Laman Webantu KM2A1: 2852 File Size: 7.8 Kb * |
Mahathior Suruh S/U Agung Umno Bukak Kilang 'Fart-Wa'? hahaha..!! By Amin Sapiro 23/9/2000 8:16 pm Sat |
Amin Sapiro (pagi tadi dengar kuliyah Subuh)
MAHATHIR SURUH S/U AGUNG UMNO BUKAK KILANG ?FART-WA??
hahaha..!! Contoh di UK maupun di US - perkara seumpama itu berlaku sebagai amalan
yang diperakukan dalam sistem demokrasi. Masing-masing pihak akan
menerima keputusan tanpa niat membalas dendam. Pihak yang kalah akan
akur. Selepas pilihanraya, keadaan kembali pulih. Tenang. Aman. Semua berjalan
lancar seperti sediakala. Kalah-menang tak disebut lagi. Macam tu lah yang
di katakan pemimpin ?gentlemen?. Mereka ?shake-hands?.
Malangnya di Malaysia, sejak Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan
Presiden UMNO, keadaan yang diperlihatkan beliau tidak serupa. Selama
beberapa tahun ini, Dr. Mahathir tidak putus-putus berhujah, membelasah,
memfitnah dan bersepak terajang terhadap musuh UMNO (termasuk musuh
politik beliau). Pihak Pembangkang musuh utama.
DENDAM DAN SERANG Rakyat semakin hairan. ?Apa pasal Mahathir tak habis-habis berdendam??,
bertanya rakyat Terengganu dan Kelantan.
Tengok pulak, apa sudah jadi - DS Anwar Ibrahim sekeluarga adalah insan
paling aib seksa dan dizamlimi. kesan parut luka itu sudah sembuh, namun
luka dihati rakyat berdarahan lagi hingga hari ini.
Di setiap Perhimpunan Agung UMNO, Mahathir menyerang PAS. Tak cukup
membelasah parti itu, Mahathir menyerang pribadi para pemimpinnya. Masih
tak cukup lagi, Mahathir mengutuk mereka dari sudut agama pula.
Macam-macam risalah fatwa Mahathir suruh Yusof Nor, Haji Nakhaie & para
ulamak UMNO sebarkan. Akhirnya, kerana orang sudah tidak peduli dan naik bosan, Mahathir
mengutuk Islam dan Nabi Junjungan. Begitu sangat Dr. Mahathir egonya!! Dah
terus betul Mahathir ni, kan? Silap-silap macam dia ada simpan setan.
BENGEKEL 'FATWA' Sekarang sudah tersebar pula pelbagai jenis risalah yang menggariskan
bermacam-macam fatwa. Seolah-olah di ruang lingkup pejabat Setiausaha
Agung UMNO, sudah ada satu ?bengkel? mengeluarkan ?fatwa? mengenai
agama. Sekali baca, nampak seolah-olah akan diwujudkan pulak oleh UMNO
?mazhab? ke-4. Perkara macam inilah yang jadikan orang Islam jadi Kurafat -
boleh bertukar Kiblat!! Kita hairan, apakah gunanya kita mempunyai Majlis Fatwa. Tidakkah Mahathir
dan UMNO tahu bahawa sesuatu Fatwa itu mempunyai proses khusus
sebelum ia dikeluarkan? Sebagai rakyat, ramai diantara kita yang mempunyai pendidikan dan
pengalaman mengenai sistem dan peraturan berthabit dengan proses
penentuan, pengiktirafan dan penyiaran sebarang ketentuan mengenai fatwa
sebelum diperakukan sebagai ?Fatwa? agama (maksudnya agama Islam).
Ia bukanlah tertakluk kepada tunjuk arah dan kemahuan seorang PM atau
Pembangkang seperti PAS atau KeADILan. Malangnya, dalam isu ini
Pembangkang faham. Masalah itu timbul bila UMNO dan Presidennya cuba
menyakinkan umat Islam di negara ini supaya menyokong mereka.
Maka bermulalah serangan UMNO terhadap PAS melalui pelbagai risalah.
Habis semua pihak kena belasah. Rakyat yang kurang arif mulalah bagai si buta kehilangan tongkat. Terhojok
sana, terhojok sini. Lama kelamaan, semua jadi burung penguin - terjun dari
tebing curam yang tinggi. Dah lah kepak tak cukup bulu, bila terjun begitu
samalah seperti bunuh diri! Kini, orang Melayu sudah mulai bertanya: Apakah ini sumbangan UMNO
kepada agama kita? Risalah "Pengkhianatan PAS terhadap Islam" yang diterbitkan oleh Urusetia
Biro Penerangan dan Biro Agama Umno Malaysia bertarikh 1 Ogos 2000
sudah mulai jadi topik hangat di kalangan rakyat.
Belum sempat risalah ?fatwa? Setiausaha Agung UMNO habis difahami orang,
seorang insan bernama: Abu Muhammad Fariz Al-Hussainiah telah
menyebarkan fitnahnya pula. Ramai yang merasa Abu Muhammad Fariz Al-Hussainiah itu BUKAN berasal
keturunan arab. Dari hujah beliau, paling hampir, beliau hanya setaraf unta
yang mendapat upah membawa beban dosa jemaah haji ?yang ini? - Dr.
Mahathir al-haj. Jika beginilah pemimpin UMNO dan para ulamaknya mengendalikan isu fatwa
dalam Islam di negara ini, jangankan rahmat yang akan tiba - sebaliknya bala
pula akan menimpa. Di masjid tadi saya teringat seorang Ustaz memberi panduan dalam ceramah
beliau. Kata beliau, "Sekiranya sesuatu kelompok manusia itu mengengkari
ketentuan Allah swt, sebagai peringatan Allah akan menurunkan bala".
Kata beliau (intipati saja): [??..Kita sudah membaca di dalam Al-Quran bagaimana Allah swt
menimpakan pelbagai bala kepada umat sebelum kita, atas dosa-dosa mereka
memutarbelitkan firman Allah. Bencana bah, gempa bumi, api, ribut taufan,
cuaca panas kering kontang, wabak, dan lain-lain musibah - diturunkan
sebagai peringatan. [??..Mungkin kita belum melihat kekuasaan Allah swt dan bencana yang
sebenar-benarnya. Jangan kita andaikan secara mudah dengan melihat
lopak-lopak air dihalaman rumah kita setelah hujan berhenti. Itu bukan bah?
Itu lopak-lopak air saja sebab tanah laman tuan-tuan tinggi rendah?] katanya.
[??Tetapi cuba kita bayangkan air yang menyembur dari perut bumi dengan
hujan lebat tidak henti-henti hingga Gunung Tahan pun hapus puncaknya -
bagaimana? Nak lari kemana agaknya? Mungkin ada yang engkar dengan
berkata mereka boleh menumpang perahu layar Azhar Mansur kah? Itu pun,
tak tau pasal apa, siang-siang tiang layar pun dah patah. Kalau tak ada
orang nak tolong, hari ini dia pun tinggal arwah..Nauzubillahhhhhhh??!!?],
kata beliau menamat ceramahnya. Geleng kepala dia.
Ada yang menyeringai semacam nak ketawa bila nama Azhar Mansur disebut
beliau. Tetapi, mana yang mahu berfikirlah tidak ketawa. Tafakur saja.
Maka tahulah saya - mana satu penyokong UMNO dan mana satu yang
bukan. Nah!! Saya sebut cerita di masjid tadi sebagai mengingatkan diri saya.
Sementara itu, berpesan-pesanlah kita sesama sendiri. Muasabahlah diri?!!
Nak baca Fatwa Setiausaha Agung UMNO kah lagi? Silakanlah?..
Jangan salahkan sesiapa jika teraniaya diri di akhirat nanti..!!
Amin Sapiro |