Laman Webantu KM2A1: 2892 File Size: 8.5 Kb * |
Masakan Tempua Besarang Rendah!? By Amin Sapiro 27/9/2000 8:11 pm Wed |
Amin Sapiro (Pipit Cilik bebas diluar sangkar..)
MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH!?
DALAM hidup seseorang manusia, antara sifat utama yang dinilai orang
ialah sikap patuhnya memegang janji. Seseorang yang tinggi akhlak dan
sempurna pemakaian ilmu dan bersih jiwa tidak mencari 1000 alasan bila
diminta menepati janji-janjinya. Penyakit Hati Merbahaya Jika seseorang itu begitu mudah memungkiri janjinya, bermakna orang itu
diselubungi dengan satu dari penyakit menegenai hati paling merbahaya.
Penyakit orang itu bukan setakat membakar dirinya dan keluarganya saja
- malah akan merosak dan membakar-rentung individu lain, jiran
tetangga, komuniti dan masyarakat setempat.
Jika seseorang itu cenderung mengamalkan sikap mungkir janji dan
berperangai seburuk itu; maka sifat yang dihayatinya tidak mewajarkan
beliau dilantik menjadi seorang ketua atau rakan kongsi dalam sebarang
urusan hidup. Bermakna, orang lain yang menjadi pengikut atau bersahabat dengan
beliau; pasti akan dijerumuskan olehnya ke jurang yang hina dan jelek.
Orang spesis itu tidak ada semangat setiakawan. Sebaliknya, akan
sentiasa menyimpan sikap permusuhan dan dendam.
Seorang yang mudah mungkir janji adalah racun kepada semua mereka
yang terbabit dan berurusan dengan beliau. Akan musnahlah segala
impian, harapan dan matlamat/objektif kesatuan yang dicampuri orang itu
andainya ia dijadikan ketua atau penganjur.
Kesilapan Besar Dalam Islam, sebagai agama Allah yang Maha suci; perkara
berhubungkait dengan amanah berjanji ini sangat luas dibincangkan. Ia
terkandung dalam cabang ilmu dan amalan yang disebut "Tasauf".
Jika sifat tidak menepati janji dan sentiasa mencari alasan untuk berdalih
supaya membolehkan ia tidak menepati janji itu wujud dalam peribadi dan
jiwa seseorang dan menjadikannya amalan biasa; bermakna melantik
beliau sebagai seorang ketua adalah satu KESILAPAN paling besar dan
membahayakan semua pihak. Kesimpulannya yang jelas, orang yang menghayati sifat tidak menepati
janji dan cenderung memberi dalih untuk menghindari diri dari menepati
janjinya begitu; dapat diandaikan bagai "bubuk" dan "anai-anai" yang
memakan dan merosakkan sebatang pokok rendang hingga reput dari
dalam batangnya. Dalam konteks sebuah negara, jika pemimpin yang menerajui
pemerentahan mempunyai sifat itu dan menghayati sikap terburuk itu
pula, bukan saja dirinya seorang akan rosak, malah kelompok yang
menganggotai pimpinannya juga akan binasa.
Sekaligus dengan itu, jika beliau dibiarkan terus-menerus mengetuai
pentadbiran kepimpinnannya, maka tak dapat tiada seluruh rakyat yang
diperintah-tadbirnya akan musnah, hilang nilai-nilai murni dan
keterampilan, jahanam segala sistem nilai - pentadbiran dan
perundangan, keselamatan dan jaminan kesejahteraan rakyat, dan
seumpamanya. Rakyat akan hilang tamadun dan akan porakperanda.
Bermakna, jika seseorang ketua yang seburuk itu sikap dan sifat hatinya,
dan jika sikap dan sifat seburuk itu sentiasa bersarang dilubuk hatinya
dan dipaksakan supaya dihayati pula oleh pengikutnya; maka seluruh
kelompok itu tidak langsung berguna. Mereka tidak akan memberi barang
sedikitpun faedah kepada seluruh sistem petadbiran, peradaban dan
ketamadunan masyarakat, dan masa depan negara itu. Orang itu dan
seluruh kelompoknya wajib dibuang serta merta. Ia akan merosakkan
segala. UMNO Kehilangan Sasar Hematnya, inilah yang menjadi penyakit paling besar dan sangat-sangat
membahayakan UMNO/BN sekarang. Bukan saja bahang bahaya itu
sedang membakar parti itu saja, malah rakyat dan negara yang
ditadbirnya juga sedang dibakar hangus dalam unggun api yang marak
menyala. UMNO dibawah pentadbiran Mahathir sebagai Presiden parti sudah
kehilangan aspek-aspek nilai yang baik. UMNO sudah kehilangan dan
telah terhakis punah ranah nilai-nilai sebuah parti politik yang punya
istiqamah. Apa yang ditegakkan oleh pemimpinnya hanyalah "Kezaliman,
Ketidakadilan, Kemungkaran". Sekaligus dengan itu, rakyat juga dilanda
huruhara dan malapetaka. Keburukan pemimpin bawahan dalam UMNO yang dibaruakan oleh sang
ketua itu adalah berpunca dari sifat tidak tepat janji dan tidak amanah
sang Ketua @ Presiden partinya. Dengan sokongan segelintir pemimpin
yang mudah makan upah menerajui parti itu, segalanya bergerak dengan
mudah. Makin jelas sejelasnya, mereka mempunyai agenda peribadi yang
tersembunyi. Cara melaksanakannya pula adalah berbagai bentuk dan
daya. Tetapi objektif utama tetap sama, iaitu menipu dan membohongi
rakyat demi agenda mereka. Untuk menjayakan agendanya, kelompok ini akan menggunakan kuasa
dan kekerasan. Jika itu akan menyebabkan pergolakan besar, mereka
akan menggunakan pujukan dan asakan. Jika itu juga tidak mampu
menyampaikan hajat mereka, maka rasuah pula akan diamalkan.
Unsur-unsur tersebut akan digunakan bercampur-campur mengikut
keadaan, tempat dan masa. Kalau diperinci, kita nampak cukup jelas bahawa seluruh kepimpinan
parti itu sangat mengahayati sifat keji yang membentuk keterampilan
paling hodoh - semata-mata kerana berketuakan seorang pemungkir
janji dan pembohong besar. Kita nampak pemimpin yang menjadi ketua mereka adalah seorang
pengamal sifat dengki-khianat, dendam-fitnah, tipu-helah,
rompak-samun, adu-domba, konspirasi dan sekogkol, dan cenderung
berpakat sesama sendiri. Untuk kepentingan diri masing-masing, mereka
sanggup meracuni dan memusnahkan kesejahteraan rakyat.
Terengganu Menjadi Dendam Utama
Sifat yang sudah sebati dan mendarah daging dalam tubuh sang ketua
inilah yang menjadi punca maka Royalti minyak rakyat Terengganu
diubah menjadi pemberian Ihsan. Semudah itu undang-undang,
peraturan yang sedia ada didalih dan diberi justifikasi yang sama sekalii
tidak rasioanal. Kerana ketua yang memimpin UMNO itu adalah seorang pengamal sifat
dengki-khianat, sekaligus ia akan berdendam dan memfitnah. Dengan itu,
ia tidak segan malu lagi untuk menipu dan berhelah untuk merompak dan
menyamun sesiapa juga - sekalipun rakyat.
Malah orang ini cuba pula menipu dunia. Malangnya, dunia
mentertawakan beliau. Malu UMNO!! Paling buruk, ketua itu akan mengadu-domba dan berkonspirasi dan
sekongkol dengan kroni yang sama berkepentingan. Mereka berpakat
sesama sendiri dan akan meracuni kesejahteraan sesiapa juga, waima
rakyat banyak - samada miskin atau kaya.
Jika perkara pecah janji dan ceritera kezaliman itu berlaku di
Terengganu, tidak semestinya ia akan terhenti di situ saja. Kita sudah
lihat bagaimana Mahathir mencekik rakyat Kelantan. Sebelum itu,
penduduk Langkawi sudah kehilangan separuh dari tanah dan hak
mereka. Pulau itu hampir habis terjual. Hak orang Melayu disitu sudah difarait
oleh kuncu-kuncu dan kroni Mahathir. Mereka ditipu halus dan diugut
secara keras. Jika Pahang terlepas dari tangan UMNO/BN, dan selagi parti itu
memerentah Kerajaan Pusat, rakyat Pahang juga akan mengalami nasib
seperti Langkawi, Kelantan dan Terengganu. Teori Domino akan berlaku.
Tiap-tiap negeri di Malaysia akan menerima nasib yang seragam dengan
3 negeri itu. Akhirnya, orang Melayu akan terus jadi "Pak Kaduk - menang sorak
kampung tergadai". Mereka akan melopong melihat segelintir kaumnya
bermaharajala memperkosa kehidupan generasi yang akan datang.
Tahniah Dr. Mahathir..!! Kita wajar memberi tahniah kepada Dr. Mahathir kerana berjaya
mengambil kesempatan melakukan semua itu bagi menyampai niat,
agenda dan objektif untuk memperolehi kepetingan diri beliau dan
kelompoknya. Kita harus memberi tahniah dan berterima kasih kepada beliau kerana
akhirnya beliau menampakkan belang beliau sebenar.
Terima kasih tidak terhingga kepada beliau kerana meracun UMNO yang
telah dibaruakannya selama 18 tahun. Sekarang, makin mudahlah orang Melayu untuk membuat pilihan yang
tepat pemimpin mana yang bakal dipilih pada tahun 2004.
Sahlah sekarang UMNO/BN sudah tidak releven lagi. Pedulikan omong
kosong mereka. Jika tidak ada maksud yang tersembunyi - ?masakan
tempua bersarah rendah?..!! |