Laman Webantu KM2A1: 2842 File Size: 9.0 Kb * |
B1: Dr M: Pengembalikan Fenomena Penjajah?.! By Amin Sapiro 22/9/2000 7:57 pm Fri |
Dr. MAHATHIR MOHAMMAD: MENGEMBALIKAN FENOMENA
PENJAJAH?.! Pemimpin yang dipilih menerajui kerajaan seharusnya
bertanggungjawab, berkemampuan, berhasrat dan beriltizam untuk
merangka, merancang dan melaksanakan satu siri pembangunan
fisikal dan minda bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Bermakna, satu garis lurus diukir bagi menghubung dua sektor terbabit
- Kerajaan dan Rakyat. Senario sebuah kerajaan yang berwibawa
akan terlihat dimana kedua-dua pihak saling memahami, saling
menghormati dan berkerjasama antara satu sama lain. Dalam
konteks yang lebih luas, fokusnya adalah demi kesejahteraan
negara dan hubungannya dengan dunia keseluruhannya
Akhirnya, terwujudlah satu iklim yang aman, sejahtera, maju dan
membangun seganding dengan keterampilan sebuah negara yang
padu dan tidak mudah tergugat oleh elemen-elemen yang merosakkan
perpaduan antara kedua-kedua pihak itu (kerajaan dan rakyat).
Dunia memerhatikan keadaan ini. Itu adalah konsep. Konsep itu boleh tercalar, malah boleh terluka
memberi kesan pendarahan yang sangat menyakitkan.
Dalam keadaan tertentu, sekiranya keadaan itu terbiar terlalu lama,
pesakit-pesakit (kerajaan dan rakyat) akan lemah. Akhirnya,
pesakit-pesakit itu (kerajaan dan rakyat) berkemungkin tidak lagi
bertenaga dan melumpuh (muflis segala).
Satu Senario Menjijikkan Berbalik sedikit kebelakang, kita sudah lihat bagaimana Dr. Mahathir
berperanan menuntut Allahyarham Tunku meletakkan jawatan.
Kita tau bagaimana Mahathir adalah seorang pernah bergelar ?Ultra?.
Gelaran itu diberi kerana sikap beliau yang sungguh ?kurang ajar?
dan cukup-cukup ?biadap?. Beliau terlibat menjatuhkan seorang
pemimpin terulung yang mengetuai sebuah Kerajaan yang dihormati
rakyat dan dunia. Singkiran Demi Singkiran (-Editor)
Kita juga tahu bagaimana Dr. Mahathir beragenda menyingkirkan
seorang lagi Perdana Menteri negara ini. Tun Hussein Onn, secara
paksa meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri. Akhirnya
Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mengetuai
kerajaan BN. Era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri - kita lihat satu rentetan
peristiwa bagaimana sentimen rakyat dimainkan untuk menyingkirkan
sesiapa yang berseteru dengan beliau.
Bukan setakat Timbalan beliau saja, malah mereka yang berpotensi
besar menerajui rakyat menjadi mangsa adu-domba dan agenda
busuk beliau. Ini termasuk Ku Li dan Ghazali Shafie - dua orang
pemimpin rakyat yang berpotensi dan mempunyai sejarah keterampilan
sebagai ?anak didik? pejuang kemerdekaan yang telah pergi untuk
selama-lamanya. Kita sudah lihat bagaimana Dr. Mahathir mengambil kesempatan dari
keadaan yang wujud untuk melumpuhkan kekebalan Raja-raja
Melayu. Karenah agenda Mahathir membawa kepada krisis Perlembagaan
kali ke-dua (awal tahun 90-an). Itu adalah siri beberapa
?penyingkiran? yang menjadi sejarah Dr. Mahathir dalam politik.
Kita tidak bertujuan mengagung-agungkan kekuasaan raja-raja, tetapi
dalam sistem Raja Berperlembagaan, ada peranan tertentu dalam
Perlembagaan yang memperuntukkan kuasa YDP Agung wajar
dimartabatkan. Tujuan memperuntukkan kuasa kepada YDP Agung adalah
untuk memberi ruang kepada rakyat mengadu kepada struktur tertinggi
itu dan mendapat perlindungan terakhir sebagai suatu struktur kuasa
yang berkecuali. Ini sangat penting. Keinginan Berkuasa Mutlak Mengapa Mahathir begitu berkeinginan meruntuhkan sistem itu.
Jawapan yang ketara ialah: Dari apa yang dilihat hari ini, ternyata
maksud sebenar Mahathir ialah untuk meletakkan semua kuasa di
tangan beliau sendiri. Dengan itu beliau akan bebas berdiri
?mengatasi undang-undang? dan melalukan apa saja mengikut
seleranya. Sekaligus, beliau akan berkuasa memanipulasikan segala dasar
negara, undang-undang dan peraturan, institiusi kerajaan dan
kakitangan awam disemua peringkat. . Apa yang menjijikkan ialah, kuasa yang telah begitu luas di tangan
beliau menyebabkan semua wakil-wakil rakyat dan para menteri yang
dilantik bertukar sifat menjadi ?pak turut?. Dengan sistem Parlimen
majoriti 2/3, Dr. Mahathir akan bermaharajalela melakukan apa juga
yang beliau sendiri suka. Kepentingan rakyat menjadi perkara kedua!
Kesimpulannya, jika ini dibiarkan, bermakna negara ini sudah tidak
lagi mengasaskan Perlembagaan sebagai ?induk? undang-undang
yang menjadi ?kontrak sosial? yang dipersetujui rakyat dan Kerajaan
yang memerentah. Dengan itu bermakna, rakyat tidak ada lagi mempunyai sebarang
kuasa membantah dan menyanggah jika berlaku sebarang perkara
dasar dan perlaksanaan yang menjejaskan hak-hak dan
kesejahteraan mereka. Ini memberi makna bahawa negara itu sudah diperentah-tabir oleh
seorang DIKTATOR dan seorang ?Presiden? sebuah ?Republik
Bayangan?. Dengan itu Perlembagaan Negara hanya cebisan kertas
yang dijilid sebagai sebuah buku tidak berguna.
Kerana artikel dan bab-bab tertentu yang melindungi rakyat sudah
dipinda begitu rupa dan ditafsir supaya memberi makna menyokong
kemahuan dan kepentingan seorang Perdana Menteri sahaja,
sementara rakyat dipaksa memperakukannya - ini jelaslah memberi
makna bahawa negara dan rakyat negara ini telah diurustadbir oleh
seorang DIKTATOR! Diktator Adalah Penjajah! Pentadbiran sebuah regim Diktator adalah satu bentuk PENJAJAHAN.
Yang lebih teruk lagi, penjajahan bentuk ini adalah dilakukan oleh
sekelompok (team/inner-circle) para pemimpin pilihan yang diketuai
oleh ?satu orang? dari kaum dan bangsa sendiri.
Kerana ia dari bangsa sendiri, maka kelompok pemimpin ini mampi
?main wayang?, berlagak sebagai pembela rakyat. Tanpa disedari.
kelompok inilah penjenayah beragenda dan melakukan rompakan secara
terang-terang disebalik undang-undang yang mereka rancang.
Para pemimpin pilihan oleh ketua kelompok itu
menentukan bahawa tidak semestinya menteri-menteri
yang dipilih dan diangkat tidak semestinya atas mandat
mewakili rakyat. Sebaliknya, mereka adalah dipilih
oleh Perdana Menteri yang berkuasa, semata-mata untuk
kepentingan diri beliau, anak-beranak, suku-sakat,
kroni politik dan mereka yang sekongkol dalam
kelompoknya. Sistem ini berkemungkinan kekal. Sementara itu, rakyat
akan terus dipinggirkan. Mereka akan memastikan berada
ditampuk kuasa. Mereka akan memutarbelitkan
undang-undang dengan memberi justifikasi terhadap
semua perbuatan sumbaNg mereka. Hari ini kita sudah nampak terang-terang barisan
Menteri-menteri dan orang-orang tertentu yang
disingkirkan rakyat masih dipilih oleh Dr. Mahathir
bagi menerajui Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan
yang peting-penting. Semua menteri UMNO dan BN tidak lagi berfungsi untuk
rakyat, sebaliknya hanya bertugas untuk kepentingan
?tuan besar? mereka. Mereka juga mendapat laba.
Keadaan ini tak boleh jadi. Ia tidak boleh dibiarkan.
Rakyat perlu tahu hak-hak mereka dan bertindak untuk
memulihkan kemerdekaan mereka. Rakyat perlu tahu makna
?people power? - iaitu suatu kuasa muktamad yang mampu
menumbangkan semua bentuk penjajahan..!!
Apakah hak-hak rakyat dan apakah yang dikatakan
?people power?? (bersambung) Amin Sapiro |