Laman Webantu KM2A1: 2854 File Size: 8.8 Kb * |
Penswastaan: Mahathir Bohongi Usahawan IKS By Amin Sapiro 23/9/2000 10:09 pm Sat |
Amin Sapiro (sedih dengan nasib orang Melayu)
PENSWASTAAN: MAHATHR BOHONGI USAHAWAN IKS
DASAR PENSWASTAAN MAHATHR MOHAMAD MEMBUNUH DAYA
KEUSAHAWANAN IKS MELAYU - SATU RUMUSAN.
Kununnya orang Melayu jangan bergantung sangat kepada subsidi
bantuan Kerajaan dalam keusahawanan dan perniagaan. Geram juga
hati saya mendengarnya. Apatahlagi, melihat bangsa saya dianiaya!!
Tidakkah kita sudah Merdeka? Tidak kita memilih pemimpin UMNO untuk mengisi Kemerdekaan?
Mengapa kita mesti diperbangangkan? Orang Melayu Menyumpah Habis Kami terkebil-kebil saja. Ramai yang melopong tak terkata apa.
Maklumlah, itu memang budaya pemimpin Melayu dalam UMNO -
ditempat begitulah mereka ?tunjuk steam?. Kalau bantah kena catit
nama. Silap-silap kena ?potong nama?. Hilang taraf sebagai ahli
UMNO..!! Masa rehat minum kopi, kami bertanya sesama sendiri, ?Kalau Mirzan
dan Kroni Mahathir tak ?dibail-out? dan bagi berpuluh bilion subsidi,
apa sudah jadi? Tak kan Dollah Bedawi sebangang itu, nggak ngerti?,
kata seorang Wak dari Johor. Menjawan Mamat dari Negeri Sembilan. Dia kontraktor buat jembatan.
Kabarnya dulu, jembatan Rais Yatim dia lah yang tolong bakarkan.
Katanya, "Taukeh babi pun Dollah bagi subsidi. Kalau orang Melayu
mintak disebut macam nak rak. Macamlah kepala bapak dia punya
negeri?" . Marah betul dia. Begitulah marahnya orang bila dengar pemimpin UMNO kalau
bercakap. Masing-masing memang tak sedar diri. Salah orang
nampak, salah sendiri tak kata apa..!
Teringat saya: JIKA Robin Hood dalam legenda ?revolusi-rakyat?
Inggeris menentang kekejaman sistem Raja dengan membawa falsafah
marhain 'Robbing the rich for the poor'. Tetapi Dr. Mahathir Mohamad
yang angkuh mendabek dada sebagai pejuang negara ke-tiga
terang-terang telah melakukan perkara sebaliknya. Beliau lebih
cenderung 'merompak orang miskin untuk dikongsi-kongsi oleh orang
kaya'. Hasilnya, hari ini kita semua nampak ada bukti nyata bahawa yang
kayaraya adalah diri Mahathir sendiri, anak-beranak, suku-sakat dan
kroni-proksinya, para menteri dan wakil rakyat UMNO dan komponen
Barisan Nasional. Itu bukan fitnah. Malah itulah yang menyebabkan Datuk Seri Anwar
membantah; maka beliau diaib-malukan, diseksa, dipenjara dan
seluruh keluarga beliau disisihkan begitu rupa!! Rakyat tahu. Dan
buktinya, lumpuh Kerajaan UMNO/BN di Terengganu!
Orang Melayu Terus Dipinggirkan
Jika di zaman penjajah, orang Melayu dianggap rakyat kelas tiga
selepas penjajah Inggeris dan kaum Cina. Penjajah merancang
supaya orang Melayu disisihkan ke ulu-ulu dan pendalaman di
pinggir hutan simpan. Tetapi, setelah 43 tahun negara ini di merdekakan - Mahathir adalah
Perdana Menteri pertama yang tidak nampak mempunyai sebarang
rancangan untuk membangunkan daya keusahawanan orang Melayu
secara sistematis, disengajakan dan jangka panjang.
Hampir 18 tahun Dr. Mahathir menerajui UMNO, jumlah usahawan
tahap Pertengahan dikalangan orang Melayu berbanding kaum lain -
tidak lebih bagai 'melepaskan batuk di tangga' saja.
Saban hari kita didendangkan dengan pelbagai janji manis bagai madu
gula nira. Tetapi cuba orang Melayu yang berkeinginan menceburkan
bidang ini mencuba daya usaha? Rata-rata mereka akan berkata:
"Kerajaan Mahathir cuba pandai 'menanam tebu dibir' saja..!!"
Sepatah kata pepatah Melayu, Mahathir dan 'lembu-lembu pawah'
UMNO yang dibaruakannya, hanya bercakap semacam 'pepat diluar
rencong didalam'. Banyak orang harapan rakyat yang sanggup
?menggunting dicelah lipatan?. Sistem ?Ten %? (ten percent - Ed.) menjadi paduan
lumrah sebagai amalan..!! Akhirnya, belumpun pengusaha IKS mendapat ?kontrak dan tender?,
orang politik sudah siang-siang ?kebas? untuk abang ipar, kakak
saudara, anak-anak dan kroni-proksi mereka.
Kita boleh ?check-chek? tengok, cari satu orang para Menteri dan
MB-MB UMNO yang tidak ada kroni proksi dan penyimpan ?mohor?
mereka? Tanya Rafidah Aziz - amacam isu Saham menantu beliau? Tanya
Mahathir - Mirzan dengan Syarikat Kapal Kebangsaan itu berapa
billion PETRONAS dah 'koyak'? Itulah dia sistem ?Nepotisma dan
Kronism? Apa Puncanya? Puncanya adalah bersebab dari Dr. Mahathir terlalu ghairah dengan
dasar Penswataan. Kununnya, itulah cara meningkat penyertaan
rakyat dibidang keusahawasan dan perniagaan secara berkesan.
Maka bermati-matianlah beliau merombak dan mengatur semula
beberapa uruskerja, struktur dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Kununnya, dasar beliau yang baru akan menjadi asas harapan
memajukan orang Melayu dibidang ini. Tapi dasar itu bertukar jadi
'Dasar Ekonomi Baru(a)' pulak!!
Akhirnya, rombakan keatas DEB yang diolah semula begitu rupa suntik dengar dasar Penswastaan. Mahathir bermegah memuji dasar yang dilaksanakan. Maka wujudlah dengan sendirinya faktor ?Nepotisma dan Kronisma?.
Melalui satu jalinan interaksi yang mantap dengan kroni tertentu, Dr.
Mahathir mencanangkan pula konsep 'Malaysia Incorporated'.
Dengan konsep yang diimpot dari Jepun itu, bermakna antara
golongan peniaga bermodal besar dengan semua jabatan terbabit
diwujudkan satu hubungan yang ikrab. Tak cukup dengan itu, diinjek
pula dengan slogan 'Smart Partnerships'..!!
Nah! Di sinilah bermulanya segala rasuah dan penyelewengan yang
menggila-gila. Semuanya jadi halal tanpa dosa. BPR pun tak boleh
lagi buat kerja. Kalau tak percaya, tanya Datuk Shafie Yahya - apa
cerita Dr. Mahathir maki-hamun beliau bila Abol Hassan ditangkap
dengan wang tunai RM100 dalam laci pejabat?
Apatahlagi, bagi Pak Mat yang cuma kontraktor Kelas 'F' dengan
modal hasil cagaran se bidang tanah pesaka, pasti akan teraba-raba,
tertanya-tanya untuk mencari maknanya konsep-konsep Mahathir
yang ?gila-gila?..!! ?Ya Allah?!! Bukan main hebat. Nak memikir untuk dimasukkan ke
dalam kepala hotak pun kepalang punya beghat?!? Pak Mat melopong
terkulat-kulat bila tengok Ahmad Ridzwan, adik kepada Mohammad
Taib dapat tender juta-juta!! Untung berlipat-lipat.
Sampai Mohd. Taib kena tangkap oleh kastan-imigresen Australia
sebab bawa duit dalam bag bimbit setengah koyan. Dia mengaku duit
dia. Tapi dia tak cakap dari mana asalnya. Takkan gaji MB sebulan 3
juta. ?Sajalahhh?abang dia Menteghi Besaq.. Hang apa ada? Modai pun
tadakkk..? menjawab ?partner? si Pak Mat.
Jadi puak mana sekarang yang mendapat memanfaat
bermewah-mewah dari dasar Pembangunan Usahawasan Mahathir
yang direstui UMNO..? Kantung siapa yang berisi dan kocek siapa
yang kosong? (bersambung) Amin Sapiro |