Laman Webantu KM2A1: 2904 File Size: 3.8 Kb * |
Re: Muslihat Di Sebalik Air 'Kopi' By Kapal Berita 29/9/2000 2:28 am Fri |
Sumber:
Minda Rakyat MUSLIHAT DI SEBALIK AIR 'KOPI' DI KELANTAN
Kenyataan PM semasa berucap di hadapan ribuan anggota tentera
di Butterworth beberapa hari lalu mendedahkan kepada kita
tentang muslihat politik yang keji di sebalik usaha Kerajaan
Kelantan yang dikatakan gagal menyediakan air bersih kepada
rakyatnya. Hakikatnya sebelum PAS merampas kembali negeri Kelantan 10
tahun lalu, BN sebagaimana biasa (kini telah dikesan dilakukan ke
atas Terengganu) cuba menguasai segala jentera yang ada di
negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Jabatan Bekalan Air Kelantan
dikorporatkan menjadi syarikat Air Kelantan.
Usaha memiliknegerikan kembali oleh kerajaan PAS Kelantan ke
atas syarikat korporat ini menerima ancaman yang hebat sehingga
rakyat Kelantan yang tidak berdosa menjadi taruhan mereka. Ini
adalah dengan niat semata-mata mahu memalukan Kerajaan
Kelantan kerana di katakan tidak pandai memerintah negeri itu.
Namun hakikatnya mungkin tidak ramai yang tahu bahawa syarikat
Air Kelantan mempunyai 'niat busuk' kerana mereka tidak rela
dimiliknegerikan kembali. Ini adalah kerana syarikat ini merupakan
kroniputra kepada UMNO Kelantan. Justeru sebarang usaha mahu
membusukkan nama negeri Kelantan masih mereka berpeluang
berbuat demikian. Dalam proses pengambilalihan ini Kerajaan Kelantan menemui
pelbagai masalah dalaman yang berlaku dalam syarikat Air
Kelantan itu sendiri. Justeru itu tidak hairanlah jika berlakunya
sebarang 'kecuaian' yang memungkinkan mahu menjatuhkan
maruan kerajaan PAS Kelantan melalui kroniputra mereka syarikat
Air Kelantan. Menurut maklumat yang diperolehi dari Jurutera Kanan sebuah
jabatan kerajaan yang terlibat dengan penjagaan air dan sungai
memberitahu kejadian 'air kuning' (yang disifatkan Mahathir air
kopi) itu berlaku apabila pegawai yang bertugas menjaga loji
menakung air tidak menambah kadar 'klorin' serta ubat rawatan
tertentu yang digunakan terhadap air yang lebih 'keruh' akibat
Sungai Kelantan yang mengalami paras air yang rendah beberapa
bulan lalu. Masakan air yang sedikit tercemar dapat dirawat dengan
penggunaan kadar biasa klorin serta ubatan yang digunapakai
semasa proses rawatan air itu. Justeru kecuaian (mungkin juga
disengajakan) maka proses membekalkan air bersih kepada rakyat
menjadi tercemar. 'Point' inilah yang digunakan oleh Mahathir
untuk membenamkan imej kerajaan negeri Kelantan dengan
tuduhan tidak layak memerintah negeri serambi Mekah itu.
Selain itu pinjaman RM600 juta dari Kerajaan Persekutuan yang
diharapkan untuk memperbaiki imej syarikat Air Kelantan yang kini
kembali sebagai Jabatan Bekalan Air Kelantan itu tidak
diperkatakan. Amat malang bagi sebuah negara yang berperdana
menterikan seorang bapak yang mempunyai rasa 'pilih kasih'
terhadap anak-anaknya. Justeru itu tidak hairanlah jika isu air di
Kelantan akan terus menjadi 'fitnah' terbaru Mahathir terhadap
kerajaan PAS Kelantan. Semoga Allah membalas fitnah Mahathir dengan sesuatu yang
lebih 'mengaibkan' diri dan kerajaan pimpinannya.
MR CANGGIH
|