Laman Webantu KM2A1: 2837 File Size: 5.4 Kb * |
Buku Nik Aziz/ahli PAS ahli neraka? By Dahlia 22/9/2000 12:05 am Fri |
Buku 'NIK AZIZ AHLI NERAKA - membawa kesesatan kepada ahli PAS'
Ketika saya menerima sebuah buku dari seorang rakan (client saya), saya
membelek-belek buku berkenaan . Dalam fikiran saya, saya tidak pernah dengar
nama penulis buku ini. Mungkin kedaifan dan kecetekan pengetahuan saya
sendiri. Saya beritahu rakan saya, saya akan baca kemudian memandangkan
ketika itu saya sedang membaca sebuah buku Sejarah Melayu dan beberapa
artikel berkaitan dengan Sejarah Kesultanan Melaka kiriman seorang teman
(terima kasih tidak terhingga kepada beliau).
Saya berpendapat, untuk waktu yang terdekat ini, memadai bagi saya
menurunkan kata-kata pendahuluan dari penulis berkenaan untuk tatapan
seluruh rakyat Malaysia (bacalah... ):
TERJEMAHAN HADITH Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW
berdabda, " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya
dari dada seluruh manusia, tetapi denga jalan mewafatkan para ulama. Apabila
ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi
pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada parapemimpin yang bodoh. Si
pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka
sesatlah mereka semuanya." (Sahih Muslim 2297)
Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyai ramai ulama. Ini bertentangan
dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama
atau ulama sudah habis diwafatkan. Menurut hadith: " Allah tidak
menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia,
tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama"
Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana
datangnya mereka ini semua? Menurut hadith di atas: Apabila ulama sudah
habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.
Oleh itu yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin
mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini bodoh? Menurut hadith di atas
Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka
seatlah mereka semuanya. Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana
didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini
tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid
seperti imam Shafie, Imam Maliki , Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan
lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini
kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato' Nik aziz mengeluarkan
fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam?
Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik aziz yang mengatakan ALLAH MENCARUT?
Persoalan seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak jadi
pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS, mestilah
terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Fadzil Noor, Mohamad Sabu
dan Mahfuz Omar jadi ulama. Mereka semua ini mengaji kat mana? Berapa juzuk
al-Quran yang mereka hafal? Jangan-jangan mereka ini memang ORANG BODOH yang
diangkat oleh PAS sebagai ulama. Ketahuilah! sesuatu yang disampaikan oleh Rsulullah SAW adalah benar dan
sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Olehitu
marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagi
sesat dalam hadith di atas. Jawapannya..............................
(antara kandungan): -Siapakah Yang Membawa Ke Neraka -Menolak UMNO Beerti Menolak Islam -UMNO- Matlamat& Hala Tuju Seterusnya -16 Dalil Mengapa PAS Mesti DiTolak: 1. Cara PAS Bukan Cara Islam 2. Menghina Orang Islam 3. Dilarang Ada Dua Ketua(Khalifah) 4. Salah Guna Masjid 5. PAS terlalu ramai ulama 6. Mengkafirkan Orang Islam 7. Siapakah Yang Memecah-belahkan 8. Menyembunyikan Ayat Allah 9. Cara Revolusi Iran 10.Isu Allah Mencarut 11.PAS Punca Orang Ramai Murtad 12.PAS Berakad Dengan DAP 13.PAS Berpolitik Di Tanah Suci Mekah 14.Ulama PAS Buat Fatwa Ikut Sedap Mulut Mereka Sahaja
15.Amanah Kepada Yang Berhak Menerimanya
16.Tidak Tahu Berterima Kasih Huh!! Setelah membaca pendahuluan dan juga Sepatah Kata penulis, saya rasa
tidak perlulah bagi saya membaca buku berkenaan, bukanlah menganggap buku
itu terlalu rendah kualitinya sebagai sebuah manuskrip ilmu yang boleh
dimanfaatkan, tetapi ia penuh dengan propoganda UMNO yang jelas berat
sebelah, walaupun pada masa yang sama si penulis mendakwa PAS adalah sebuah
parti yang keterlaluan memesongkan Islam untuk kepentingan parti
semata-mata. Antaranya, penulis turut menganggap bahawa Nik Aziz adalah antara pemimpin
PAS yang akan membawa ahli-ahli PAS menjadi ahli neraka, di mana Nik Aziz
sendiri akan menjadi ahli neraka! Begitulah hebatnya penulis ini, sdr Abu Muhammad Fariz Al-Hussainiah yang
akhirnya berjaya menulis sebuah buku bertajuk - UMNO atau PAS: Siapakah Yang
Mebawa Ke Neraka Menurut Al-Quran dan Hadith? ( 20 Disember 1999).
Mungkin ramai yang boleh mengulasnya! Dahlia/KL
|