Laman Webantu KM2A1: 2865 File Size: 14.0 Kb * |
B3: Dasar Penswastaan Mahathir Membunuh Daya Keusahawanan IKS Melayu By Amin Sapiro 25/9/2000 5:31 am Mon |
Siri Rencana sempena "Perang Siber"
DASAR PENSWASTAAN MAHATHR MOHAMAD MEMBUNUH DAYA
KEUSAHAWANAN IKS MELAYU - SATU RUMUSAN.
(Bah. 3) SEMENJAK Mahathir mengambilalih kepimpinan UMNO dan
BN, dan sekaligus mengambil alih jawatan Perdana
Menteri; ikrar pertama beliau ialah berazam merobah
keadaan melalui slogan ego dinamakan oleh beliau
sebagai "Azam 100 Hari".
Sebagai seorang "tactician" beragenda yang sekian lama
mengidam jawatan eksekutif tertinggi (PM), tempoh itu
beliau gunakan sebaiknya untuk menerap imej, identiti
dan personaliti sendiri. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah menggegarkan
keadaan semesta. Beliau menunjukkan suatu kelainan
yang membedakan identiti dan cara dari PM-PM sebelum
beliau. Tetapi, bagi mereka yang meneliti secara dekat,
sebenarnya Dr. Mahathir menggunakan tempoh itu untuk
melaksanakan strategi memusatkan semua kuasa ke dalam
genggaman beliau. Seperti yang dijangka, beliau
mempastikan semua struktur dalam seluruh pentadbiran
negara dan institiusi terbabit dikuasai beliau
sepenuhnya. Semua pihak yang terbabit - samada dalam Parti maupun
Kerajaan dan Perkhidmatan awam diberi mesej dan amaran
keras lagi jelas bahawa beliau adalah seorang Perdana
Menteri dan sekaligus Presiden Party yang berkuasa.
Diingatkan bahawa tidak siapa yang boleh melakukan
sesuatu tanpa kebenaran beliau. Mahathir menggunakan keputusan Kabinet sebagai
perisai. Dalam keadaan tertentu, beliau
"memperkudakan" para pemimpin UMNO dan BN sebagai
"lembu-lembu" bertanduk panjang!!
Rakyat yang pintar sudah nampak bahawa Mahathir sudah
memulakan era "Reign of Terror" dalam pentadbiran
negara. Mahathir meneruskan agenda untuk menguatkan kedudukan
dengan menyuntik (instill) rasa terugut dan ketakutan
disemua pihak dan peringkat. Latarbelakang Mahathir Ada Kaitan
Perlu diketahu latarbelakang Dr. Mahathir sebelum
menjadi Perdana Menteri. Ia banyak membentuk sikap,
perangai, pendekatan, objektif dan cara pengendalian
sebuah parti dan kerajaan. Jika Mahathir bersikap
pembohong dan "talam dua muka", mengambil kesempatan,
tidak jujur dan berpura-pura, pengugut dan beragenda -
segala-galanya dapat dilihat dari latarbelakang ini.
Adalah suatu yang benar dan perlu diingat, semasa era
pentadbiran Allahyarham Tunku, Mahathir adalah "duri
dalam daging" kepada kepimpinan pentadbiran
Allahyarham. Sebagai seorang yang sekian lama berjinak-jinak melaui
perselingkuhan beliau dengan "Freemason Yahudi" yang
berpusat diluar negara, Mahathir diyakinkan oleh
mereka supaya menguatkan naluri "killer instint" dalam
dirinya. Yahudi memberi ingatan bahawa Mahathir tidak boleh
mengamalkan budaya Timur yang bersopan dan menghayati
perinsip Islamik yang lazim andainya beliau mahu
menjadi kuasa tertinggi di negara ini dan kekal
ditampuknya. Lihat beberapa insiden yang memberi gambaran siapa
mahathir sebenar: 1) Mahathir "Kurang Ajar" Mahathir adalah seorang yang terlibat menggugat
kedudukan dan membangkit isu-isu kontroversi terhadap
kepimpinan "Bapak Kemerdekan" negara: Allahyarham
Tunku. Peristiwa 13 Mei membawa rahmat kepada Mahathir.
Beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk
meruntuhkan imej pentadbiran Allhyarham, mengkhianati
UMNO - seterusnya Kerajaan Perikatan. Rata-rata pihak yang mengetahui dalam politik dan
kerajaan membuat kesimpulan bahawa Dr. Mahathir memang
seorang "Ultra", anti Party sendiri dan Kerajaan yang
memerentah. Keseluruhannya, Mahathir mempunyai
"trade-mark" seorang anti-sosial yang sangat bahaya.
Merujuk kepada petikan dari sebuah artikel yang
dikutip dari Forum Freeanwar, Dr. Mahathir pernah
menulis surat paling tidak "sopan" dan ditafsirkan
dalam budaya sosio-politik orang Melayu sebagai
"kurang ajar" kepada Allahyarham Tunku.
Antara kandungannya berbunyi: [[?."You have become so powerful, both by virtue of
your office and by popular acclaim, that UMNO has
become subservient to you. UMNO is being held
together, not because the members share your ideas on
politics, but through a system of patronage and
disguised coercion based on Government rather than
party authority". "Mr. Prime Minister, your Government of mediocre
people is bereft of ideas, is unable to understand the
limits of their authority, and is generally unable to
rule. All the while, however, your Government is busy
on devices to perpetuate itself. These devices are so
transparent and so lacking in subtlety that they
achieve just the opposite effect". ]] b) "Talam Dua Muka" Dalam konteks hubungan kaum, pandangan Dr. Mahathir
terhadap kaum Cina adalah seperti berikut:
"Your 'give and take' policy gives the Chinese
everything they ask for. The climax was the commuting
of the death sentence, which made the majority of the
Malays angry. The Chinese on the other hand regarded
you and the Alliance government as cowards and
weaklings who could be pushed around".
"Once more I wish to repeat that the statement I made
[on the continued exclusion of the MCA from the
Cabinet] is to prevent the Malays from hating the
Government more and to stop the Chinese from abusing
the dignity of the Malays. A bigger riot will occur if
this is allowed. The military itself will be beyond
control". c) "Berudang Disebalik Batu" Apakah tujuan Dr. Mahathir sebenarnya?
[[?."I wish to convey what the people really think,
that is that it is high time you resign as our Prime
Minister and UMNO leader"]]. Belang Mahathir makin nampak apabila beliau menjadi
Menteri Pelajaran. Akta Universiti dirombak beliau
yang menyebabkan mahasiswa tidak dibenarkan mencampuri
politik seperti sebelumnya walaupun pun di kampus
(ruj. AUKU). d) Cenderung Berkonspirasi Beliau meningkat hingga menjadi Timb. Perdana Menteri.
Sementara Perdana Menter Tun Hussein Onn dirawat di
luar negara, Mahathir beragenda kotor melakukan
konspirasi mensabotaj (dalam parti) terhadap Tun
Hussein. Agenda beliau berjaya memaksa Tun Hussein
meletakkan semua jawatan dalam parti dan menyerahkan
jawatan Perdana Menteri kepada Dr. Mahathir.
Itulah Konspirasi dan dosa ke dua Mahathir dalam
agenda beliau menyingkirkan pemimpin atasan. Memang
nampak bahawa Mahathir menyembunyikan satu cita-cita
peribadi paling besar iaitu untuk menjadi Perdana
Menteri secepat mungkin dalam usia masih muda..
e) Tidak Mengenang Budi Kerana keyakinan beliau kepada falsafah yang
diserap-terap dari Yahudi Freemason itu telah mendarah
daging dalam dirinya, Mahathir beragenda untuk
menggunakan UMNO dan BN sebagai tapak bertenggek dan
batu loncatan - semata-mata untuk memenuhi agenda dan
objektif peribadi beliau. Mahathir tidak ada niat berterima kasih kepada sesiapa
- samada kepada UMNO, pemimpin terdahulu atau orang
Melayu. Bagi beliau, kepentingan diri mengatasi apa juga.
Setiakawan hanya berguna untuk diri. Khidmat dan
karisma orang lain harus dipergunakan. Ia wajib di
"detatch" dan dilupakan demi kepentingan diri sendiri.
Konsep ?habis manis sepah dibuang? mesti dijadikan
amalan tanpa ?conscience?. Beliau tidak siapa juga.
Kawan hanya semasa diperlukan. Selepas itu, mereka
wajib dibuang-singkirkan. f) Mensekularkan Islam Beliau yakin sepenuhnya, jika sebuah Parti berbentuk
Islam (seperti PAS) dibiarkan berpengaruh, segala
kepentingan beliau akan hancur. Segala kepentingan dan
kekayaan yang dibina untuk anak-anak beliau akan
musnah kerana Islam (dan orang Melayu) sangat menegah
sesuatu perbuatan yang tidak halal dan berbau rasuah
(mungkar). Dengan itu, "Islam" yang disebarkan UMNO harus
DISEKULARKAN. Ia adalah sebagai jaminan beliau akan
terus diingati dan kepentingan anak-anak beliau akan
kekal ditangan mereka (selepas beliau mati).
Apakah Cita-cita Sebenar Mahathir?
Faktor peribadi dan fahaman yang tersembunyi dalam
minda Mahathir itulah yang menyebabkan seluruh suasana
politik orang Melayu hari ini bergolak hebat.
Sekaligus, keharmonian hidup orang seiringan dengan
kaum-kaum lain telah tergugat. Mahathir mengagap orang Melayu menerima cara kehidupan
dan sistem "Feudal". Orang Melayu hanya tau merungut.
Sebenarnya mereka ada "timid" dan "docile" (pengecut
dan dayus). Mahathir mahu meneruskan budaya orang Melayu yang
tergambar di kepada sebagai kaum yang akur kepada ketua
dan takut kepada ugutan. Beliau beragenda
memecahbelahkan perpaduan Melayu supaya memandang
beliau sebagi "tuan". Perlantikan beliau sebagai PM membolehkan beliau
melakukan banyak agenda yang ganjil-ganjil. Seperti
yang dijangka, Mahathir mempastikan semua struktur
dalam seluruh pentadbiran negara dan institiusi
terbabit tidak boleh melakukan sesuatu tanpa kebenaran
beliau. Mahathir tidak berhasarat membela orang Melayu,
sebaiknya mahu orang Melayu meminta-minta. Kehidupan
orang Melayu tidak boleh melebehi tahap "subsistance"
kerana ditakuti mereka akan melawan "tuan".
Untuk menjamin kedudukan beliau, Mahathir melakukan
satu "rombakan pembersihan" dalam pentadbiran beliau.
Antaranya, adalah: i) Menyingkirkan Pesaing Struktur pertama yang menjadi tumpuan beliau ialah
Kabinet Kerajaan. Mahathir mengarahkan semua menteri
dipastikan tunduk melutut mengikut hukum dan kemahuan
beliau. Mereka yang engkar diberi tempoh untuk
berfikir. Samada mengikut kehendak beliau atau "tender
resignations". Rombakan Kabinet dilaksanakan
seterusunya. Secara perlahan, Mahathir mencari kelemahan setiap
anggota Kabinet dibawah beliau. Malah beliau
membiarkan mereka melakukan sesuatu yang salah dan
melanggar undang-undang (eg. Rasuah dan maksiat
sosial, dll). Pengintip "kempitai" dipasang untuk memberi laporan.
Tujuan beliau berbuat demikianadalah untuk memerangkap
mereka, sekaligus "memenjarakan" sebagai hamba suruhan
beliau!! Banyak yang terkena!
ii) Musuh Idaman Mahathir mempunyai kelemahan tersendiri. Beliau tidak
mampu berhujah dengan beberapa pemimpin Melayu vetren
yang matang dan "knowledgeable". Pemimpin pertama yang menjadi musuh beliau yang
"diterajang" keluar ialah Tan Sri Ghazali Shafie.
Beliau adalah musuh idalaman sejak bertahun-tahun
sejak MAGERAN di zaman Tun Razak. Mahathir memang
tidak mampu menandingi Tan Sri jika berhujah dan
bantah-sanggah. (Tan Sri Ghazali Shafie) Latarbelakang Tan Sri Ghazali - beliau adalah seorang
menteri yang senior - berpengalaman cukup luas di
bidang perkhidmatan awam, faseh dengan dasar luar
negara, mengetahui dengan mendalam politik dan budaya
UMNO dan BN, menghayati fabrik sosial masyarakat
majmuk dan mengerti cara dan pendekatan yang sesuai
dan menyelesaikan permasaalah negara dalam keadaan
sulit. Tan Sri Ghazali berpengalaman sebagai "trouble
shooter" dalam pelbagai insiden hubungan tegang dalam
isu sempadan Malaysia-Thai. Beliau terlibat dalam isu menamatkan "Konfrontasi"
antara Malaysia dengan Indonesia. Beliau terlibat
secara langsung dalam penubuhan ASEAN dan ZOPFAN
(gagasan berkecuali serantau). Khidmat beliau sebagai bekas kakitangan awam telah
memberi banyak perubahan dasar Malaysia - samada di
peringkat nasional mau pun antarabangsa.
Sewaktu berkhidmat sebagai seorang Menteri Kabinet
Perdana Menteri sebelum Mahathir, Tan Sri adalah
seorang yang jelas berwibawa dan berpandangan jauh.
Ini adalah suatu kenyataan yang telah mendapat
perakuan dan pengiktirafan rakyat. Sumbangan Tan Sri paling penting sekali ialah khidmat
beliau sebagai salah seorang pemimpin yang disegani
dalam mencari penyelesaian dalam isu perkauman kesan
dari Peristiwa 13 Mei. Dengan azam yang begitu kita,
Tan Sri telah berjaya memberi sumbangan khidmat dan
nasihat kepada pemimpin lain mengembalikan negara "to
the state of normalcy" dalam waktu yang singkat.
Kecemerlangan perkhidmat Tan Sri Ghazali bukan saja
dicemburui Mahathir malahan kewibawaan beliau
(Mahathir) sebagai pemimpin pasti akan terlindung
(shadowed). Pendekatan dan objektif Tan Sri adalah
bertentangan dengan sikap dan perbuatan, tindakan dan
agenda Dr. Mahathir. Persoalan: Bagaimana budaya "jatuh menjatuhkan" menyebabkan orang
Melayu terpuruk dan meninggalkan isu terpenting lain?
Siapa lagi yang menjadi mangsa agenda Mahathir, dan
apa kesannya kepada budaya politik orang Melayu hingga
terperangkap tidak menjadikan "keusahawanan dan
peniagaan" sebagai keutamaan? Siapa yang bertanggungjawab membuat dasar melumpuhkan
kekuatan politik orang Melayu? (sambung) `````````````````````````` |