Laman Webantu KM2A1: 2881 File Size: 6.9 Kb * |
Akhirnya Selesailah Segala Masalah..!! By Amin Sapiro 26/9/2000 9:56 pm Tue |
Amin Sapiro (tak boleh ketawa...)
AKHIRNYA SELESAILAH SEGALA MASALAH..!!
Kita membaca kenyataan Daim Zainuddin mengenai kenaikan harga minyak
yang akan dibebankan kepada rakyat. Dan, kita sudah baca ulasan President
PRM Dr. Syed Husin Ali mengenai perkara yang sama.
Jadi dalam kepala kita tentu sudah berinteraksi bahan kimia yang menyebabkan
kita berfikir sejenak. Daim kata, rakyat perlu menanggung beban kenaikan itu
kerana ia akan merugikan kerajaan kerana jumlah subsidi RM3 bilion.
Dan Daim kata juga, ?Jangan rakyat runsing sangat, tahun depan harga bahan
bakar akan turun semula. Kelak, kerajaan pun turunkan jugalah balik asal?.
Hahah?. Bunyi cakap Daim itu memang sedap. Mahathir sendiri pun ada
sama-sama cakap. Maknanya regu Mahathir-Daim dah mula aktif. Mereka
berdua dah sepakat. Biasanya kalau Penyangak dengan Perombak dah mula berkongsi satu bantal,
makan sepinggan dan bercakap ?satu lidah?, alamat dunia akan kiamat dan
umat manusia akan ditimpa laknat. Bukan rahmat. Kita boleh garenti; mesti
berlaku punya?.. Kalu tak esok, lusa!!
Cuma yang hairan kita mengapa puak-puak UMNO sengap? Adakah kereta
diorang tak pakai minyak? Bini diorang masak nasi, goreng cekodok pisang
pakai kayu api saja ke? Adakah itu bermakna cuma anggota Pembangkang saja
yang akan kena bayaran tambahan? Puak-puak UMNO dikecualikan?
Nah?!! Disinilah bezanya diantara pemimpin dan penyokong UMNO/BN dengan
Pembangkang. Kenapa Dollah Bedawi TPM terdiam, sementara President PRM
dah bising? Kita nampak sekarang, puak-puak UMNO tak kesah apa pemimpin mereka
cakap dan buat. Tak kritikal langsung. Tak fikir sikit pun tentang rakyat banyak.
Sebab dah naik lemak? Sebaliknya, Pembangkang sentiasa peka dengan kesulitan rakyat. Dihujahlah
berbagai-bagai cara dan dikemukakan bermacam-macam usul.
Segala-galannya bertujuan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat
banyak. Menghuraikan implikasi dari kenaikan harga minyak yang dibebankan
kepada rakyat. Pun, kalau silap cakap - Pembangkang juga yang kena "lanyak". Mahathir
nanti kata, Pembangkang pandai cakap banyak aja.. tapi tak tau buat?!!
Sekarang kita mau tanya rakyat, siapa betul dan siapa yang salah.
Pembangkang atau Kerajaan? Jika Pembangkang berhujah mempertahan rakyat
bermati-matian, sebalik Kerajaan yang ada macam tak ada kerja lain selain dari
nak "menekan"; apa gunanya kita menyokong regim Mahathir dan Kerajaan
UMNO/BN? Dulu Mahathir bukan main beretorika dengan "Teori Inflasi Sifar". Bercakaplah
dia mengalahkan mahaguru pakar ekonomi dari Harvard.
Dicanang-canangkanlah sekeliling dunia berbagai teori yang bukan-bukan.
Dilaksanakan konsep Penswastaan dan Pengkopratan. Macam-macam.
Tapi sekarang apa sudah jadi? Infalasi dah meningkat berkali ganda. Harga ikan
bulu ayam lebih mahal dari ayam sebenar. Nasi sepinggan lebih mahal harga
dari pinggannya. Kan semua teori Mahathir dah jadi "belacan"? Ini macam ke
kerajaan yang kita harapkan mengasehani kesusahan rakyat?
Syed Husin Ali tak boleh buat apa memang patut. Sebab dia bukan menerajui
Kerajaan. Tetapi beliau ada rasa tanggungjawab sentiasa berfikir demi
kepentingan rakyat. Padahal tak ada siapa yang bagi gaji kepadanya kerana
berjuang untuk kesejahteraan rakyat.
Sebaliknya Mahathir, Daim, Dollah Bedawi, semua menteri UMNO/BN, MB-MB
dan wakil-wakil rakyat UMN/BN bukan saja setakat gaji malah ada yang
kayaraya kerana rasuah dan penyelewengan, tipu helah "kerobek" harta rakyat
- masih tak peduli dengan rintihan rakyat?
Padanlah kawan saya orang Melaka kata, "CELAKO, HAWAU?MUSIBAT -
siapa sokong Umno sama macam KEPARAT!!"
Teringat saja si Wak yang menjaja nasi lemak di warong kereta sorong, katanya:
"Kalau ya pun harga gas naik, harga minyak naik tahun ini dan tahun depan
turun semua; sepatutnya Kerajaan Mahathir subsidilah sikit menjelang tahun
depan. Apa salahnya??" Menjawab pulak anaknya yang bersekolah di Tingkatan 4, "Mahadey pikirlah
sikit. Subsidi kerajaan cuma RM3 billion saja, tapi rakyat yang dapat faedah
lebih 20 juta orang. Fikir sikit, si Mirzan, si Halim Saad, kompeni Mahathir-Daim
berapa bilion dah disubsidi pakai formula ?bail-out?..? Itu pun pakai duit rakyat,
duit PETRONAS juga. Apa pasal diorang boleh, rakyat tak boleh?".
Menjawab seorang kakitangan awam berjawatan ofis boy saja, "Kan
MALAYSIA BOLEH? Sementara boleh, diorang gasaklah semua sampai
?habeh?..!" Semasa mereka berhujah itu, di kaca TV ternampak muka Mahathir sedang
bercakap kepada rakyat?. Kata Dr. Mahathir:
[??Rakyat harus berterima kasih dan bersyukur kepada UMNO dan Kerajaan BN
kerana telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara makmur, aman,
selamat, tidak ada huru hara, semua orang dapat makan - tak ada yang
kebuluran, inflasi yang terkawal. UMNO meletakkan agama Islam sebagai
agama resmi dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam sistem perbankan, dalam
pentadbiran dan undang-undang, mengutamakan kepentingan
rakyat..bla..bla..bla?.?] Menyampuk seorang pelanggan yang sedang makan berlaukkan sekerat ikan
kembung dan sayur kangkung, katanya, "Tak payahlah Mahathir nak kelentong!
Tahun 2004 aku dah tentu undi BA!! Pi MAPOIH lah UMNO/BN?.."
Nampak kepada saya: UMNO/BN KALAH, maka berakhirlah semua
masalah? Semua yang di warung itu ketawa berdekah-dekah..!! (saya sengeh
aja. Tak berani nak ketawa. Belum sampai masa. Masih berwaspada.
Mahathir-Daim macam-macam konspirasinya..!!)
|