Laman Webantu KM2A1: 2895 File Size: 1.8 Kb * |
Penulis baru dan sistem KM2 baru. By web aNtu 28/9/2000 5:15 am Thu |
Harap maaf - ada sedikit perkhabaran.
Sebagai 'penghulu' laman ini, saya ingin memaklumkan
kepada sahabat2 ZP member supaya tidak 'set as SIAL'
setengah posting yang OK. Kita hendaklah memberi ruang
kepada penulis-penulis baru, khususnya dari FGR di sini.
Bakat-bakat mereka tidak seharusnya dipinggirkan.
Sistem KM2 kini sudah diubah supaya lebih sophisticated.
Ia berupaya 'menangkap' semua posting yang tersangkut
akibat masalh tertentu seperti tidak lengkap dsbnya.
Jadi - jika posting sdr keluar jangan terkejut! Malah anda
seharusnya merasa bangga kerana ia terpilih untuk muncul
(buat pertama kali??) di forum kami yang tak seberapa ini.
Yang pastinya - mereka ingin mengikut jejak penulis2 'veteran'
di sini yang mempunyai ramai peminat. Penampilan tulisan2
mereka akan ke sini akan menambahkan lagi semangat mereka,
disamping menceriakan forum. Seperti biasa, kami mementingkan kualiti, jadi sekiranya
anda ingin menyumbang rencana, sebaik-baiknya tulis
lah lebih dari sebaris - nanti anda akan mendapat
peminat setia yang tersendiri.... yang berbaris-baris!
Mengenai sdr Dahlia, saya kira tidak usah di 'pressure'
beliau kerana beliau memang sentiasa bersama kita bila
lapangnya ada. Beliau menulis dengan gaya tersendiri yang
tentunya berdaya menarik minat setiap pencinta seni....
Namun demikian, tidak salah menyatakan rindu di mana-mana,
jika yang sedemikian, dapat melepaskan sedikit perasaan
dan dahaga karya seorang pejuang.....
|