Laman Webantu KM2A1: 2858 File Size: 7.7 Kb * |
B2: Dasar Penswastaan Mahathir Membunuh Daya Keusahawanan Melayu By Amin Sapiro 24/9/2000 9:52 am Sun |
DASAR PENSWASTAAN MAHATHR MOHAMAD MEMBUNUH DAYA
KEUSAHAWANAN IKS MELAYU - SATU RUMUSAN.
(Bah. 2) Penswastaan-Korporatisasi BAGI setengah orang, Dr. Mahathir penuh dengan impian yang
hebat-hebat. Tetapi, menilai hasil impian beliau, orang Kedah kata: Dr.
Mahathir cuma ?berangan-angan yang loghat-loghat?..!!
Dr. Mahathir cukup hebat mempromosikan ide beliau mengenai
pelaksanaan konsep ?Penswastaan-Korporatisasi?. Jika nak dianalisi,
kena kita baca buku satu almari. Tetapi, dengan mudah kata, ia bermakna:
mana yang dipegang dan diurus-tadbir oleh kerajaan akan dibagi orang
lain jalan-uruskan. Contohnya, Lebuuhraya Utara-Selatan. PLUS bina jalan, dan dibenarkan
kutip tol. Melintas saja sebiji kereta, kena bayar. Tiap-tiap tahun Konsesi
itu naikkan bayaran. Rakyat kena tambah bayar. Sebab, taukeh konsesi
kata mereka tanggung kerugian. Tapi yang kita tahu, Halim Saad naik
kapal terbang sendiri bila jalan-jalan.
Amacam rakyat pula? Kalian naiklah Proton Saga. Kereta macam itu pun
kena bayar. Jalannya macam itu juga, tapi bayaran meningkat. Rakyat
marah sampai demo, Mahathir hantar FRU leraikan. Nak buat macamana?
Kan Mahathir kata, "Itulah dia Penswastaan".?.
Macam itu juga kalau masuk hospital. Rawat punya rawat, bila nak keluar
- kununnya dah sehat, bil kena selesaikan. Tengok-tengok ada bil yang
sampai RM10 ribu kena bayar. Mana yang sakit jantung, pengsan lagi
sekali. Nak buat camna, tentulah masuk wad lagi sekali.
Maknanya, bil yang seda ada belum bayar kena tambah bil baru lagi.
Macam tu, tak ke elok mati? (jangan ketawa - ini sebenarnya suatu
tragedi..!!). Kalau kakitangan awam adalah sikit kelonggaran. Amacam Pak Mat yang
asal dari pendalaman, bukan pencen? Hisyyyy? tak ada sebelah mata
orang pandang. Seolah-olah Pak Mat dah jadi orang terbuang. Tidakkah
itu dasar Mahathir menyuruh orang makan gaji Kerajaan?
Sebut Korporatizasi pula - Kerajaan tak ada lagi campur tangan. Sendiri
cari hasil sendiri makan hasil. Siapa yang perlu khidmat agensi-agensi
itu, kena bayar. Macam anak-anak nak masuk belajar di universiti, emak-bapak cari kena
duit sendiri. Apa caranya, itu sendiri punya ikhtiar. Samada nak
berhutang, bergadai-bergolok, nak rompak-samun sendiri punya pasal.
Janji: Bayar!! Tak boleh bayar, anak kena suruh pulang kampung. Tanam
jagung!! Pasal biasiswa jangan banyak soal. Mahathir kata, ?Orang Melayu kena
diajar?. Keputusannya, Kerajaan Mahathir bagi hutang jangka panjang.
Sekarang, boleh jamin, tiap anak-anak sekolah di peringkat IPT ada
hutang ratusan ribu menunggu. Dimana Keadilannya Jadi puak mana sekarang yang mendapat memanfaat bermewah-mewah
dari dasar Pembangunan Usahawasan Mahathir yang direstui UMNO..?
Kantung siapa yang berisi dan kocek siapa yang kosong?
Tengok sini, amacam ceritanya. Mahathir dan Daim serta kuncu-kuncu
ada Kroni. Kroni ini cari idea keliling dunia. Balik nanti mereka upah
Juruperunding buat Kertas Kerja. Beratus muka. Kemudian jumpa
Mahathir-Daim bukak silat mereka. Vincent Tan kata, ?Kita buat Indah Water Konsortium. Tiap-tiap orang ada
kepala paip di rumah kena bayar ufti. Kalau satu rumah boleh kutip RM5,
cuma taksir satu juta rumah?? Heheh? budak-budak Tadika pun boleh congak dengan jari. Tetapi
soalnya, adakah orang kampung air kotor mereka Indah Water Konsortium
cuci? Habis apa servis Vincent Tan dah garenti? Tidakkah itu macam
merompak siang hari? Vincent Tan cerdik akalnya. Siang-siang dia dah pinjam dari Bank satu
billion RM. Separuh duit kontan dia songlap dan punggah hantar luar
negeri. Bank tak boleh kata apa, sebab Vincent Tan adalah Mahathir
punya Kroni. Daripada buang kerja lebih baik bagi. Lagipun dia cuma
makan gaji. Lama-lama Vincent Tan ?declare??. Indah Water Konsortium: RUGI!! Bila
tanya, cagaran ada ke? Vincent goyang tangan dan kata,
?Tarakkkkk..lahhh..?. Bila desak lagi, Vincent Tan goyang kaki?heheh
cabut lariii?.!! Pegawai bank keluh kesah. Bank dah rugi parah.
Kerana nak tutup cerita, Mahathir pakat dengan Daim? ?You bail-out
lah!!?. Daim angguk sebab dia pun ada juga masalah. Berpuluh
syarikatnya dah luka parah. Bottom-line nya: MERAH! Indah Water
dibail-out dengan duit rakyat tak kurang RM800 juta. Fikirlahhhhh?.!!
Padahal pengusaha/peniaga IKS boleh kendalikan kerja pembersihan
takungan najis. Sudah 50 tahun tak ada masalah! Tiba-tiba usaha mereka
dirampas - patah ditengah. Macam itu ke Penswastaan kembangkan
keusahawanan? Masa Anwar dulu, inilah jadi punca masalah. Anwar berkeras tak mau
bayar. Mana boleh duit rakyat dianggap macam sendiri punya tong
sampah. Pertelingkahan inilah menyebabkan Mahathir suruh Anwar
?Bapak Anjing? belasah!! Macam tu jugalah pengkopratan IPT. Ada pulak sekolah yang
di?Franchise?kan. Kalau nak mudah macam ?Kentucky Fried Chicken?
lah. Kroni-kroni buat sekolah, sewa rumah kedai yang murah-murah.
Letak guru yang lulus macam nasi mentah. Suruh mengajar budak-budak
Melayu. Bayaran berapa? Hehehe? RM5,000/ enam bulan. Berapa lama? Dua
tahun. Dah tentu RM20 ribu kena bayar. Kalau tak lulus boleh sambung
lagi. Tapi kena ingat, bayaran kena tambah lagi!! Lama-lama, sekolah
untung beratus juta, bapak murid terjelir lidah nak membayar!! Mengikut
pemantuan, cuma 5% saja yang lulus. Siapa untung, siapa rugi?
Satu cerita lagi: semua projek yang diswastakan diserahkan kepada Kroni
pilihan. Kawan ini punyalah rakus bukan kepalang. Semua kerja dia bolot
sendiri buat. Usahawan kecil (IKS) tak merasa dapat. Apa peluang lagi
selain dari terkulat-kulat. Dari A sampai Z, anak syarikat konsesi yang
buat. Tidakkah ini menyekat daya usaha perkembangan keusahawanan rakyat?
Lama kelamakan mana yang ada kebolehan hanya ada satu pilihan.
Makan gaji dengan ?tuan-tuan? jutawan. Sendiri nak mencuba kebolehan
- baik jangan. Pasti patah kandar, sebab ?taukeh besar? mana boleh
dikalahkan. Mereka handal. Apa iktiar nak mengubah nasib? (sambung) Amin Sapiro |