Laman Webantu KM2A1: 2836 File Size: 12.9 Kb * |
Mahathir Main 'Wayang' Lagi - Annuar Musa 'Tukang Tarik Tirai' Umno .. By Amin Sapiro 22/9/2000 1:15 am Fri |
MAHATHIR MAIN ?WAYANG? LAGI - ANNUAR MUSA ?TUKANG TARIK
TIRAI? UMNO BARU(A) NYA!! Kesimpulannya, pasti anda akan rumuskan bahawa Annuar Musa betul-betul
budak mentah politik. Dia disuruh membebel panjang. Hampir habis satu laman
akhbar selembar penuh. Mata kita yang membacanya pun naik lenguh.
Cuma satu: Isu yang dibangkitkan akan dapat mempastikan apa dia ?UMNO?
dan apa prioritinya. Kita dapat sejuahmana UMNO itu tidak lagi releven kepada
politik semasa. UMNO sudah hilang daya!!
Ramai yang termuntah, ?Yueeeekkkk? aku baca pun naik cemuih?. Dalam
loghat Kedah, seorang anak mudah berkata, ?Cakap bulihlah, tapi pi mai pi mai
tang tu jugak?..!!?. Dan berakhirlah sesama mereka dengan gelak ketawa. Mereka jadikan tulisan
Annuar Musa semacam sumber ?gurau senda?.
Ada yang nakal, bertanya, ?Apa lagi SANDIWARA terbaru Mahathir dengan
budak-budak ?bangsawan?nya??. Yang bijak sikit bercanda, ?Apa lagi - itu nak ?turning-over? kita laaaa.. Depa
memang pakar. Sapa tak kenai, takkan hangpa tak tao? Mahadiaq mamak
tongkang nuuuu.. dalam kepala dia ?putaq alam? saja. Haghi ni cakap lagu ni,
esuk dia dok buat lein pulak. Bila dia kena corner, dia patah belakang - kata, ?
saya tak kata, hangpa pi tanyalah Nuar Musa. Kot-kot dia pikiaq dia Prime
Minister???. Menjawab seorang lagi, ?Anak Kelin? tu memang suka main ?ulaq?. Kalu tak
belit oghang, bukanlah dia Mahadiq namanya. Lapan belaih tahun dok jadi
Presiden UMNO, sampai ke laaa dia dok mendongkoi - nak jadi ghaja pulak
dah. Apa..!! Dia ingat dia waghih-waghih sultan Krala ka? Hahahha? peghasan
kotttt?.!!?. Ini adalah riaksi spontan rakyat dan kesan sebenar dari sebuah lagi
?SANDIWARA MEGA? Mahathir yang terbaru. Tema dan plotnya cukup mudah
dimengerti rakyat. Masih Mahathir tidak faham bahawa rakyat generasi hari
sudah terdidik dan matang berfikir. Generasi sekarang sudah berani. Mereka tidak semudah itu diugut-paksa lagi.
Kita nampak Ezam, Azmin dan Mahfuz dan teman-teman seperjuangan mereka
berkesanggupan tinggi. Rata-rata sekeliling negara mereka menghuraikan isu
perjuangan mereka - REFORMASI. Mereka berdiri di rostrum dihadapan puluhan ribu rakyat marhain yang peka
mendengar huraian mereka tentang isu-isu semasa. Mereka berjuang bagi
?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman?.
Mereka bukan bercakap mengenai politik saja. Sebaliknya mereka
menghuraikan sejauh-manakah hak asasi rakyat sudah dihapushakiskan oleh
sebuah regim yang dibina oleh tangan segelintir pemimpin UMNO sendiri.
Mereka tegak dengan nada suara yang tegas serba ikhlas bercerita mengenai
rasuah dan penyelewengan yang sedang merosakkan fabrik budaya politik,
ekonomi, kemasyarakatan, undang-undang, pentadbiran, agama , moral dan
akhlak rakyat hasil kebebalan para pemimpin UMNO/BN hari ini.
Mereka mejelaskan bagaimana Mahathir berwenang-wenang memutarbelitkan
tafsiran undang-undang, mengamalkan ?politik balas dendam?, mencekik
khazanah negara untuk kepentingan diri beliau dan kroni, melakukan pelbagai
penyelewengan terang-terang. Mahathir dan pemimpin UMNO yang telah dibaruakannnya sekongkol
berbangga kerana membunuh demokrasi. Bukti yang jelas dapat dilihat -
melibatkan dua juta orang Melayu Islam - rakyat Terengganu dan Kelantan
dengan menyekat hak mereka mendapat royalti minyak dan geran kontan.
Mahathir mensengajakan perkara ini, kununnya kerana orang Melayu tidak
?bersyukur? kepada beliau dan UMNO!!
Apakah Mahathir menganggap dirinya semacam FIRAUN yang berhasarat
memaksa umat manusia mengakui dirinya ?tuhan?..? Seoalah-olah ia boleh
menghidup dan mematikan makhluk bernyawa? Tidak Mahathir sudah munafiq?
Asasnya berpunca dari orang-orang UMNO dan segelintir pemimpin mereka
sudah terlalu tebal dengan kebebalan dan ketaksuban mereka kepada Mahathir.
Hingga, mereka sanggup menyerahkan hak mereka sebagai manusia bernyawa,
insan yang ditakrifkan sebagai khalifah di bumi Allah ini kepada seorang
manusia untuk menentukan nasib mereka.
Maka terbentuklah oleh pemimpin UMNO ini sebuah ?patung berhala? yang
mereka sembah sebilang hari. Ada yang sanggup mencium tangan Mahathir.
Ada yang menundukan kepada merafakkan sembah. Banyak yang
terangguk-angguk bagai ?kakak tua?, terpegun khayal apabila si ?patung
berhala? itu meletakkan hukum-hakamnya.
Mereka kecut isi perut untuk membantah!! Seolah-olah mereka hidup dalam
zaman Jahiliyah yang membawa maksud ?Membantah bererti hilang punca rezki
- mati?..!! Dimanakah aqidah mereka? Sudah hilangkah keyakinan diri mereka - tidak
percaya lagi kepada diri sendiri selain dari Mahathir, UMNO dan
barua-baruanya..!! Pernah diimbaskan bahawa apa yang ditulis oleh Annuar Musa memang banyak
yang benar. Sekali baca ia harus dijadikan sebuah rencana layak dimuatkan di
mana-mana Laman pro-Reformasi. Apakah Annuar Musa fikir orang Melayu semua bangang? Tidakkah UMNO
sepuak ini terfikir bahawa Mahathir sudah nampak sengaja bermuka-muka sejak
tahun 1965. Dan pada 2 September 1998 terbokti beliau mempamirkan warna
asalnya secara terang-terang!! Selama lebih 30 tahun Dr. Mahathir telah merasuk segala sudut dan ceruk
hidup, minda dan budaya hingga menular ke dalam agama orang Melayu Islam
dan rakyat di negara ini. Memang ramai yang terperdaya oleh kepintarannya
bersandiwara. Tetapi akhirnya, perancangan Mahathir yang selicin itu tersemu
juga! Analoginya, Mahathir bagai penternak ?anjing-anjing? di sebuah kandang
besar bergelar UMNO. Anjing-anjing ternakan itu dianjar menyalak, menggigit
dan membaham. Upahnya cuma se ketul tulang tidak berdaging.
Maka bermulalah satu sejarah paling buruk lagi aib pernah dilakukan oleh
seorang pemimpin rakyat di negara ini.
Mahathir tidak peduli terhadap nasib buruk ratusan ribu mangsa yang ditipu dan
dibohonginya, yang merengkok di pondok-pondok buruk. Beliau hanya
mementingkan hidupnya sekeluarga dengan kroni sekongkolnya saja. Mereka
terus hidup senang lenang, saling agung-mengagungi bermulia diri oleh
juak-juaknya. Walaupun rencana Annuar itu bagai mengkesali perbuatan kelompok UMNO
yang terlanjur mengkhianati rakyat; dan seakan-akan mau ?rujuk? semula
kepada aspirasi Kemerdekaan nenek-moyang kita - namun Annuar adalah
salah seekor dari ?jerung-jerung? yang masih timbul tenggelam dalam takungan
air najis UMNO/BN. Apakah Annuar masih bebal bahawa parti Pembangkang, reformis, para
penyokong pembangkang dan simpatis dalam UMNO tidak semudah itu ?dibeli?.
Mereka sudah terlalu matang berfikir. Orang sudah hilang kepercayaan kepada
UMNO/BN..!! Rakyat sudah tahu, Annuar menulis selantang itu setelah mendapat kelulusan
pihak atasan UMNO - khusunya Mahathir dan MKT.
Orang sudah lama tahu Mahathir Muhamad terpaksa menukar strategi dari pola
?berkeras? kepada pola ?berlembut?. Kununya sebagai meraih simpati orang
ramai yang sudah tidak menyokong UMNO lagi.
Orang Melayu sudah pintar berpolitik. Kebusukan agenda Mahathir dalam isu
Royalti minyak Terengganu, cabaran Mahathir di Sabah terhadap kepimpinan
mengenainya (ambil tindakan undang-undang).
Mahathir mewujudkan proses adu-domba dan hasutan terhadap sentimen
perkauman ?Melayu-Cina?. Mahathir memandang hina kepada orang Melayu
tanpa memberi pembelaan sewajarnya. Mahathir bertanggungjawab menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru. Beliau
pura-pura beragenda menegakkan hak keistimewaan orang Melayu (padahal
menghapuskan). Paling busuk: Mahathir memecahbelahkan orang Melayu Islam dengan
merancang menghapuskan perkataan ?Islam? dari sebarang pertubuhan Islam.
Ratusan ribu orang Melayu dinafikan hak biasiswa pendidikan anak-anak orang
Melayu (jadi pinjaman/hutang). Sementara itu, Mahathir dan sekongkolnya membolot setiap peluang
keusahawan dan perniagaan orang melalui penswastaan berlandaskan prinsip
?nepotisma dan kronisma?. Cuba teliti segala tindakan busuk Ali Rustam di
Melaka, Rakyat tidak akan melupakan kekejaman dan keaiban terhadap DS Anwar
Ibrahim sekeluarga, pembunuhan rakyat Memali, penyeksaan terhadap Reformis,
ancaman terhadap rakyat yang menyanggah!
Nah! Annuar Musa tidak berbicara mengenai isi-isu besar itu. Beliau lebih
bercakap ?politik?. Siapa peduli samada UMNO akan terlongkop atau tidak.
Samada UMNO hendak di reingineering atau jadi ?udang kering? pun tak ada
siapa yang peduli. Kesimpulan orang Melayu sudah pasti: Selagi UMNO/BN menerajui
pemerentahan negara ini, akan berlaku senario saling tak tumpah pepatah
Melayu: ?Kera di hutan disusui, Anak lapar dipangkuan dibiarkan mati?.
Orang Melayu tidak mahu bagai ?Ayam tambatan mati di kepuk padi?; kerana
orang Melayu tidak mahu lagi ?Hilang maruah harga diri?.
Pada hari ini, UMNO dan pemimpin sudah nampak bukti menipu, membohongi,
mencari kekayaan peribadi disamping meruntuhkan hak dan akhlak orang
Melayu dan warisan budaya dan kekuatan agama Islam sebagai peradaban!
Jika Mahathir pernah menulis kepada Allahyarham Tunku satu masa dulu,
katanya: ?I wish to convey what the people really think, that is that it is high time you
resign as our Prime Minister and UMNO leader".
Soalan rakyat sekarang, ?Jika Mahathir sebiadap itu, bagaimana Mahathir hari
ini? Bila lagi nak gulung tikar bantal..??
Menulis seorang cendekiawan, Raja Petra Kamarudin, kata beliau?
[Mahathir's plan flopped this second time around and now he must backtrack to
save face. I suppose the old saying "you cannot fool ALL the people ALL the
time" holds true after all]. Sesungguhnya, apa yang dihuraikan disini bukan fitnah. Annuar Musa sendiri
mengakuinya!! SAH - UMNO/BN sudah cukup-cukup parah!!
Alhamdulillahhhhhh?..!! |