Laman Webantu KM2A1: 2856 File Size: 12.1 Kb * |
B1: Dasar Penswastaan: Mahathir Membunuh Daya Keusahawanan IKS Melayu By Amin Sapiro 24/9/2000 2:32 am Sun |
versi susun semula DASAR PENSWASTAAN MAHATHR MOHAMAD MEMBUNUH DAYA
KEUSAHAWANAN IKS MELAYU - SATU RUMUSAN. (Bah. 1)
SUDAH lama saya menyimpan catatan ini. Sudah muak saya berfikir panjang.
Siang malam terbayang - betapa nasib orang Melayu makin malang.
Mengapa kita masih nak simpan ?jembalang?. Kini sudah mula memakan
tuan!! Sejak saya menghadiri sebuah seminar keusahawanan di Kuala Lumpur
tempoh hari. Dollah Ahmad Bedawi bukan main berlagak ?menghamun?
peserta (rata-rata orang Melayu). Kununnya orang Melayu jangan bergantung kepada subsidi bantuan
Kerajaan. Khususnya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.
Geram juga hati saya mendengarnya. Apatahlagi, melihat bangsa saya
dianiaya!! Tidakkah kita sudah Merdeka? Apa maknanya?
Tidakkah kita memilih pemimpin UMNO untuk membantu kita mengisi
Kemerdekaan? Mengapa kita mesti diperbangangkan? Tidakkah kita rakyat
watan? Mengapa kita diperlakukan semacam pendatang haram?
Orang Melayu Menyumpah Habis Ramai para peserta terkebil-kebil saja terbeliak mata. Ramai yang melopong
tak terkata apa. Mulut ternganga. Maklumlah, itu memang budaya pemimpin
Melayu dalam UMNO - ditempat begitulah mereka ?tunjuk steam?.
Kalau dibantah kena catit nama. Silap-silap kena ?potong nama?. Hilang taraf
sebagai ahli UMNO..!! Dituduh tak ?bersyukur? (alahai?!!) kepada UMNO dan
pemimpin mereka. Ganjarannya - tersekat pintu rezki mereka.
Yang peliknya, ada puak yang bertepuk tangan. Ada yang memuji kehebatan
Dolah bagi ucapan. Mungkin seorang berdua saja yang bosan tak pasang
telinga. Maklumlah - balik-balik rakyat yang salah. Pemimpin UMNO ?suci?,
tak ada dosa apa-apa. Elehhh?.. macamlah mereka sesuci hamba Allah baru
turun dari syurga?!! Masa rehat minum kopi, kami bertanya sesama sendiri, ?Kalau Mirzan dan
Kroni Mahathir tak ?dibail-out? dan bagi berpuluh bilion subsidi, apa sudah
jadi? Tak kan Dollah Bedawi sebangang itu, nggak ngerti?, kata seorang Wak
dari Johor. Menjawab Mamat dari Negeri Sembilan. Dia kontraktor buat jembatan.
Kabarnya dulu, jembatan Rais Yatim dia lah yang tolong bakarkan. Katanya,
?Taukeh babi pun Dollah bagi subsidi. Kalau orang Melayu mintak - disebut
macam nak rak. Macamlah kepala bapak dia punya hak??. Marah betul dia.
Begitulah marahnya orang bila dengar pemimpin UMNO kalau bercakap.
Masing-masing memang tak sedar diri. Salah orang nampak, salah sendiri tak
kata apa..! Teringat saya: JIKA Robin Hood dalam legenda ?revolusi-rakyat? Inggeris
menentang kekejaman sistem Raja dengan membawa falsafah marhain
?Robbing the rich for the poor?. Tetapi Dr. Mahathir Mohamad yang angkuh
mendabek dada sebagai pejuang negara ke-tiga terang-terang telah
melakukan perkara sebaliknya. Beliau lebih cenderung ?merompak orang
miskin untuk dikongsi-kongsi oleh orang kaya?.
Hasilnya, hari ini kita semua nampak ada bukti nyata bahawa yang kayaraya
adalah diri Mahathir sendiri, anak-beranak, suku-sakat dan kroni-proksinya,
para menteri dan wakil rakyat UMNO dan komponen Barisan Nasional.
Itu bukan fitnah. Malah itulah yang menyebabkan Datuk Seri Anwar
membantah. Kerana itu adalah bertentangan dan bercanggahan dengan
prinsip, matlamat dan kepentingan Mahathir, maka Anwar disingkirkan.
Yang paling ganjil dan pelek, Anwar diaib-malukan, diseksa, dipenjara dan
seluruh keluarga beliau disisihkan begitu rupa!! Rakyat tahu. Sebagai
manifestasi bantahan orang Melayu, maka lumpuhlah Kerajaan UMNO/BN di
Terengganu! Begitu juga di Kelantan. Beberapa negeri lain hampir ditawan
oleh Pembangkang Melayu. Orang Melayu Terus Dipinggirkan
Jika di zaman penjajah, orang Melayu dianggap rakyat kelas tiga selepas
kaum penjajah Inggeris dan kaum Cina. Penjajah merancang supaya orang
Melayu disisihkan ke ulu-ulu dan pendalaman di pinggir hutan simpan. Orang
Melayu diagih perkampungan khas disebut Tanah Simpanan Melayu (TSM).
Tak apa juga. Hiduplah mereka dengan budaya dan ekonomi secukup hidup
(subsistance). Mereka tidak meminta-minta.
Tetapi mereka terus bercita-cita untuk menebus keadaan hidup yang
terpinggir. Mereka mahu kemerdekaan dan mencorak masa depan generasi
mengikut peredaran zaman. Mereka mengerti bahawa dunia akan serba maju
dan berlumba-lumba. Mereka mahu mencorak hidup generasi masa depan
yang mulia, berwibawa dan beragama. Malangnya, setelah 43 tahun negara ini di merdekakan - Mahathir adalah
Perdana Menteri pertama yang tidak nampak mempunyai sebarang rancangan
untuk membangunkan daya keusahawanan orang Melayu secara sistematis,
disengajakan dan jangka panjang. Hampir 18 tahun Dr. Mahathir menerajui UMNO, jumlah usahawan tahap
Pertengahan dikalangan orang Melayu berbanding kaum lain - tidak lebih
bagai ?melepaskan batuk di tangga? saja. Mahathir menghabiskan masa
beretorika. Menjelajah keliling dunia. Menunjukkan ego dan kehebatannya.
Saban hari kita didendangkan dengan pelbagai janji manis bagai madu gula
nira. Tetapi cuba orang Melayu yang berkeinginan menceburkan bidang ini
mencuba daya usaha? Rata-rata mereka akan berkata: ?Kerajaan Mahathir
cuba pandai ?menanam tebu dibibir? saja..!!?
Pembangunan ?Kepala Bapaknya??!!
Mahathir membina pelbagai projek ?gajah putih?. Disuruhnya orang Melayu
berbangga. Bersorak ria. Gegak gempita. Sementara orang Melayu di desa,
terbiar dan jauh sekali dari dibela dengan sempurna dan berencana.
Dibinalah sebatang jalan bertar, dimasuk letrik dan air pili. Dikatakan
bahawasanya itulah pembangunan. Pembangunan ?kepala bapaknya??!!
Orang kampung masih berhuma. Nelayan pantai masih mengayuh sampan
injin sangkut. Nelayan laut dalam Siam yang teroka. Lembu di padang cuma
dua-tiga ekor. Pokok getah makin tua. Bantuan tanam semula dihentikan
serta-merta. Kemiskin mulai melanda. Pendidikan anak-anak Melayu tanpa biasiswa. Sekarang diubah jadi
pinjaman pula. Ratusan ribu perlu dibayar. Jika tak bayar, dikejar saman.
Akan diheret ke mahkamah. Sepatah kata pepatah Melayu, Mahathir dan ?lembu-lembu pawah? UMNO
yang dibaruakannya, hanya bercakap semacam ?pepat diluar rencong
didalam?. Banyak orang harapan rakyat yang sanggup ?menggunting dicelah
lipatan?. Sistem "Ten %" menjadi paduan lumrah sebagai amalan..!!
Akhirnya, belumpun pengusaha IKS mendapat ?kontrak dan tender?, orang
politik sudah siang-siang ?kebas? untuk abang ipar, kakak saudara,
anak-anak dan kroni-proksi mereka. Kita boleh ?check-chek? tengok! Carilah satu orang para Menteri dan
MB-MB UMNO yang tidak ada kroni proksi dan penyimpan ?mohor? mereka?
Kata jenakanya - ?boleh potong telinga? kalau ada yang bersih tanpa
rasuah. Masing-masing dah jadi ?mafia?.
Tanya Rafidah Aziz - amacam isu Saham menantu beliau? Tanya Mahathir -
Mirzan dengan Syarikat Kapal Kebangsaan itu berapa billion PETRONAS dah
?koyak?? Itulah dia sistem ?Nepotisma dan Kronism?
Apa Puncanya? Puncanya adalah bersebab dari Dr. Mahathir sendiri terlalu ghairah dengan
dasar Penswastaan. Kununnya, itulah cara meningkatkan penyertaan rakyat
dibidang keusahawasan dan perniagaan secara berkesan. Maka
bermati-matianlah beliau merombak dan mengatur semula beberapa uruskerja,
struktur dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kununnya, dasar beliau yang baru akan menjadi asas harapan memajukan
orang Melayu dibidang ini. Tapi dasar itu bertukar jadi ?Dasar Ekonomi
Baru(a) pulak!! Akhirnya, rombakan keatas DEB yang diolah semula begitu rupa - disuntik
dengar dasar Penswastaan. Mahathir bermegah memuji dasar yang
dilaksanakan. Hebat kununnya..!! Kerajaan untung dapat banyak cukai!
Maka wujudlah dengan sendirinya faktor ?Nepotisma dan Kronisma?. Melalui
satu jalinan interaksi yang mantap dengan kroni tertentu, Dr. Mahathir
mencanangkan pula konsep ?Malaysia Incorporated?.
Dengan konsep yang diimpot dari Jepun itu, bermakna antara golongan
peniaga bermodal besar dengan semua jabatan terbabit diwujudkan satu
hubungan yang ikrab. Tak cukup dengan itu, diinjek pula dengan slogan
?Smart Partnerships?..!! Di impikanlah konsep pensyarikat Jepun dipanggil ?sogososha?. Syarikat
kecil akan bertukar besar, cuma dengan ?lampu Aladdin? yang direkacipta
oleh Mahathir. Tetapi yang jelas, orang Melayu bukan ?bersogosyosha?.
Sebaliknya mereka bertambah ?syusyahhhh..?. Inflasi meningkat berkali
ganda. Rasuah Diberi Perlindungan Nah! Di sinilah bermulanya segala rasuah dan penyelewengan yang
menggila-gila. Semuanya jadi halal tanpa dosa. BPR pun tak boleh lagi buat
kerja. Kalau tak percaya, tanya Datuk Shafie Yahya - apa cerita Dr. Mahathir
maki-hamun beliau bila Abol Hassan ditangkap dengan wang tunai RM100
ribu dalam laci pejabat? Apatahlagi, bagi Pak Mat yang cuma kontraktor Kelas ?F? dengan modal
hasil cagaran se bidang tanah pesaka, pasti akan teraba-raba,
tertanya-tanya untuk mencari maknanya konsep-konsep Mahathir yang
?gila-gila?..!! ?Ya Allah?!! Bukan main hebat. Nak memikir untuk dimasukkan ke dalam
kepala hotak pun kepalang punya beghat?!? Pak Mat melopong terkulat-kulat
bila tengok Ahmad Ridzwan, adik kepada Mohammad Taib dapat tender
juta-juta!! Untung berlipat-lipat. Sampai Mohd. Taib kena tangkap oleh kastan-imigresen Australia sebab
bawa duit dalam bag bimbit setengah koyan. Dia mengaku duit dia. Tapi dia
tak cakap dari mana asalnya. Takkan gaji MB sebulan 3 juta.
?Sajalahhh?abang dia Menteghi Besaq.. Hang apa ada? Modai pun
tadakkk..? menjawab ?partner? si Pak Mat.
Jadi puak mana sekarang yang mendapat memanfaat bermewah-mewah dari
dasar Pembangunan Usahawasan Mahathir yang direstui UMNO..? Kantung
siapa yang berisi dan kocek siapa yang kosong?
(bersambung) Amin Sapiro |