Laman Webantu KM2A1: 2848 File Size: 5.9 Kb * |
FKMT: Pemberontak Yang Kental By Mat Teropong 23/9/2000 5:58 am Sat |
Fokus Khas: Oleh: Raju Gopalakrishnan Tidak ada satu serangan pun yang berjaya, demikian kata
Marites Vitug, seorang wartawan Filipina yang telah
menulis (bersama seorang penulis lain) sebuah buku yang
mencatatkan perjuangan pemberontak Islam di bahagian
selatan negara itu. "Mereka telah berjaya melawan semua penakluk," demikan
kata beliau kepada Reuters, sambil merujuk kepada rakyat
tempatan. Anggota Abu Sayyaf memang semuanya berbangsa
Tausug dan amat matang dalam peperangan. Mereka merupakan
orang tempatan yang tahu sangat keadaan pergunungan di
situ apatah lagi dengan persekitaran lautan yang ada.
"Mereka mampu menyesuaikan diri dengan manusia yang ada dan
keadaan persekitaran. Mereka mampu menyeberang lautan di
tengah malam. Semua ini adalah amalan biasa kepada
mereka," kata Vitug lagi. "Kalau mereka mampu bertahan??.. mereka mampu juga
melepaskan diri". Berita seperti in tentunya tidak menyenangkan pihak
tentera yang melancarkan serangan ke pangkalan
pemberontak itu pada hari Sabtu untuk membebaskan 19 orang
tebusan termasuk enam orang luar. Serangan udara oleh pesawat ringan dan helikopter,
bersama tembakan mortar yang disusuli serangan darat
telah dilakukan tanpa henti selama tiga hari. Namun, ada
tanda menunjukkan pemberontak itu telah berundur ke
kawasan pergunungan dengan para tebusan. Tentunya mereka
bersedia menghadapi perjuangan yang panjang.
Tentera laut telah pun melakukan sekatan di Jolo yang
terletak 960 km ke selatan Manila. Usaha ini bertujuan
menyekat para pemberontak itu daripada menggunakan
motobot dan melarikan diri mereka ke dalam kawasan
perairan yang penuh batu karang dan pulau-pulau kecil.
Tetapi, tidak ada sesiapa yang berani berkata bahawa
operasi tentera itu satu kerja yang mudah.
Islam telah mula menjejakkan pengaruhnya di selatan
Filipina pada abad yang ke-14. Apabila Sepanyol menakluki
Filipina dan membawa ajaran Kristian, tercetuslah
peperangan yang sungguh dahsyat di kawasan yang didudukki
oleh kesultanan Islam di Mindanao dan Jolo sehinggakan
berlakunya keadaan padang jarak padang tekukur. Penjajah
Sepanyol itu telah menggelarkan musuh mereka dengan
panggilan 'MOROS' sepertimana mereka memanggil orang Moors
di Eropah. Keganasan yang berlaku di zaman Sepanyol itu tidakah
sedahsyat dengan pembunuhan bersistem yang dilakukan ke
atas orang tempatan oleh angkatan tentera Amerika Syarikat
pada awal abad ke -20 yang lalu. Mark Twain pernah menulis mengenai peperangan di Jolo pada
tahun 1905 dengan perkataan ini: "Pihak musuh berjumlah 600 orang termasuk kaum wanita dan
anak-anak. Kami (Amerikan) telah memusnahkan mereka
semuanya, tanpa membiarkan seorang pun anak kecil untuk
bernafas dan meraung nama ibunya yang sudah mati."
Ketika Perang dunia ke-2 berjuang bagi pihak kerajaan
Filipina dalam memerangi pihak Jepun.
Jolo adalah pusat perjuangan orang Moro dalam tuntutan
kemerdekaan daripada Filipina yang beragama Roman Catholic
pad pertengahan 1970-an. Tentera Filipina telah menyerang
mereka dan membakar bandar besar mereka pada 1974,
bertepatan dengan 100 tahun selepas serangan yang sama oleh
pihak Sepanyol dulu. Beratus manusia yang terbunuh dan
ribuan lagi yang melarikan diri daripada pulau itu.
Pulau kecil yang berbentuk anak katak itu, kini menjadi
tempat tinggal kepada lebih kurang 400,000 manusia yang
hidupnya kedaifan dan bergantung kepada kerja-kerja berani
dan menangkap ikan. "Inilah wilayah yang paling miskin dalam negara ini."
Demikian kata Vitug sambil menerangkan betapa kemiskinan
adalah berpunca daripada keganasan yang berlarutan sejak
berabad lamanya. "Satu ketika dulu, Jolo merupakan sebuah
bandar diraja kesultanan Sulu. Keadaannya sungguh
kosmopolitan, sedangkan di waktu itu Manila masih lagi
merupakan satu kawasan yang berpaya."
Mindanao dan beberapa kepulauan yang berjiran denganya
memang kaya dengan rimbunan hijau, tanah yang gembur dan
tanaman yang subur. Sekitar 40 persen keluaran tani
Filipina ditanam di situ dan kebanyakan hasil laut negara
memang dituai di perairan Mindanao. Tetapi, perbalahan yang berterusan telah mentakdirkan
pulau itu menjadi satu kawasan yang paling mundur
sedangkan Filipina pun merupkan sebuah negara yang lembab
ekonominya di antero Asia. Vitug berpendapat, serangan yang terkini itu merupakan
satu tindakan ganas yang memporak-prandakan keadaan
sedangkan apa yang sebenarnya diperlukan ialah satu
serangan kilat hanya untuk menyelamatkan para tebusan.
"Mungkin juga semua ini satu ekustik sahaja, akhirnya,"
kata beliau. "Mungkin juga ia merupakan satu pesanan yang dikirim
oleh pihak tentera, hei??. kami buat juga sesuatu
dalam hal itu?.!!!!!!" >>>>>>>>>>>>>>>>>>> Tiru gaya -MT- Sikit <<<<<<<<<<<<<<<<
|