Laman Webantu KM2A1: 2909 File Size: 3.5 Kb * |
Mustapha Muhammad Pembohong dan Peneraju Fitnah By Dahlia 30/9/2000 1:47 am Sat |
MUSTAPHA MOHAMAD PEMBOHONG DAN PENERAJU FITNAH
Saya ingin merujuk kepada berita yang disiarkan oleh The Star dan tulisan
oleh Kapal Berita : UMNO Agresif? mahu Lancar Perang Siber (23/09/00- FKM).
Antara yang dikatakan oleh Mustapha Mohamad ketika memberitahu pemberita
berkaitan dengan strategi umno (maaf, penggunaan huruf kecil adalah
disengajakan!) menyerang laman-laman reformasi serta peperangan siber akan
yang akan bermula tidak lama lagi (dijadualkan pada awal bulan Oktober):
Beginilah hebatnya pemimpin umno. Yang lebih menyedihkan (tapi tak heran pun!) ialah bagaimana sifatnya yang terkenal baik dan amanah yang ada pada Mustapha Mohamad semasa beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Kanan di Kementerian Kewangan ketika di bawah DS Anwar Ibrahim, kini bertukar menjadi seorang yang pembohong semata-mata ingin mengambil hati Mahathir Mohamad. Nampak benar beliau lebih takutkan Mahathir daripada dosa akibat berBOHONG! (Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri. Cakap bohong, lama-lama jadi Menteri!). fuh! Sebenarnya, pada 19 September lalu , beliau telah berjanji kepada perwakilan
umno untuk melawan laman-laman reformasi secara habis-habisan!!
Antara yang dijanjikan oleh beliau:
Untungnya umno kerana mempunyai para pemimpin yang berwibawa menggembirakan tuannya, menjadi pemfitnah dan pembohong yang kununnya untuk menangkis fitnah pembangkang! Syabas Dato Pa!
|