Laman Webantu KM2A1: 2874 File Size: 3.9 Kb * |
Umno Nak 'Perang Siber'? Dah lah tu OOOoooiiiii!! Balik Lah By Amin Sapiro 25/9/2000 11:56 pm Mon |
Amin Sapiro (gurau sikit, boleh ke?)
UMNO NAK ?PERANG SIBER? ? Dah lah tu OOOoooiiiii!! Balik lah
?PERANG SIBER? UMNO SEPERTI ?KILAT TANPA PETIR?.. Dah lah tu
Oiii..!! Bila UMNO istihar ?Perang Siber?, saya pun sengeh aja. Kebiasaannya
begitulah sikap saya - kalau orang mencabar sebelum buka silat, saya
tak mau dekat-dekat. Itu ?acah-acah? aja namanya..!! Satu sen tak
guna..!! (budaya UMNO). Arwah datuk saya pernah kata dulu, katanya - Kalau langit kilat
sambung menyabung, itu tandanya petir tak akan berdentum. Itu
dikatakan ?kilat gajah?. Cahaya saja yang memancar, sebenarnya tak
ada ?bendanya?. Hari ini saya masih menunggu tertanya-tanya - Mana dia yang
dikatakan ?Perang Siber? UMNO tu? LamanWeb pun tak ada, macamana
nak ?Perang Siber?? Kalau nak berperang, mesti ada tenteranya. Mana
UMNO ada tentera. Kena pakai ?askar upahan? pulak kah? Macam
Angola ke? Apa yang saya perhatikan, LamanWeb Pro-Reformasi (seperti FGR,
FeU, MindaRakyat, KM2 WebAntu, Tranung Kite, Mahazalim2,
Freeanwar, dll) penuh sarat dengan rencana. Masing-masing
dikemaskini setiap hari. Tak cukup tangan PW yang mengendalikannya.
Kena berceking mata sampai ke Subuh larut malam.
Kita perhatikan, Din Umno dan geng PWTC nya lagi sibuk di Forum FGR.
Kualiti yang ditulis pun banyak yang melucah. Budak-budak Tadika
Islam pun tau. Kalau beginilah cara UMNO nak ?Perang Siber?, rasanya
semua LamanWeb tajaan UMNO gulung tikar tak sampai sebulan!!
Untuk menarik perhatian, puak UMNO ?nyamar? nama penulis BA.
Macam pedang sendiri tumpul-madal, pinjam lembing orang lain. Kan
bangang punya bala tentera UMNO tu, kan?
Mengapa BA begitu punya hebat? Kerana mereka melakukan sesuatu
atas niat berjuang demi menegakkan kebenaran dan menumbang
kezaliman. Mereka ikhlas tidak memerlukan ganjaran.
Tetapi berbeda dari puak-puak UMNO. Apa yang mereka buat mesti
tanya dulu ?? Hheheehe.. berapa bayaran? Kerja siang sekian bayaran,
kerana malam kira overtime. Mesti bagi ?hardship allowance?..? Eh..wah
begitu pulak? Haahaha? itu macam nak perang, samalah macam arwah datuk saya
kata dulu, ?Peluru habis Palembang tak alah?. Eloklah siang-siang
mengaku KALAH..!!?. Hihihih?. Biasa kita dengar Mat Isa Samad kata, ?Buek ngabih bogheh ajo??.
Hhohohoh?.!! Dengar pulak Ketua Bahagian UMNO kata, ?Boghi kat oghang masokin
(miskin?) lagi manyak pahalo nyo? nak nayo dighi wat apo. Bejago
malam buat buat ngantok mati. Mbosa-an taik mato lagi ado guno
nyo???. Saya tak faham apa kawan NS tu kata. Tapi saya agak diorang mengutuk
UMNO, ya ke? Tak confident langsung kepada UMNO.
Itu semua saya catit waktu saya melawat kawan lama saya di Seri
Menanti, dekat Kuala Pilah, N9. Amacam Rais Yatim? Orang Jelebu kata apa pulak, ha? Hhehehe..GOLO
dek-e!! |