Laman Webantu KM2A1: 2901 File Size: 3.0 Kb * |
Wabak Taun - Renungan Hadis By Pendapat 28/9/2000 8:13 pm Thu |
Rencana ini dikirim oleh seorang pengunjung KM2.
Belia tidak ingin dikenali.....(tiada nama)
WABAK TAUN DI ZAMAN KALIFAH YANG ADIL
Suatu hari Sayyidina Umar b. AlKhattab (R.A), Khalifah yang kedua
dalam rangka lawatannya ke daerah Syam. Dalam perjalanannya dari
Madinah beliau bertemu dengan Amir (gabenor) di Syam iaitu Abu
Ubaidah ibn AlJarrah (R.A)-beliau juga merupakan seorang panglima
perang yang menggantikan Khalid ibn Walid. Dalam pada itu Sayyidina
Umar telah mendapat satu perkhabaran bahawa wabak taun telah
merebak di kawasan Syam yang telah meragut ratusan nyawa. Para
sahabat menasihati Umar agar balik ke Madinah. Setelah Umar
mengambil keputusan untuk balik maka terjadilah perbualan antaranya
dengan Abu Ubaidah (R.A). Abu Ubaidah: Adakah Amirulmukminin ingin melarikan diri dari takdir
Allah? Umar: (Terkejut dengan kenyataan itu, termenung seketika kemudian
berkata) Sekiranya seorang gembala kambing melepaskan kambingnya
di lembah yang gersang, maka dia melepaskannya kepada takdir
Allah. Sebaliknya jika gembala kambing itu melepaskannya di lembah
yang subur, maka dia melepaskannya kepada takdir Allah juga.
Akhirnya kedua2 Sahabat tadi menerima pandangan masing-masing.
Abu Ubaidah kembali ke Syam (beliau akhirnya terkena wabak taun
dan akhirnya meninggal dunia disebabkan wabak tersebut). Sayyidina
Umar kembali ke Madinah dan dapat memerintah beberapa tahun lagi
selepas itu. Pengarang sirah ini telah menyimpulkan bahawa dari kisah ini dapat
disimpulkan bahawa para sahabat menghormati perbezaan pendapat
antara mereka. Kedua-dua pendapat itu betul dalam kontek suasana
dan tugas mereka. Abu Ubaidah sebagai seorang Panglima perang
sudah tentu mempunyai mentaliti sanggup menghadapi sebarang
kemungkinan, sebagaimana seorang panglima perang yang berani
menghadapi puluhan musuh...itulah sikap seorang panglima perang
sebenarnya (sebagaimana dikatakan org. hari ini: kalau takut risiko,
jangan bicara soal perjuangan)... Dalam kontek Umar pula, sebagai
seorang pemerintah sebuah empayar yang besar di mana rakyat ramai
masih mengharapkan keadilan pemerintahannya... sudah tentu suatu
yang amat malang sekiranya beliau meninggal terlebih awal
disebabkan wabak taun. Jadi tindakan Umar adalah betul dalam kontek
seorang khalifah yang bertanggungjawab.
Sementelahan pula di sana terdapat hadith yang mengarahkan supaya
seseorang itu tidak memasuki kawasan wabak, tetapi sekiranya
seseorang itu memang berada di kawasan wabak janganlah keluar dari
kawasan tersebut (supaya wabak itu tidak menular). So... pada
hakikatnya kedua-dua sahabat yang mulia itu telah mengamalkan isi
kandungan hadith ini. Wallahua'lam.
|