Laman Webantu KM2A1: 2882 File Size: 3.5 Kb * |
Ramalan Pemimpin Umno Yang Wajar Di kongsi Bersama By Amin Sapiro 26/9/2000 10:37 pm Tue |
Amin Sapiro (bukan saya tulis - cuma tukang sampaikan aja)
RAMALAN PEMIMPIN UMNO YANG WAJAR DIKONGSI BERSAMA
Pemimpin UMNO seperti Tan Sri Megat Junid, Tan Sri Mohamad Rahmat, Datuk
Ibrahim Ali dan En. Tamrin Ghafar tidak pernah percaya bahawa Datuk Seri Anwar
Ibrahim meliwat. Mereka telah diugut dan dipaksa mengangguk saja.
Tan Sri Megat Junid mengakui bahawa kepala konspirasi yang merancangkan
memfitnahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi ia lah Datuk Aziz
Samsuddin bekas setiausaha politik Mahathir dan kini Timbalan Menteri Pelajaran.
Datuk Mustapha Mohamad, Ketua Penerangan UMNO bersunggut kerana ahli
UMNO tidak datang untuk program penerangan UMNO yang dia anjurkan. Kini
alhi UMNO sudah tidak percaya lagi dengan pemimpin UMNO
Mereka juga percaya bahawa kekuatan Mahathir kini hanya bergantung kepada
tiga golongan kecil manusia yang takut serta psyco ia itu:
Mereka ini melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh utama mereka kerana mereka akan hilang jawatan sekira nya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuasa semula. Tambahan pula mereka terlibat dalam pelbagai rasuah dan penyelewengan. Mahathir pula sangat takut, phobia dan psyco kepada perhimpunan ceramah BA
yang menarik ribuan rakyat olih pihak reformasi dan Barisan Alternatif
Olih itu Mahathir telah mengarahkan supaya perhimpunan olih pengikut Datuk Seri
Anwar Ibrahim di batalkan di seluruh negara.
Mengikut Tan Sri Mohamad Rahmat pula Mahathir merupakan Presiden UMNO
yang terakhir. Kerana dahulu rakyat bencikan Mahathir saorang sahaja tetapi kini
rakyat juga bencikan Mahathir dan UMNO sekali gus.
Pemimpin UMNO meramalkan: pada pilihanraya 2004 UMNO tidak akan ujud lagi
kerana tiada sokongan rakyat. Itu adalah mengikut Tan Sri Mohamad Rahmat,
bekas Setiausaha Agung UMNO yang paling lama menyandang jawatan dalam
parti dan kerajaan. Kerana pandangan beliau yang ?membina? itu, maka beliau
Mahathir ?terajangkan?.. Tamatlah riwayat UMNO/BN. Terkuburlah parti mereka tanpa nisan. Jomlah sama
kita talqinkan. PS: Dari laman http://go.to/reformasi
Amin Sapiro |