Laman Webantu KM2A1: 2872 File Size: 3.2 Kb * |
Untukmu Dahlia By Penulis Yang Berjurai 25/9/2000 7:51 pm Mon |
Saya sendiri pada awalnya bukan seorang penulis.
Saya hanya menulis bersambil lewa dan bakat yang ada cuma
tak seberapa sewaktu di sekolah. Markah yang dicapai
pun agak menyedihkan. Tetapi saya hairan mengapa guru
BM saya (seorang wanita) asyik memercik senyuman
kepada saya. Kini selepas berpuloh tahun lamanya baru saya sedar...
Ada sesuatu dalam diri saya yang membuat guru tadi
melemparkan satu isyarat kepada saya. Dia ingin saya
mengeluarkan isi yang begitu jauh terpendam di dalam.
Memang dia tahu saya seorang yang teramat pendiam...
Sebenarnya itulah kelemahan kita. Sekiranya kita akur
berpanjangan kepada satu perasaan yang mengecilkan
diri, selagi itulah kita tidak akan terlepas. Kita
perlu memanjat pohon kayu itu untuk melihat alam,
jika tidak kita akan selamanya terkelam....
"Perjuangannya adalah satu perjuangan dan pengorbanan
yang penuh kesepian. Kerana itu kesengsaraan adalah
sesuatu yang perlu ditanggungnya sendirian.
Inilah cabaran kepada penulis dunia siber. Hutan rimba
tidak boleh sama tinggi, kalau tidak masakan angin
boleh bertiup lalu. Setiap penulis siber adalah laksana pohon kayu di rimba
itu. Ia perlu naik tinggi lagi daripada kelompoknya.
Hanya dengan usaha itu dia mampu melihat keadaan
kelilingnya dan menterjemahkan bisikan bayu yang
sentiasa berderau lalu." (KTLBELB Bab 21 -MT-)
Unuk itu kita perlu melakukan beberapa eksperimen
atau percubaan memanjat pohon kayu itu. Lihatlah
Wak - beliau bermula sebagai "Orang Biasa", kemudian
"S'seng Bando" di forum seperti FGR itu juga.
Kemudian beliau mencuba lagi dengan "Haji Musa", dan
akhirnya "Amin Sapiro". Ini berlaku secara perlahan
- dan dengan tidak disangka, "Amin Sapiro" menjadi
bualan dan rebutan di alam maya. Amin itu adalah
"Orang Biasa" yang begitu gigih mengasah penanya
- dan akhirnya ia tajam juga.... Ketika itu mereka akan tertanya-tanya sendirian:
"Masakan Orang Biasa boleh, apakah aku pun tidak boleh?"
Sdri mempunyai beberapa pengalaman. cuba hidupkan
pengalaman itu dengan mengambil pengertian. Adun
dan campur isinya dengan gumpalan perasaan. Tekan
dan biar keluar tersembul segala yang menghimpit
isu bercerakin di dalam supaya tampak semua ragam yang
mencorakkannya terburai satu persatu. Para pembaca
akan pegun oleh ketajaman yang sebegitu.
Kemudian kiaskan kepada masalah alam sejagat yang
bercelaru akibat sentuhan manusia yang sanggup
mematahkan dahan demi sebuah "kolam" untuk diambil
sedikit tenaga yang tak seberapa untungnya. (sindir
Empangan Bakun). Kemudian bandingkan nasib orang asli
di situ dengan kroni yang menghisap darah siap dengan
'derma' oleh si mamak tua. Kemudian tanya pembaca:
"Siapakah yang lebih istimewa..... " |