Laman Webantu KM2A1: 2847 File Size: 11.2 Kb * |
Jihad Punya Jihat - Lama2 'Mati Katak'?.Hehehe..!! By Amin Sapiro 23/9/2000 5:55 am Sat |
Amin Sapiro (tak nak konpius lagi)
JIHAD PUNYA JIHAT - LAMA-LAMA ?MATI KATAK??.Hehehe..!!
Saya betul-betul naik konpius. Di HARAKAH Daily saya terbaca sebuah
berita mengani satu risalah "Pengkhianatan PAS terhadap Islam" yang
diterbitkan oleh Urusetia Biro Penerangan dan Biro Agama Umno Malaysia
bertarikh 1 Ogos 2000 (ruj: Berita 1).
Khabarnya, Umno mendakwa pemimpin dan pengikut PAS sebagai
penyeleweng aqidah, syariah dan akhlak, penyebar fitnah, pengumpat,
pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianat masa depan
Melayu. Itu satu hal. Satu lagi, sejak petang 21/9/2000, di FGR bukan main gamat respons netters
mengenai satu berita yang hampir serupa - disampai oleh penulis yang tak
asing kepada netters pro-reformasi: Dahlia. (Ruj: Berita 2).
Sebagai seorang pembaca. Secara peribadi saya akui iaitu saya sudah
semacam ?bebal?..! Hehehe?.!! Berapa banyak risalah UMNO dah keluarkan?
Yang mana satu yang benar, saya sendiri tak tau.
Berapa banyak ?fatwa? yang nak dikeluarkan oleh puak-puak UMNO ini -
saya suka sangat untuk mendapat penerangan. Lebih-lebih lagi Setia Usha
Politik Mahathir bukankah keluar Al-Azahar?
Itu belum lagi ?Fart-wa? yang dikeluarkan oleh Dr. Mahathir Al-Haj. Dengar
khabar, ?lebai phobia janggut & kopiah putih? ini dah mula nak bagi tafsiran
tentang hukum solat pulak. Bagaimana agaknya Ulamak UMNO yang berjawatan sekarang? Tak adakah
mereka nak bukak mulut? Dah tersumbat sangat kah?
Saya masih terfikir apa Datuk Dusuki Ahmad buat? Dulu bukan main hebat lagi
bercerita mengenai ?tuannya? - kununnya mahukan orang Melayu mengikut
ajaran Islam yang betul. Sebagai Setiausaha Politik yang memahami agama
Islam secara mendalam, eloklah kira nya Dusuki Ahmad ?clear the polluted
air?. Dah ramai orang yang ?berjelaga? lubang hidung dan semput naik
?athsma? ni!! Ramai diluar sana ?ahli UMNO atas pagar? yang dah berkira nak ?lompat
jauh? meninggal UMNO (untuk sekali persetua adanya).
Sebab. Jihad punya jihad nanti, lama-lama mati katak aja, siapa ?endak??..
Hahahha?!!(saya masih ketawa ni) Amin Sapiro ````````````````````````````````````````````````````
BERITA 1: HARAKAH Daily Umno mendakwa menentang perjuangan PAS adalah jihad untuk
mengembalikan ajaran Islam yang sebenarnya dan juga untuk
mempertahankan kuasa politik pemerintahan di tangan umat Islam di ngara ini
Menurut risalah "Pengkhianatan PAS terhadap Islam" yang diterbitkan oleh
Urusetia Biro Penerangan dan Biro Agama Umno Malaysia bertarikh 1 Ogos
2000, Umno mendakwa pemimpin dan pengikut PAS sebagai penyeleweng
aqidah, syariah dan akhlak, penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut,
perosak perpaduan ummah dan pengkhianat masa depan Melayu.
Bahkan, menurut risalah itu, "selagi PAS menjadi juara tersebut kita wajib
berjihad menentang mereka," sambil memetik hadis Rasulullah SAW mengenai
kewajipan menentang kemungkaran sama ada dengan lidah, tangan atau hati.
Risalah yang diedar kepada ahli Umno itu juga menyamakan PAS dengan
kaum Khawarij kerana membina pemikiran politik melampau dan mengkafirkan
sesama umat Islam yang tidak sehaluan dengannya.
Risalah setebal 31 halaman itu juga memuatkan pelbagai lagi tuduhan
terhadap PAS termasuk pelbagai penyelewengan membabitkan soal aqidah,
akhlak dan syariat. Menurut risalah itu lagi, PAS menyebarkan khurafat di kalangan ahli-ahlinya
dan orang awam untuk mengukuhkan keyakinan terhadap PAS dan
pemimpinnya, kononnnya PAS mendapat pertolongan daripada Allah SWT.
Meskipun Umno mendakwa perjuangannya menentang PAS adalah jihad,
tetapi risalah itu tidak pula menyatakan sama ada mereka yang mati semasa
berjuang menentang PAS itu mati syahid ataupun tidak.
`````````````````` BERITA 2 Writer: Dahlia Subject: Buku Nik Aziz/ahli PAS ahli neraka?
Buku 'NIK AZIZ AHLI NERAKA - membawa kesesatan kepada ahli PAS'
Ketika saya menerima sebuah buku dari seorang rakan (client saya), saya
membelek-belek buku berkenaan . Dalam fikiran saya, saya tidak pernah
dengar nama penulis buku ini. Mungkin kedaifan dan kecetekan pengetahuan
saya sendiri. Saya beritahu rakan saya, saya akan baca kemudian
memandangkan ketika itu saya sedang membaca sebuah buku Sejarah Melayu
dan beberapa artikel berkaitan dengan Sejarah Kesultanan Melaka kiriman
seorang teman (terima kasih tidak terhingga kepada beliau).
Saya berpendapat, untuk waktu yang terdekat ini, memadai bagi saya
menurunkan kata-kata pendahuluan dari penulis berkenaan untuk tatapan
seluruh rakyat Malaysia (bacalah... ):
TERJEMAHAN HADITH Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW
berdabda, " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara
mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi denga jalan mewafatkan para
ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang
bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada parapemimpin
yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan
orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya." (Sahih Muslim 2297)
Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyai ramai ulama. Ini bertentangan
dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama
atau ulama sudah habis diwafatkan. Menurut hadith: " Allah tidak
menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh
manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama"
Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana
datangnya mereka ini semua? Menurut hadith di atas: Apabila ulama sudah
habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin
mereka. Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana
didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini
tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid
seperti imam Shafie, Imam Maliki , Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan
lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini
kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato' Nik aziz mengeluarkan
fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam?
Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik aziz yang mengatakan ALLAH
MENCARUT? Persoalan seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak jadi
pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS, mestilah
terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Fadzil Noor, Mohamad Sabu
dan Mahfuz Omar jadi ulama. Mereka semua ini mengaji kat mana? Berapa
juzuk al-Quran yang mereka hafal? Jangan-jangan mereka ini memang
ORANG BODOH yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.
Ketahuilah! sesuatu yang disampaikan oleh Rsulullah SAW adalah benar dan
sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Olehitu
marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan
sebagi sesat dalam hadith di atas. Jawapannya..............................
(antara kandungan): -Siapakah Yang Membawa Ke Neraka -Menolak UMNO Beerti Menolak Islam -UMNO- Matlamat& Hala Tuju Seterusnya
-16 Dalil Mengapa PAS Mesti DiTolak:
....................***................... Huh!! Setelah membaca pendahuluan dan juga Sepatah Kata penulis, saya
rasa tidak perlulah bagi saya membaca buku berkenaan, bukanlah
menganggap buku itu terlalu rendah kualitinya sebagai sebuah manuskrip ilmu
yang boleh dimanfaatkan, tetapi ia penuh dengan propoganda UMNO yang
jelas berat sebelah, walaupun pada masa yang sama si penulis mendakwa
PAS adalah sebuah parti yang keterlaluan memesongkan Islam untuk
kepentingan parti semata-mata. Begitulah hebatnya penulis ini, sdr Abu Muhammad Fariz Al-Hussainiah yang
akhirnya berjaya menulis sebuah buku bertajuk - UMNO atau PAS: Siapakah
Yang Mebawa Ke Neraka Menurut Al-Quran dan Hadith? ( 20 Disember
1999). Mungkin ramai yang boleh mengulasnya!
Dahlia/KL |