Laman Webantu KM2A1: 2885 File Size: 7.7 Kb * |
Mahathir & Umno/BN Sudah Sampai Ke Penghujung Jalan! By Amin Sapiro 27/9/2000 5:11 am Wed |
Amin Sapiro (sekadar Pemerhati di Konvensyen Media)
MAHATHIR & UMNO/BN SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNG JALAN!
KEBELAKANGAN ini, bergila-gila sangat Dr. Mahathir menyalahkan agensi
berita Barat. Maka diupahlah oleh media arus perdana beberapa penulis
rencana untuk memuatkan cerita dan berita yang mengutuk agensi terbabit
dan negara-negara berkenaan. Tulisan yang dipaparkan mencakup pelbagai aspek-aspek, termasuk politik,
ekonomi, sistem pentadbiran, karenah sosial, dan sistem pengendalian
undang-undang, objektif dan agenda negara tersebut dalam hubungan
mereka dengan negara membangun. Disebutlah perkara-perkara seperti "globalisasi", hak asasi manusia,
demokrasi dan kebebasan bersuara. Diperkununkanlah tafsiran demokrasi
dan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh masyarakat dan
negara-negara yang dipercacaikan. Kununnya, di sebalik kehebatan negara
Barat itu, terdapat kesan yang meletakkan negara-negara membangun
menjadi bertambah bergantung kepada negara-negara maju.
Kita dapat merasakan, idea dan persepsi penulis-penulis rencana upahan
itu sudah semacam basi. Rakyat negara ini sudah bosan dan muak
mendengar. Saban hari Dr. Mahathir bercakap, cerita yang sama -
diulang-ulang. Sekarang, bila membaca akhbar arus perdana, perkara yang sama
disumbatkan ke telinga kita. Apa gunanya membaca lagi rencana
akhbar-akhbar ini semua? Cukuplah mendegar "khutbah" Mahathir yang
berjela-jela menghuraikan "gospel"nya.
Bagi kita yang berpendidikan dan mengamalkan sistem sosial dan
pengangan agama, ramai diantara kita bersikap terbuka bila membaca
sebarang rencana mengenai Barat atau oleh Barat. Fikiran kita tidak
semudah itu dihasut atau dipujuk membenci atau menyukai mana-mana
sistem dan cara hidup mana-mana masyarakat dunia.
Kita tidak peduli apa agenda mereka dan tindakan mereka. Walaupun kita tau
agenda dan peranan media Barat bersifat antarabangsa dan berkemampuan
menyalur hujah-hujah yang boleh merobah cara berfikir masyarakat
negara-negara membangun seperti kita, tetapi kita tidak semudah itu
menerima agenda mereka. Yang penting, kita tahu membuat pilihan. Itu
penting. Apa kita peduli apa mereka buat dan rencanakan. Jika kerajaan yang
mentadbir negara tidak cenderung menjadi boneka Barat, tidak ada apa
yang harus dirisaukan. Malangnya, apa yang lihat sekarang adalah begini:
Satu perbedaan dasar yang besar dan ketara antara falsafah pentadbiran
PAS/BA dengan regim Mahathir (sinonim UMNO/BN) sudah begitu jelas
dilihat rakyat. Kerajaan PAS/BA di Terengganu dan Kelantan berlandaskan
Islam. Sementara regim Mahathir (Persekutuan) lebih mirip kepada
penerapan nilai-nilai Barat berbagai-bagai ragam.
Kita sudah nampak bagaimana regim Mahathir semakin mensekularkan Islam.
Kita juga nampak bagaimana regim ini tidak mempedulikan budaya Timur
yang penuh sopan. Regim Mahathir telah terang-terang mengenepikan hak
asasi rakyat. Malah regim Mahathir semakin ghairah memperkutakkatikkan
perjalanan dan kewibawaan undang-undang. Mahathir tidak boleh
menafikan fakta itu lagi. Apa yang paling menjijikkan kita ialah: kerajaan (regim Mahathir) yang
dilantik rakyat ini tidak berterima kasih kepada rakyat yang memberi amanah
kepada mereka untuk menerajui kerajaan. Sebaliknya, rakyat pula yang
dinafikan hak dan dipaksa bersyukur (nak termuntah - p.) kepada mereka.
Perlukah rakyat berterima kasih kerana regim ini memecah undang-undang,
merompak harta rakyat dan melakukan bermacam-macam putarbelit, rasuah
dan penyelewengan dan pembohongan? Sebagai rakyat, kita punya banyak contoh dan bukti bahawanya regim
Mahathir memang bersifat angkuh dan tidak benar-benar memahami
kemahuan rakyat. Kita nampak bagaimana rakyat Terengganu dan Kelantan didustakan
pelbagai cara oleh regim Mahathir dengan memutarbelitkan undang-undang
dan peraturan. Jika regim Mahathir seringkali menyeranah media Barat dan
sistem negara mereka; kita hairan mengapa Dr. Mahathir bermegah-bangga
dengan "cakap tak serupa bikin". Adakah regim ini melaksanakan
tanggungjawab yang jujur kepada rakyat sendiri?
Kita nampak jelas bagaimana secara tiba-tiba Mahathir mentafsir pemberian
Royalti ditukar kepada pemberi Ihsan. Tidak ada satu orang yang merasa
hujah pemimpin UMNO/BN yang cuba menegakkan "benang basah" regim
ini sebagai justifikasi yang logik dan boleh diterima.
Kita tanya: Apakah peranan media arus perdana yang permit cetak mereka
di tangan UMNO sudah lakukan? Kenapa akhbar HARAKAH, ROKET dan
KeADILan dll. dicegah dari edaran, walhal mereka berjuang menyuarakan
keperluan rakyat? Hinggakan, majalah DETIK, WASILAH dan EKSKLUSIF
dibatalkan permit mereka. Adakah regim ini masih ada hujah dan alasan
untuk menyeranah Barat? Sebenarnya rakyat tidak begitu hairan dan terpesona dengan serangan Dr.
Mahathir semasa berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Peranan Media di Negara-Negara Berkecuali di Kuala Lumpur baru-baru
ini. Bagi media Barat dan pemimpin mereka, serangan Dr. Mahathir itu tidak lebih
dari "ngauman langau hijau menghurung taik" saja. Yang paling
menggelikan hati, rakyat negara ini menganggap ucapan serangan Dr.
Mahathir itu semakin mendedahkan bagaimana buruknya ragam, perangai,
karenah dan dasar regim Mahathir melaksanakan taktik hodoh seorang
pemimpin negara membangun seperti Malaysia yang bermati-matian
melaksanakan pentadbiran ala DIKTATOR.
Dan, media Barat makin nampak jelas bahawa pentadbiran regim Mahathir
adalah sebuah regim FEUDAL yang mentadbir rakyat secara ?kukubesi?,
tertinggal jauh dari dunia madani. Peserta Konvensyen itu pasti pulang ke negara masing dengan pemahaman
yang mendalam bahawa regim Mahahtir sudah sampai ke penghujung
sejarah parti politik yang menyokongnya (UMNO/BN).
Mereka juga semakin yakin bahawa BARISAN ALTERNATIF dan kepimpinan
kerajaan PAS/BA di Terengganu dan Kelantan akan mengambilalih
pentadbiran seluruh negeri di Malaysia.
Kalau ditanya bila? Jawabnya: Tahun 2004. Singkat saja. Terimalah
nasibmu, wahai Dr. Mahathir dan UMNO/BN. Dendam kalian tidak akan
kesampaian!! |