecohan Mengenai Malaysia Hall Tetapi, setiap yang indah-indah itu ada hadnya. Kalaulah
apa yang disebut mengenai Malaysia Hall, itu ada
kebenarannya, kenapakah kerajaan Malaysia perlu menunggu
sehingga lima minit sebelum tengah malam terakhir untuk
mengisytiharkan betapa semua usaha sudah sampai ke jalan
buntu dan Malaysia Hall mesti berpindah disebabkan sewanya
yang terlalu tinggi? Adakah satu pertubuhan menimbangkan masalah Malaysia Hall
sejak dulu lagi untuk mencari tempat lain apabila tamatnya
pajakan yang ada. Kadar sewa di London seperti juga di Kuala
Lumpur tidak menggambarkan sentimen nasionalisma di negara
orang, cuma gambaran hakikat ekonomi yang sebenarnya.
Kerana itu Duke of Portland, tuanpunya Malaysia Hall itu
tidak akan membuat pengecualian dalam perkara ini. Sesiapa
pun akan memberitahu anda, apa yang dipentingkan oleh para
pengurus hartanya ialah 'wang'. Sesiapa yang mampu membayar
kadarnya akan mendapat bangunan itu untk dipajak. Tidak
kiralah kalau institusi itu adalah untuk rakyat Malaysia di
London yang amat suka dengan kasino. Di negara ini
kerajaan mahukan wang cukai pintu yang tertunggak yang
dibayar kepada tanah kepunyaan gereja (dan rumah berhala)
yang membina bangunan sekolah-sekolah. Kerajaan
berpendapat, walaupun sekolah itu menyumbang ke arah
perkhidmatan awam di bawah naungan kerajaan, tanah yang
menjadi tapak itu adalah bersangkut-paut dengan
undang-undang juga. Kerajaan pernah berusaha untuk
meratakan jirat masyarakat Cina di Kuala Lumpur dan Melaka
untuk dijadikan kompleks beli-belah. Apabila seluruh
dunia mengalukan kemunculan globalisasi dan pasaran bebas,
yang memang diperakui juga oleh Malaysia satu ketika dulu,
cuma kini terkejut dengan arus kepantasannya, nasib
Malaysia Hall pun termetrai. Berbuat kecoh tanpa sebarang
rencana untuk menentukan lokasi alternatif, tidak akan
pergi ke mana-mana. Kementerian Pelajaran memang sudah lama tahu betapa pajakan
tahunan yang bernilai berjuta ringgit itu tidak boleh terus
diterima-pakai. Adakah kementerian itu mengusahakan satu
rencana mendapatkan lokasi baru di pinggir kotaraya itu
dan berpindah secara licin ke situ? Tidak. Cuma, kini ia
hanya mampu menyebutkan kos yang tinggi sahaja. Wawasan
dan kepintaran yang ada di tubuh dua menteri pendidikan
yang sekian lama dipertontonkan kepada pelajar Malaysia
di sana rupanya tidak ada di sanubari pegawai mereka.
Merancang bukannya merupakan kekuatan para pegawai
perkhidmatan awam Malaysia. Yang lebih penting ialah apa
yang diperkatakan oleh Pemimpin Ulung mereka. Dasar luar
negara kita sudah lama hancur. Hubungan diplomatik kita
dengan negara luar pun sedang dibebani banyak muslihatnya.
Dasar pengangkutan negara kita yang direncana dengan
rapinya oleh beberapa individu terpilih sedang dibebani
hutang bercendawan sehinggakan ia turut membebani kita jua.
Rancangan perbandaran kita memang kelam-kabut. Apa yang
berlaku ke atas Malaysia Hall sepatutnya memang lama sudah
kita jangkakan. Kini, muncul usaha memutarkan kisah kepincangan birokrat
menjadi satu kerugian besar kita dan menukarnya pula
menjadi bahan sindiran yang direncana oleh pegawai
kerajaan terhadap pengurus harta Duke of Portland agar
membolehkan pajakan itu disambung tanpa menaikkan kadar
harganya. Sebenarnya Malaysia Hall tidaklah merupakan sesuatu yang
begitu penting kepada para pelajar Malaysia di United
Kingdom seperti yang dicanang oleh kerajaan. Bukannya
mudah untuk ke sana. Terutama sekali kalau anda menuntut di
luar bandaraya London. Gembar-gembur yang sengaja dicanang
mengenainya adalah tidak tepat. Dulu, Malaysia Hall
dilawati kerana nasi lemaknya, kini nasi lemak itu mudah
diperdapatkan di tempat penginapan sendiri. Malaysia Hall
sudah kehilangan keistimewaannya sebagai tempat kita
bertemu-janji kerana rakyat Malysia sudah berada di merata
tempat di United Kingdom itu. Berapa ramaikan pegawai
kerajaan Malaysia yang memikirkan nama Malaysia Hall secara
otomatis setibanya di London? Ramai yang tidak akan mampu
ke sana dengan usaha sendiri setelah menempah bilik di
hotel lima bintang ataupun setelah sampai di pintu rumah
kepunyaan mereka di sana. Di zaman dulu, kebanyakan pelajar Malaysia menuntut di
London, dan tidak di United Kingdom. Para pemimpin
kemerdekaan Malaysia ketika menjadi penuntut dulu pun
bertemu di London untuk berbincang akan masa depan negara
mereka di Malaysia hall itu. Tetapi, membuat certia
bagaimana Tunku Abdul Rahman pernah berbincang dengan Tun
Abdul Razak dan yang lainnya di Malaysia Hall itu, adalah
satu usaha untuk memesongkan aliran sejarah negara. Para
pemimpin kemerdekaan negara itu sudah pun lama pulang ke
negara sendiri apabila malaysia Hall mula dipajak pada
tahun 1951. Malahan, ketika itu Tunku sudah pun menjadi
presiden UMNO , Tun Razak sudah pun menjadi Setiausaha
Negeri Pahang, Tan Sri Ghazali Shafie pula sudah pun
berkhidmat dengan Malayan Civil Service. Mereka mungkin
pernah melakukan mesyuarat di sana, tetapi tentu sekali
mereka tidak pernah melakar harapan merka mengenai masa
depan Malaya di Malaya Hall, sepertimana bangunan itu
dikenali ketika itu. >>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<
Rencana Asal: breastbeating over Malaysia Hall
MALAYSIA HALL IS in the news these days. The 50-year lease on two of the
four units expires next year, and all beat their b####ts in shock and
horror that this institution which evoked "pride and dignity and love and
most of all patriotism and nationalism" is to disappear for ever. It has
a honoured place in Malaysian history, the place where the first prime
minister, Tengku Abdul Rahman, declared plans for independence in 1956.
Many worthies have passed through its portals. But more important, it was
a meeting place for Malaysians and others, "a beacon of hospitality", in
the gushing prose of the NST writer. But all good things must come to an
end. If all that is said about Malaysia Hall is true, why then did the
Malaysian government wait until five minutes before midnight to say that
all is lost, and Malaysia Hall must move because the rents demanded is too
exhorbitant? Did a group looking at the future of Malaysia Hall the past decade
or so for fresh premises when the lease expired, given that rents in
central London, as in Kuala Lumpur, reflect not nationalist sentiment in a
distant land but economic realities. The Duke of Portland, whose property
Malaysia Hall is, is not about to make a special exemption. To his estate
managers, as anyone here would tell you, all that matters is money;
those who can pay gets the building, and it does not matter if an
institution for which Malaysians in London have a fondness for or a
casino. The government here wanted arrears in quit rent paid to church
land on which it built schools, arguing that whilst the schools on which
it stands perform a huge public service under government service, the land
itself is subject to the law. It wanted to turn hallowed Chinese
cemetries in Kuala Lumpur and Malacca into shopping malls. So, when the
world cheers in globalisation and the primacy of the marketplace, which
Malaysia once embraced but now reels in shock at its reach, Malaysia
Hall's fate is sealed. Beating the breat now with no plans for an
alternate location is neither here nor there.
The education ministry knew years ago the million ringgit annual
lease and rentals were unacceptable. But did it plan for cheaper and
better premises in the suburbs for Malaysia Hall to relocate with little
disruption? It did not. It only now talks of the costs involved. The
vision and smartness that two successive education ministers wanted to
instil in Malaysian students is missing from their own officers.
Planning is not the Malaysian civil service's forte. All that matters is
what the Leader says. Our foreign policy is shot to pieces, our ties with
regional nations under heavy strain, our transport policy dictated by
well-connected individuals running into heavy debt to ensure those who use
it too are. Our town planning is a shambles. What happened over Malaysia
Hall is not unexpected. To then turn bureaucratic bungling into a public
loss into public sentimentality that cannot stand close scrutiny is the
cynicism Malaysian officials imply the Duke of Portland's managers treat
its request to retain Malaysia Hall without paying what is demanded.
But Malaysia Hall does not loom large in the minds of officialdom
or Malaysian students in the United Kingdom. It is difficult to get to,
especially if you study or work outside London, and this claim it is the
haunt of Malaysians these days is to stretch the truth. If it nasi lemak
you want, you can get it closer to wherever you are than to Malaysia Hall
for it. It no longer is the inevitable meeting place for Malaysians in
the United Kingdom. How many Malaysian officials can claim to
automatically think of Malaysia Hall when in London? They would not even
know how to get there on their own these days from their five-star hotel
suites or their own residences there.
In those days, most Malaysians went to study in London as opposed
to the United Kingdom. Malaysia's independent leaders in their student
days could meet there to discuss the country's future because it was a
convenient meeting point. But to suggest that Tengku Abdul Rahman would
meet in Malaysia Hall with Tun Abdul Razak and others is to bend the
historical truth. The independence leaders had returned home by the time
Malaysia Hall was leased in 1951. Indeed, by then the Tengku had become
president of UMNO, Tun Abdul Razak was state secretary of Pahang, Tan Sri
Ghazali Shafie in the Malayan civil service. They could have had meetings
there on subsequent meetings but they certainly did not discuss their
hopes for the future of Malaya in Malaya Hall, as it was then known.
M.G.G. Pillai |