Laman Webantu KM2A1: 2855 File Size: 11.9 Kb * |
Agresif Umno Teroleng-oleng By Pujangga 24/9/2000 1:42 am Sun |
Adapun warkah ini diatur sebagai membalas warkah
dari adinda Dahlia yang berada di satu ufuk dunia
yang amat jauhnya. Membaca karya pendita sewel yang
dilakarkan oleh adinda itu menggerakan pena ini
untuk meninggalkan sarungnya untuk melakar sedikit
hujah buat renungan sekalian pembaca yang rindukan
jawapannya. Tugas sebegini sebenarnya bukan untuk
kekanda di sini, sebaliknya pihak yang tertuduh
lebih mahir menyangkalnya. Walaupun begitu, kekanda
layarkan sepatah dua kata tatkala menunggu bahtera
yang bakal tiba.
SEKIAN LAMA IA BERSILA Nampaknya Umno dah mula nak bersilat setelah sekian
lama duduk bersila sambil menyembah sultan bernama
diktator tua. Maka dihantarlah seorang panglima,
adapun Datuk Mustapha namanya, untuk menyusun bala
tentera, diatur dan disusun begitu banyaknya. Tiga
puloh 'wira siber' bakal menyusul dengan keris kurusnya
kononnya untuk membela pemipin mengikut rentak silat
kononnya tanpa sihir berkemenyan dan berasap puaka.
Tetapi bayangan bomoh hitam yang masyhur di batu talam
itu dan mudahnya kepala bercerai badan menjadi seribu
tanda-tanya. Berapakah ganjarannya dan kebalkah dia
sebenarnya? SILAT YANG TEMPANG Malangnya, belum apa-apa sudah tertikam pula betis si
mamak tua. Adapun jika PAS itu bersalah mencuri cara
revolusi iran mengapa pula ia disamakan dengan kaum
khawarij yang langsung tiada relevan simpul kaitnya?
Bukankah kaum khawarij itu satu golongan yang memang
berperanan melancarkan perang kepada Amirul mukminin
ini? Sudah tentu Sayyidina Ali (ra) lebih dikenali
sebagai Imam Ali (as) oleh mazhab Ja'afari.
Dan diktator tua dengan Sayyidina Ali (ra) pula jauh
panggang dari api! Bukankah Sayyidina Ali (ra) sanggup
akur kepada mahkamah, walaupun beliau tahu haknya
dicuri tetapi dia tidak dapat membukti. Walaupun
kata-katanya sudah dijamin sendiri oleh Nabi (SAW) tidak
mungkin dusta walau sedikit pun (33:33), tetapi
beliau patuh pada perintah mahkamah mengistiharkan
beliau tidak layak mendapat barangnya yang dicuri.
(Nota: Kisah ini berlaku bila seorang manusia mencuri
barang Ali (ra), dan Ali (ra) sedar itu barangnya.
Bila dibicarakan, orang itu lepas kerana tiada cukup bukti/saksi,
Ali (ra) akur kepada keputusan hakim.)
Sekarang penulis itu perlu bertanya kepada dirinya sendiri:
Siapakah yang asyik lari bila mahkamah menjemput
mengemukakan bukti? Siapakah yang meminda-minda
butiran dakwa dengan senangnya? Siapa pula yang
sewel dan mepercayai dusta yang amat hina itu?
Hukum Islam yang mana pula yang membenarkan satu
episod yang amat hina itu menjadi bualan seantero
dunia? HUKUMAN AHLI NERAKA Penulis tersebut tampaknya cuba menjadi pendakwa dan
seterusnya menghakimkan bahawa pemimpin PAS sudah jauh
kesesatannya. Tetapi itu pun belum cukup, beliau
menyudahkannya pula dengan balasan 'ahli neraka' dengan
mudahnya. Seperti biasa ayat dan hadis menjadi alas untuk
menyedap kata, malangnya ia sebenarnya menjadi alas di
telapak kaki bukannya untuk dijunjung di atas kepala.
Sehebat-hebat Khomeini pun hanya hukum bunuh Salaman
Rushdie yang difatwakannya. Apakah penulis itu lebih
faqih dan besar ketinggian ayatullah nya? Apabila Khomeini
meninggal, berjuta2 rakyat Iran dan kaum muslim seluruh
dunia (termasuk orang bukan islam juga) menangis akan
sedihnya - maka apakah jika penulis itu meninggal, nanti
lebih satu malaysia akan menangisi pemergian dirinya?
Atau penulis itu sendiri yang menangis dan meraung di
alam baqa yang sudah tentu hebat siksa dan ranjaunya?
ANTARA AMANAT DAN FATWA Amat malangnya penulis tersebut tidak dapat membedakan
antara amanat dan fatwa. Amanat adalah nasihat dan fatwa
adalah keputusan mengenai hukum ugama yang dilafazkan
sebagai rujukkan akan halal dan haramnya sesuatu usul
yang samarnya ada. Dalam ilmu feqah, istilah ijtihad
mengikut nas adalah intipati untuk berfatwa.
CARUT MENCARUT Persoalan mencarut sudah diterangkan oleh YB Ustaz
Ismail Khamus dengan mudahnya. Carut, mengikut istilah
bahasa ialah perkataan yang keji dan kotor. Dalam al Quran
beberapa gelaran kotor diberikan kepada orang yang
melancarkan perang terhadap Nabi dan Islam. Dalam banyak
tempat, mereka ini disamakan atau lebih teruk dari binatang. Ada yang
dijadikan kera kerana sikap mereka yang mempersenda-sendakan
ajaran. Bukankah ada manusia moden yang merasa terhina
bila mereka diteorikan berasal usul dari binatang
yang kotor? (teori Darwin), Istilah seperti "Celaka"
dan macam2 lagi dalam al Quran adalah kata-kata simbolik
yang menggambarkan kotor dan kejinya manusia yang
menentang Islam. ULAMA SEBAGAI PEMIMPIN Hujah "hanya ulamak yang layak menjadi pemimpin" perlu
difahami. Dalam Islam kepimpinan adalah amat penting.
Sebab itulah ada hadis yang mewajibkan melantik seorang ketua
walaupun ketika pergi bermusafir yang tak seberapa jauhnya.
Kaedah dan syarat melantik ketua memang sudah ternyata dengan
jelasnya di dalam Islam. Bukalah kitab sebarang mazhab,
baik mazhab as Sunnah ataupun Ja'faari, semuanya ada
menceritakan kriteria memilih seorang ketua - baik ketua
untuk mengimami solat berjamaah, mahupun ketua perang dan
negara. Islam tidak mengizinkan seorang yang banyak berdosa
menjadi ketua. Keimanan, Ilmu, Keadilan dan Kebolehan
adalah antara faktor yang menjadi ukuran. Bukannya setakat
berlakun membaca doa atau menangis buta untuk tatapan
peti televisyen yang berkaca! Atau berhaji dan kemudian
melenggang kucu kota heyy di bukit yang kasino nya masyhur
sentero negeri! Itukah budaya yang menjadi 'tasbih' seorang haji?
Masjid hari ini hanya menjadi tempat membicarakan persoalan
ibadah ritual sahaja. Ia terpaksa membisu mencegah kemungkaran
yang berleluasa. Di saat seorang insan difitnahkan dengan pelbagai
tuduhan dan aib yang menghina, semua imam yang diiktiraf oleh umno
membisu seribu bahasa, sedangkan hal itu memang nyata dikutuk oleh
ugama - termasuk mendiamkannya!
Sekarang tanya diri sendiri - siapakah yang sebenarnya ada ugama
dan siapa yang menyembunyikan ugamanya demi gaji yang tak seberapa?
MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM Bukan kerja kita mengkafirkan orang. Tetapi menjadi KEWAJIPAN kita,
khususnya ulama untuk memberitahu apakah ciri-ciri yang boleh
membawa kepada KEKUFURAN. Ada banyak ucapan oleh Ustaz Haji Hadi
yang membincangkan persoalan ini, sehingga ia terakam. Malangnya
penulis tersebut masih tidak faham-faham, dan mahu menjadi hero
dengan sedikit tulisan tetapi lari bila jemputan bermuzak@rah di
anjurkan! Yang mereka tidak lari hanyalah tuduhan demi tuduhan yang
memenuhi setiap corong mikrofon dan lapuran media berleluasan.
PAS ditumbuk dan ditikam sehingga ada ahli-ahli nya maut di hujung
senapang - tetapi sampai kini pengadilan nya tidak berkesudahan.
Sampai kini umno gagal membuktikan mereka sesat dan punca
pemecah belah masyarakat - sebaliknya mufti Kedah sendiri
mengistiharkan mereka bukan ajaran songsang!
PUNCA MURTAD Jika isu murtad mahu dibicarakan, sewajarnya penulis itu bertanya
mengapakah Tun Salleh Abas dipecat dengan senang? Siapakah yang
memberi ruang kepada orang melayu bertukar pasangan dan teman serta
siapakah pemimpin yang membebel bila JAIS menangkap orang? Isu
kad pengenalan dan identiti ugama adalah peranan orang atasan yang
mahu memudahkan identiti Islam dihilangkan supaya dosanya dapat
dipertikaikan dengan senang! Sebaliknya mereka menangkap ulamak yang mengajar manusia mendekati tuhan,
sejak kaset "Terbang Dalam Bilik" dan "Dajjal Batu Bercakap" diedarkan.
Yang menghairankan kita bagaimana Kassim Ahmad bebas dengan ideanya
tanpa sebarang sekatan...... Jika umno memperjuangkan Islam, sudah lama kes Anwar dibawa ke muka
pengadilan Islam. Sebaliknya mereka memilih mahkamah sivil kerana
mereka sendiri tahu mahkamah syariah akan menerajang pendakwanya
dan saksi palsunya bersekali kerana asyik bertukar butiran.
Jelaslah umno sendiri memilih-milih ajaran Islam dan membuangnya
dengan mudah sambil diulas dengan pelbagai tafsiran sewenang-wenang.
PAS, PEMIMPIN DAN AHLI NYA Apabila seseorang itu menulis beliau sewajarnya faham bahawa PAS
dan ahlinya adalah dua konteks yang berbeda. PAS atau UMNO adalah
laksana rumah dan ahli itu adalah satu kelompok keluarga yang mendiami
rumah itu. Seperti biasa sesuatu keluarga itu akan dipimpin oleh
seorang ketua. Ketua tersebut diharap dapat melaksanakan tugasnya untuk
memacu dan membimbing ahli keluarganya mencapai matlamat yang sudah
digariskan terlebih dahulu. Matlamat ini kekadang dipanggil dasar dalam istilah sains politik.
Apabila kita mahu meneliti sesuatu perjuangan, asasnya menjadi
penentu kerana penghuninya adalah mereka yang cuba merealisasikan
asas yang dirasakan mulia itu. Orang Islam yang waras tidak akan tinggal di dalam rumah yang
laksana 'yahudi' atau kufur strukturnya binaannya. Asas-asas ini
sudah jelas dan boleh dibaca dalam perlembagaan parti masing-masing.
UMNO memperjuangkan nasionalisma Melayu manakala PAS memperjuangkan
Islam sebagai satu cara kehidupan yang serba lengkap - termasuk
siasah/politik. Walaupun melayu selamat, islam tidak semestinya
selamat. Sebaliknya jika Islam selamat, melayu akan selamat.
Yang tidak selamat hanyalah melayu yang sudah hilang kemelayuannya.
Mereka adalah golongan yang tidak menemui ayat haram arak dalam
al quran, memandang remeh hal hijab wanita Islam, menganggap
hukum Islam sebagai primitif, dan masih tebal muka walaupun satu benua
Islam menolak jemputan kepadanya. Mereka juga masih tebal muka
walaupun telah membaca Fatwa Syaikh Taha yang diedar keseluruh dunia.
Apakah itu muka seorang manusia atau muka seekor binatang?
|