Laman Webantu KM2A1: 2828 File Size: 7.6 Kb * |
Pendedahan A/Musa - Taktik Murahan Meraih Simpati Tanpa Kesan By Amin Sapiro 21/9/2000 12:56 am Thu |
Amin Sapiro (di kuburan UMNO membaca talqin)
Tetapi, di Utusan Malaysia hari ini [20 Sept. 200000, kita terbaca sebuah
nama yang seiras bunyinya tetapi berbeda ejaannya [?ANNUAR?].
Sekaligus orang bertanya, ?Apa lagi SANDIWARA Mahathir dengan
budak-budak ?bangsawan?nya??. Ini adalah riaksi rakyat dan kesan sebenar dari sebuah ?SANDIWARA
MEGA? yang tema dan plotnya cukup mudah dimengerti rakyat yang
terdidik dan matang berfikir. Asasnya, orang sudah tidak percaya lagi
kepada Mahathir, UMNO dan barua-baruanya..!!
Apa yang ditulis oleh Annuar Musa memang banyak yang benar. Sekali
baca ia harus dijadikan sebuah rencana layak dimuatkan di mana-mana
Laman pro-Reformasi. Tetapi orang Melayu Islam mempunyai satu pegangan yang kuat iaitu:
Walaupun iblis itu melafaz dan membisikan Firman Allah swt. sekalipun ke
telinga kita, kerana ia adalah iblis yang direjam; jangan dipedulikan.
Kerana diakhir-akhir nanti, iblis itu akan meneruskan agendanya untuk
menipu dan menyesatkan semua manusia?!!
Pegangan itu sukar dan sulit untuk diketepikan. Lebih-lebih lagi jika ia
seorang 'bapak iblis' yang pernah bermuka-muka sejak tahun 1965;
tetapi pada 2 September 1998 terbokti ia menyesatkan semua orang -
secara terang-terang!! Selama lebih 30 tahun, ?bapak iblis? itu telah merasuk segala sudut dan
ceruk hidup, minda dan budaya hingga menular ke dalam agama orang
Melayu Islam dan rakyat di negara ini hingga ramai yang terperdaya oleh
kepintarannya bersandiwara - tetapi akhirnya, perancangan amat licin itu
tersemu juga! ?Bapak Iblis? menternak banyak ?anjing-anjing? di kandangnya.
Anjing-anjing ternakannya dianjar menyalak, menggigit dan membaham.
Salah se ekor darinya, pernah membaham Datuk Seri Anwar Ibrahim
hingga mata beliau lebam dan tubuh beliau calar-balar meninggal kesan
parut yang sangat dalam.
Rakyat dan dunia tidak akan melupakan peritiwa itu. Hari ini - 20
September 2000, genap dua tahun penuh Anwar dipenjerakan oleh
?Bapak? segala ?Iblis? dan ?Tuan? dari segala ?Bapak Anjing?
peliharaan tuannya - Mahathir Mohamad.
Sementara itu, ?Tuan Bapak Anjing? (merangkap ?Bapak Iblis?)
bersenang-senang berfoya-foya keliling alam ini menghasut minda
manusia supaya memperakukan ?dusta?nya sebagai ?kebenaran?.
Setelah penat berkelintau keliling dunia, maka baliklah ia ke sarang
dengan menunggang ?burak? bikinan Amerika - sebuah jet berjenama
Global Express. Akan bersemayamlah ia semula disebuah Mahligai
kencana yang dibina dengan airmata dan keringat makhluk yang
dianiayanya. Tengok!! Betapa hebatnya jika iblis mendapat kemulian? Ia tidak akan
peduli dengan nasib buruk ratusan ribu mangsa yang ditipu dan
dibohonginya, asalkan hidupnya sebagai ?raja Iblis? terus
diagung-agungkan oleh juak-juaknya.
Disinilah terbitnya syak dan wasangka umat manusia - Walaupun
rencana Annuar itu bagai 'menendang bola ke goal sendiri', tetapi parti
Pembangkang, reformis, para penyokong pembangkang dan simpatis
dalam UMNO tidak semudah itu ?dibeli?. Mereka sudah terlalu matang
berfikir. Annuar tidak akan menulis bersifat mengecam orang yang membenarkan
beliau sekongkol melakukan apa yang disebut-huraikannya dalam
rencana terpanjang itu. Jika selantang itu beliau bercakap, dan akhbar arus perdana pula
menyiarkan tanpa menyunting sepatah kata juapun, maka makin ramai
orang syak bahawa memang ada ?udang disebalik batu?.
Apatahlagi, sebagai kebiasan jua, jika Annuar tidak mendapat kelulusan
pihak atasan UMNO - khusunya Mahathir dan MKT, tempoh 24 jam
beliau akan sebilik dengan Anwar yang sedang menunggu!!
Sudah dua tahun diperhatikan, banyak tulisan orang-orang UMNO yang
lebih ?lembut? dari pendedahan Annuar tersebut, tetapi mereka yang
melakukannya telah ?diterajang? oleh Mahathir keluar parti sebagai
ganjaran kerana mengkritik beliau dan partinya. MKT sendiri yang
dikenali sebagai ?kakak tua? cuma mengangguk saja.
Soalnya, apakah sebab yang menjadi Annuar Musa begitu berani
lancang mulut? Adakah beliau menanti mata pedang untuk ?dihukum
pancung?..? Jawapnya mudah. MKT UMNO dengan persetujuan Mahathir telah
menukar strategi untuk meraih simpati orang ramai yang sudah
meninggalkan ?Ajaran Sesat? yang dianjurkan mereka.
Jika diibaratkan Mahathir ?bapak berhala?, maka Annuar hanya
?padri-padri kecil? yang diberi mandat mengajak orang supaya
menyembah ?berhala besar? yang tidak dimuliakan lagi.
Memang suatu lumrah alam, jika sebuah berhala itu tidak dimuliakan lagi,
maka kuasanya akan hilang. Satu masa nanti ?berhala tua? itu akan
dihumbankan orang. Dengan itu, semua ?imam dan padri-padri? yang
selama ini mengumpan manusia dengan ?khutbah? dan ?sermon? nya
akan hilang kewibawaan mereka dan tidak akan diperendahkan.
Jika Annuar cuba mengambiil sempena hari ini (20 September) untuk
membayangkan sesunggunhnya UMNO insaf dengan keburukan dan
dosa-dosa yang mereka lakukan terhadap ANWAR dan rakyat selama ini
- sepatah kata rakyat, mereka mengucapkan ?Terima kasih sajalah,
UMNO sudah tidak wujud lagi dalam minda orang Melayu..!?
Sebenarnya, pada hari UMNO sudah tidak ada nostalgia bagi orang
Melayu. UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang memenuhi aspirasi yang
mewakili orang Melayu. UMNO adalah sebuah parti baru berusia 13 tahun, dan hala tuju parti ini
sudah jauh menyimpang - lebih bertujuan sebagai paspot untuk
pemimpinnya menipu, membohongi, mencari kekayaan peribadi
disamping meruntuhkan hak dan akhlak orang Melayu dan warisan
budaya dan kekuatan agama Islam sebagai peradaban!
UMNO sudah ditelan oleh zaman!! UMNO sudah di ?talqinkan??!!
Amin Sapiro |