Laman Webantu KM2A1: 2850 File Size: 6.1 Kb * |
FKMT: Singapura Semakin Gelabah, Kaum Cina Tak Mahu Anak Di Rumah. By Mat Teropong 23/9/2000 5:35 am Sat |
Singapura Semakin Gelabah, Kaum Cina Tak Mahu Anak Di Rumah.
Oleh: Nao Nakanishi "Let's Get On the Love Wagon!" Demikianlah tajuk dalam
Bahasa Inggeris yang menjadi pojok Singapore Straits Times.
Inilah ajakan kepada rakyat Singapura untuk berasmaradana
walaupun di dalam kereta. Sebelum ini Singapura merupakan
sebuah negara yang mempunyai peraturan yang ketat terhadap
ponografi dan seks bebas. Di muka yang dua lambar dam akhbar yang cenderong kepada
kerajaan itu memberikan maklumat mengenai beberapa tempat
sunyi dan gelap, yang sungguh romantik untuk para pangan
yang memikirkan mereka mampu mencontohi Romeo dan Juliet.
Terdapat juga beberapa senarai mengenai bantuan khas
seperti menggunakan akhbar untuk menutup cermin kereta
(semasa membuat kerja?- penterjemah) Inilah salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar
kelahiran bayi di kalangan satu masyarakat yang
berpendidikan tinggi kerana mereka lebih mengutamakan
pencapaian kekayaan dalam masa panjang daripada
beranak-pinak. Usaha kerajaan itu bermotifkan penggalakan
keluarga yang besar. Kalau rencana ini gagal, kadar kelahiran bayi yang rendah
di kalangan penduduk yang didominasi oleh kaum Cina akan
merobah kadar campuran yang sensitif di negara itu
sedangkan komposisi begitu merupakan satu strategi yang
berjaya meredakan ketegangan etnik yang selama ini menjadi
masalah besar negara jirannya.
Kadar penduduk Singpura adalah mengandungi 76.8 persen
Cina, 13.9 persen Melayu dan 7.9 persen India. Selama ini,
negara kecil yang mempunyai jumlah penduduk seramai 4 juta
itu, mengharapkan kaum Cina menonjol dalam bidang
pertahanan dan perniagaan. Usaha kerajaan itu memang
memberikan isyarat yang amat jelas. "Kita perlukan banyak bayi yang baru lahir," kata Perdana
Menteri Goh Chok Tong dalam satu ucapannya bulan yang lalu.
Jumlah penduduk Singapura akan mengecut selagi kita tidak
betulkan kadar fertiliti di kalangan kaum cina." Kadar
fertiliti di Singapura ialah 1.5:1 (anak:ibu); Kadar ini
adalah baik sedikit daripada kadar di Itali yang merupakan
terendah di dunia yakni 1.2. Tetapi kadar fertiliti (kadar kesuburan) kaum Cina ialah
1.3 berbanding 2.4 di kalangan orang Melayu, yang beragama
Islam dan mempunyai budaya hidup yang seiras dengan
saudara-mara mereka di Malaysia. Kaum Cina di Singapura
memerlukan nisbah 2.1 kalau mereka mahu menggantkan
jumlah kaum mereka yang ada kini. Sejak beberapa minggu yang lalu, kerajaan telah membuat
pengumuman mengenai 'Baby bonus' (bayaran bonus kalau
melahirkan anak) untuk anak kedua dan ketiga, cuti berbayar
yang bertambah dan telah memperkenalkan cuti bersalin
kepada kaum bapa di kalangan pekerja perkhidmatan awam.
Seperti yang dilakukan oleh negara yang menghadapi kadar
kelahiran yang rendah, kos yang tinggi menyara anak
merupakan satu hambatan kepada mereka yang mahukan
keluarga besar di Singapura. Untuk memperolehi anak,
ibubapa terpaksa mengorbankan apa yang disebut sebagai 'The
Singapure Dream". Impian Singapura itu bermula dengan abjad
'C'. Terdapat lima 'C' semuanya; Car (kereta), Kondominium
(rumah pangsa mengikut fesyen Singapura bukannya fesyen
Datuk Keramat ataupun Kampung Kerinci-penterjemah), Credit
Card, Cash (wang tunai) dan Club membership (keahlian
kelab). Harga harta awam memang tinggi dalam salah sebuah negara
yang sungguh padat di dunia ini. Begitu juga dengan harga
kereta kerana kerajaan menghadkan jumlah kereta kerana
negara ini hanya mempunyai lebuhraya sepanjang 23 km dan
42km lebarnya. "Kami mengimpikan anak seramai 3 hingga 4 orang dalam
setiap famili..Masalahnya harga menyara anak terlalu
mahal." Kata seroang peniaga. Dia menganggarkan kos sebanyak S$200,000 (RM600,000)
untkk membesarkan seorang anak dengan memberikannya
pendidikan yang tinggi, berbanding dengan kadar S$4000-
S$5000 yang pernah dibelanjakan untuk mendidik seorang
berpelajaran di zamannya dulu. Untuk golongan menengah, mereka mengimpikan satu rumah di
Australia untuk menghabiskan zaman persaraannya, lengkap
dengan beberapa ekor kuda ataupun duduk di Singapura
dengan rumah kediaman tajaan kerajaan bersama tiga orang
anak sambil menggunakan kenderaan kepunyaan awam.
Demikian pula pendapat seorang anak muda Singapua.
Untuk menikmati keselesaan hidup, ramai kaum wanita
Singapura yang bekerja dan tidak mahu melepaskannya walaupun
merka sudah bergelar ibu. Kekurangan tenaga kerja telah membuat kerajaan bertindak
dengan menggalakkan wanita yang berkelulusan untuk bekerja,
dengan cara memberi kemudahan kelepasan cukai. Kemudahan
seperti inilah yang menyumbang kepada ramainya wanita yang
lambat berumah tangga dan keluarga yang kecil.
Seorang pegawai di Kementerian Pembangunan Masyarakat dan
sukan telah berkata: 43 persen penduduk berkeluarga
(household) Singapura adalah mereka yang mempunyai dua
pendapatan berbanding dengan 35 persen pada 1989.
Dalam negara yang kecil yang berjiran dengan satu negara
besar yang bergolak seperti Indonesia, sudah timbul
perasaan takut kini, betapa kadar fertiliti yang rendah itu
akan menggugat dasar pertahanan negara, akhirnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>> Tiru gaya -MT- Sikit <<<<<<<<<<<<<<<< |