Laman Webantu KM2A1: 2827 File Size: 20.5 Kb * |
Fwd: Tragedi Tasek Utara - H. Rais By Kapal Berita 20/9/2000 11:01 pm Wed |
Kenangan Satu Perjuangan Mahasiswa Bulan September 1974.
Catatan kembara ke Tasek Utara Apabila saya sampai ke Tasek Utara jam baru pukul 7 pagi. Penduduk kampung setinggan ini telah
berkeliaran tanpa halu tujuan kerana kehidupan mereka telah menjadi porak peranda.
Saya ternampak anak-anak kecil yang memakai pakaian sekolah yang cuba meneruskan hidup
mereka seolah-olah tidak ada sesuatu yang telah berlaku. Dua hari dahulu kampung ini telah
diserang oleh pengganas-pengganas dari Majlis Perbandaran Johor Bahru dengan bantuan
polis. Papan-papan dinding dan atap zing bertaburan di
tanah. Ada rangka dan tiang rumah yang robek tapi
masih tegak berdiri. Hanya ada sederet rumah yang
gagal dirobohkan dan sedang dikawal rapi oleh
penghuninya. Tasek Utara, tiga batu dari Johor Bahru adalah
kawasan tanah yang diterokai oleh penduduk miskin
di kota - buruh kasar, pembantu kedai, askar pencen
dan peniaga warung dan termasuk pekerja majlis
perbandaran sendiri. Lembah ini dikelilingi oleh kawasan perumahan kelas
menengah yang telah agak lama berdiri.
Janji Umno sebelum pilihanraya Penerokaan Tasek Utara ini bukan dilakukan secara sembrono. Saya ternampak tanda-tanda borang banci rasmi
dari majlis perbandaran yang masih terlekat di kepala pintu. Pembancian dan pemberian nombor lot dilakukan
secara rasmi sebelum pilihanraya Ogos 1974.
Malah sebelum piliharaya, semua penduduk kampung ini telah diberikan janji bahawa mereka akan mendapat hak di
kawasan ini dengan syarat menubuhkan cawangan Umno dan mengundi Umno.
Lalu untuk menjaga keselamatan kampung, penduduk telah membaptiskan kampung mereka dengan nama
Kampung Barisan Nasional. Rumah yang dimiliki oleh ketua cawangan Umno kampung ini masih lagi mengibarkan
bendera Umno, walaupun dia telah berundur hilang.
Saya sampai ke Tasek Utara secara tidak sengaja, tanpa dirancang. Saya masih teringat lagi petang 14
September 1974, dua puluh lima tahun dahulu.
Saya dan beberapa orang aktivis persatuan sedang bersembang kosong di dalam bilik pejabat Mat Zain Daud,
Naib President Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) apabila dua telegram sampai.
Isinya pendek: "Kampung kami di Tasek Utara akan dirobohkan. Tolong bantu kami. Penduduk Kampung Tasek
Utara Johor Bahru." Tidak ada nama yang tertera dan saya tidak tahu hujung pangkal asal-usul telegram ini. Saya
terus membuka telegram kedua yang berbunyi: "Aku berada di Tasek Utara Johor Bahru. Syed Hamid Ali."
Kini, saya menyedari yang telegram ini bukan satu "April Fool." Si pengirimnya ialah bekas Presiden PMUM dan
kenalan baik saya. Ini meyakinkan bahawa saya perlu melakukan sesuatu.
Menumpang van akhbar ke JB Sayangnya waktu pejabat telah berakhir dan
tidak ramai anggota majlis ke-16 PMUM yang
berada di sekitar urusetia untuk membuat
keputusan bersama. Lalu saya mengambil
keputusan untuk pergi melihat sendiri dengan
tujuan membuat laporan kepada persatuan.
Pada sebelah malam, saya bersama Yunus Ali,
yang juga anggota majlis, telah pergi ke Jalan
Riong untuk menumpang van akhbar New Walaupun PMUM merupakan sebuah persatuan
pelajar yang paling kaya di Asia Tenggara ketika
itu, saya sebagai Setiausaha Agungnya hanya diberi sepuluh ringgit untuk tambang perjalanan. Kami membayar
lapan ringgit sebagai harga "penumpang haram" kepada pemandu van dengan perjanjian yang kami akan
menyorokkan diri di atas timbunan akhbar.
Esoknya, jam 5 pagi kami diturunkan berhampiran stesen keretapi Johor Bahru. Kerana terlalu awal sampai, kami
tidak tahu arah yang wajib kami tuju. Setalah dua jam kemudian, barulah kami dapat mengambil "teksi sapu" yang
membawa kami ke Tasek Utara. Saya tidak akan dapat melupakan imejan pertama apabila saya memasuki Tasek Utara. Seorang kakak yang
memakai baju kurung berwarna putih dan berkain batik coklat yang lusuh warnanya berdiri dimuka pintu,
memanggil saya masuk ke dalam rumahnya.
Dinding rumahnya yang masih kelihatan merah, menandakan papan itu baru dibeli. Anaknya dalam buaian kain
batik sedang nyenyak tidur. Suaminya sedang memburuh. Kakak ini menerangkan bagaimana dia telah bergadai
untuk mendapatkan 600 ringgit bagi mendirikan rumahnya itu seluas 15 kaki persegi ini. Dua hari dahulu dapurnya
telah diruntuhkan. Umur saya yang begitu muda menjadikan saya tidak sanggup untuk bertentang mata mendengar surah
penderitaan seorang ibu. Saya juga sedar kakak ini sedang menaruh segunung harapan daripada kami, pelajar
universiti untuk melakukan sesuatu.
Saya juga sedar bahawa saya tidak mempunyai sezarah kudrat pun untuk mengubah apa yang sedang berlaku.
Sokongan siswa Universiti Singapura
Dalam detik-detik yang genting ini saya diselamatkan oleh panggilan "ketua kampung" dan Syed Hamid Ali yang
telah sedar kesampaian kami. Saya diberitahu bahawa kemungkinan pengganas dari majlis bandaran akan datang menyerang lagi. Beberapa
penduduk telah mula berkumpul, termasuk seorang lelaki India. Semuanya dengan harapan kami dari Universiti
Malaya akan dapat memberi jawapan kepada masalah yang sedang mereka hadapi.
Hampir jam 10, keadaan menjadi lebih ceria apabila sekumpulan mahasiswa dari Universiti Singapura sampai.
Mereka juga ingin menunjukkan simpati terhadap nasib penduduk Tasek Utara.
Saya juga menjadi lebih selesa kerana telah mendapat
sokongan dari Kesatuan Pelajar Universiti Singapura
(USSU). Salah seorang daripada mereka membawa
kamera untuk merakamkan apa yang berlaku.
Tiba-tiba keadaan menjadi kelam kabut apabila sekumpulan
"musuh" muncul - seorang pegawai polis yang diiringi oleh
tiga orang anggota FRU. Pegawai polis ini datang dengan tujuan untuk menggertak
dan menakut-nakut penduduk yang kini telah mula berani
kerana mahasiswa telah berada bersama mereka. Tidak
banyak yang dapat dilakukan oleh musuh itu. Akhirnya,
setelah mereka melihat dan mengintai-intai kawasan
kampung, mereka pun berundur. Bila keadaan menjadi tenang dan selesa, kami mengadakan perbincangan tentang apa yang harus kami buat.
BAHAGIAN 2 Tasek Utara dirobek pengganas MPJB
Pelajar dari Universiti Singapura yang datang ke
Tasek Utara kebanyakannya rakyat Malaysia.
Mereka telah mengetahui kes Tasek Utara lebih
awal, berbanding mahasiswa di Kuala Lumpur.
Ini kerana ada di antara mereka yang berasal
dari Johor Bahru dan telah mendengar berita
kawasan setinggan itu dirobohkan. Mereka juga
telah membaca berita ini dari akhbar-akhbar
Cina. Jadi apabila orang-orang kampung yang Saya mendengar dengan teliti. Saya juga melihat kemunculan beberapa orang kampung yang mungkin telah
dilantik atau muncul tersendiri sebagai pemimpin - kerana umur dan pengalaman - bersurah dengan penuh
semangat; antara mereka, Abang Amin dan Pak Majid.
Sedang kami berlabon tiba-tiba, kampung menjadi gegak-gempita sekali lagi. Suara jeritan bersimpang siur.
Pengganas dari Majlis Perbandaran Johor Bahru, pada awalnya telah berundur, kini datang kembali dengan
bantuan polis dan FRU. Mereka terus menyerang dan merobohkan rumah yang masih tegak berdiri. Kami cuba meredakan keadaan tapi
pengganas-pengganas jelaslah tidak lagi mempunyai sifat kemanusiaan.
Pengganas datang lengkap bersenjatakan tukul besi, gergaji dan besi tajam. Mereka memasuki setiap rumah dan
memotong tiang tengah, agar rumah ini runtuh. Tiang dan kayu beluti dipotong pendek.
Syed Hamid ditahan polis Papan-papan dinding akan dirobek. Atap-atap zing yang bertaburan akan dicucuk dengan besi tajam agar
bocor. Pinggan, mangkuk, tempayan dan tong air dipecahkan. Kawasan kampung menjadi padang jarak padang
terkukur, bertaburan dengan tembikar dan kaca.
Raungan dan tangisan anak-anak yang ketakutan kedengaran di sana sini. Ibu-ibu cuba melarikan anak-anak
jauh dari tempat keganasan. Beberapa orang ayah cuba menghalang si pengganas tapi telah ditangkap polis.
Di sebuah rumah, seorang bayi sedang nyenyak tidur dalam buaian. Seorang pengganas telah datang dengan
tukul besi dan terus memecahkan dinding rumah.
Syed Hamid Ali, bekas presiden PMUM berlari masuk ke dalam rumah ini dan terus memeluk tiang tengah dan
enggan keluar walaupun diugut bahawa rumah ini akan diruntuhkan. Anak kecil di dalam buaian sempat
diselamatkan oleh ibunya. Akhirnya Syed Hamid bersama lapan orang kampung ditahan.
Setelah pengganas-pengganas itu berundur, kami pun berkumpul kembali. Kami memungut kain baju dan
pinggan-mangkuk yang bertaburan. Rumah-rumah yang boleh diperbaiki, kami bergotong-royong
membetulkannya. Untuk rumah rumah tidak boleh diselamatkan, penghuninya digalakkan menumpang di rumah saudara mara. Di
dalam kemelut ini, seorang abang bekas askar telah menawarkan tempat di No 11, Jalan Tarom sebagai tempat
penempatan sementara. Rumah di Jalan Tarom hanya langkah sementara dan tidak mungkin berbelas-belas keluarga tinggal di dalam
sebuah rumah. Kami berbincang sementara menunggu dan melihat apa yang telah terjadi kepada mereka yang ditahan. Nasib
mereka memang baik kerana semua yang ditahan dibebaskan pada sebelah petangnya tanpa apa-apa tuduhan.
Lalu kami berkumpul dan mengambil keputusan agar tuntutan para peneroka untuk memiliki rumah wajib diajukan
terus kepada Menteri Besar, Osman Saat. Orang-orang kampung juga bersetuju untuk keluar beramai-ramai ke
pejabat Menteri Besar. Berita tersebar di UM Saya, yang masih tidak mempunyai mandat dari
PMUM enggan untuk mengambil apa-apa Untuk itu, saya wajib pulang ke Kuala Lumpur untuk
mengadakan mesyuarat dengan Jawatan Kuasa
Kerja (JKK) PMUM. Esoknya, sesampai sahaja di kampus dan tanpa
melengahkan masa saya memberikan laporan
kepada JKK majlis ke-16 PMUM. Keputusan PMUM ialah, menderma 250 ringgit kepada peneroka Tasek Utara
dan mengadakan sudut pidato untuk mendemokrasikan berita yang telah berlaku di Tasek Utara.
Persatuan Anak-anak Johor Universiti Malaya telah diberitahu tentang apa yang berlaku. Secara spontan,
persatuan ini memberikan sokongan. Di sudut pidato ini, telah diumumkan sokongan yang telah diterima oleh peneroka - Persatuan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara (KSITM), Persatuan
Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia (PMUPM), Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya dan Kelab Sosialis
telah memberikan sokongan. Anak-anak Johor dengan lantang telah bangun menyuarakan kemarahan mereka terhadap Umno dan keganasan
yang dilakukan kepada orang Melayu di Tasek Utara.
Wang kutipan sebanyak 75 ringgit berjaya dikumpul di sudut pidato, hari itu. Dengan sokongan yang hangat,
PMUM tidak mempunyai banyak pilihan melainkan menghantar satu kumpulan mahasiswa ke Tasek Utara.
Selesai saja sudut pidato, sebuah bas berisi 50 orang mahasiswa telah bertolak menuju Johor Bahru. Majoriti di
dalam bas ini ialah mahasiswa dari Johor.
Beberapa wakil dari persatuan anak negeri lain dan aktivis kampus turut bersama ke Tasek Utara. Turut bersama
mereka ialah Omar Osman, Adi Satria, Khoo Soo Wan dan Bhaskaran. Mereka adalah aktivis kampus dan ahli
majlis PMUM. Di pertengahan jalan, selepas Yong Peng, bas kami ditahan polis tanpa apa-apa sebab selama dua jam. Kerana
ini, kami lewat sampai ke Johor Bahru. Kami gagal berbuka puasa bersama para peneroka seperti yang telah
dirancangkan. Kesampaian kami telah disambut dengan hangat. Peneroka cukup berbesar hati kerana para mahasiswa, terutama
anak Johor telah datang untuk menyatakan sokongan mereka.
Pada malam itu pelajar dari Johor Bahru telah pulang ke rumah masing-masing untuk menyebarkan berita Tasek
Utara kepada sudara-mara mereka. Sementara yang lain tidur di dalam rumah-rumah kosong yang masih selamat digunakan. Para peneroka dan
mahasiswa telah sebulat BAHAGIAN 3 Tasek Utara jadi berita dunia Pada pagi 18 September 1974, semua peneroka
telah bersedia. Anak-anak kecil memakai baju
sekolah walau mereka tidak akan bersekolah pada
hari ini. Sang ibu mengendung anak-anak kecil di dalam
kain batik. Si ayah membawa barang-barang -
harta yang terselamat daripada serangan
"pengganas" MPJB semalam. Setelah semuanya terkumpul, sebuah kereta Ford
tua datang. Empunya kereta ini bersimpati
dengan kami. Dia berulang-alik mengangkut
peneroka Tasek Utara untuk pergi ke Bukit
Timbalan. Saya dan beberapa kawan telah pergi dengan
"teski sapu," pemandunya pula memberikan khidmat itu percuma sebagai tanda simpati.
Hampir jam 10, kami semua telah sedia berkumpul di sebelah bangunan perpustakaan. Anak-anak mahasiswa juga
telah mula menyusur datang. Dari sini, kami berarak menuju ke Bukit Timbalan.
Sesampai saja kami di hadapan pejabat Menteri Besar, wakil setinggan mengajukan permintaan untuk bertemu
dengan Datuk Osman Saat. Malangnya, kami diberitahu, pemimpin Umno itu tidak akan masuk pejabat hari itu.
Sebagai ketua peneroka yang tidak rasmi, Abang Amin telah berbincang dengan setinggan. Mereka mengambil
keputusan untuk menunggu Datuk Osman. Kami pun berkumpul di bawah pokok di seberang jalan. Ibu dan
anak-anak kecil mula berehat. Gendong pakaian dijadikan bantal. Kain batik dan surat khabar dijadikan tikar.
Untuk berteduh sambil menunggu Sebaik sahaja khemah terpasang, maka orang ramai yang lalu-lalang mula datang menjenguk dan tertanya-tanya.
Kami pun memasang sepanduk untuk menerangkan kepada orang ramai tentang tujuan kami berkumpul.
Anak-anak mahasiswa mula mengadakan sudut pidato. Keadaan ini menjemput lebih ramai orang lagi untuk
mendengar kisah penderitaan peneroka Tasek Utara.
Pelajar antarabangsa kirim sokongan
Pada sebelah petang, datang pula seorang hamba Allah mendermakan seguni beras. Akhbar Cina siaran petang
memberikan liputan yang adil terhadap kes setinggan itu. Melalui berita ini, beberapa kumpulan dan persatuan
orang Cina di sekitar Johor Bahru mula memberikan sokongan. Ikan sardin, gula, susu, tepung dan barang
makanan mula sampai. Orang ramai yang lalu lalang mula menghulurkan derma.
Khemah di bawah pokok di atas Bukit Timbalan terus kami jadikan kawasan perkampungan baru. Wanita dan
anak-anak tinggal di satu khemah khas. Peneroka, mahasiswa dan penyokong setinggan tidur di luar khemah.
Untuk orang ramai yang hairan melihat Sokongan datang mencurah-curah. Kes Kestuan Pelajar Australian (AUS), Kesatuan Gabungan Pelajar New Zealand (NZUSA), Kesatuan Pelajar
Universiti Hong Kong (HKUSU), Persekutuan Pelajar Hong Kong (HKFS), Persatuan pelajar Asia (ASA) adalah
antara puluhan persatuan pelajar antarabangsa yang memberikan sokongan.
Semua sokongan ini memperkuatkan semangat kami. Setiap telegram yang diterima, saya bacakan, dengan
terjemahan, kepada peneroka dan orang ramai. Peneroka berasa hairan dan bangga. Hairan kerana tidak
menyangka bahawa mereka akan mendapat sokongan begitu hangat. Bangga kerana mereka, walaupun miskin
tetapi sanggup bangun untuk menuntut hak mereka.
Setelah berbuka puasa, para mahasiswa terus memulakan siri ceramah terbuka. Lilin-lilin dan pelita terpasang di
sekeliling khemah. Suasana menjadi ceria dan hidup. Sesiapa saja boleh bercakap untuk mengeluarkan pandangan
dan sokongan. 'Diserang' ketika sedang nyenyak
Tangga pejabat MB kami jadikan pentas. Ratusan penduduk Johor Bahru dan dari kampung-kampung di sekitar
bandar telah datang berkumpul untuk mendengar perjuangan penduduk miskin kota Tasek Utara.
Lewat tengah malam orang ramai mula pulang. Sang ibu dan anak-anak telah nyenyak tidur. Pemimpin peneroka
dan beberapa orang mahasiswa berkumpul dan berbincang tentang tindakan seterusnya.
Wang derma telah terkumpul melebihi 2000 ringgit. Derma makanan telah membusut. Lalu diputuskan bahawa
kami esoknya akan meneruskan perkampungan ini sehingga peneroka dapat bertemu dengan Datuk Osman.
Hampir jam 1 pagi, kami pun mencari tempat di sekitar khemah untuk meletakkan kepala. Saya sedang nyenyak
tidur apabila dikejutkan. Apabila membuka mata, di hadapan saya berdiri seorang pegawai polis Benggali
berserban. Pada mulanya saya terasa seperti sedang bermimpi tetapi suara tangisan dan jeritan kaum ibu dari
dalam khemah menyedarkan saya bahawa khemah kami telah dikepung "musuh."
Saya, Yunus Ali, Syed Hamid, Abang Amin dan Abang Kaliman ditangkap dan dibawa ke rumah
pasung (balai polis) Johor Bahru. Jam telah lewat 3 pagi apabila kami semua dimasukkan ke dalam
lokap. Inilah malam pertama saya tidur di dalam lokap - di atas simen, berbantalkan lengan sendiri dan
merengkuk sejuk kerana saya hanya memakai seluar pendek. Bilik nombor 4, lokap rumah pasung
Johor Bahru ini, tidak akan saya lupakan. Pengalaman 25 tahun dahulu di bilik ini telah mendidik
dan menyediakan diri untuk menjadi saya yang wujud pada hari ini.
Bilik lokap ini mengajar saya makna kebebasan. Malam ini juga saya didewasakan dengan pengajaran bahawa polis,
penjara dan mahkamah adalah sebahagian daripada sistem daulah yang
mempertahankan kaum pemodal. Diheret ke mahkamah Kami berlima tidak banyak bercakap. Kami telah bersedia untuk menghadapi mahkamah. Cuma kami berasa
runsing apakah yang sedang terjadi kepada para peneroka yang telah kami tinggalkan di Bukit Timbalan.
Apakah khemah perkampungan kami masih selamat? Soalan tanpa jawapan ini terus berlegar-legar di kepala saya
sehingga terlelap. Saya tertidur kembali setelah diganggu Benggali berseban pada jam 3.15 pagi tadi.
Esoknya, 19 September 1974, kami dibawa ke mahkamah. Ratusan orang ramai telah berkumpul mengelilingi
mahkamah. Dari dalam lori polis Black Maria, saya ternampak anak-anak muda, penduduk miskin kota, pakcik
warung, pekerja dan pegawai kerajaan datang, mungkin kerana
simpati atau kerana ingin mengetahui dan mendengar sendiri perbicaraan kami.
Saya juga ternampak mahasiswa dari Universiti Malaya - mereka telah berkumpul dalam satu kumpulan. Bersama
mereka Juliet Chin dan Tan Wah Piow, pimpinan mahasiswa dari Universiti Singapura.
Apabila Black Maria menghampiri mahkamah, orang ramai mara ke hadapan tetapi telah dihalang oleh polis. Saya
nampak dan terdengar laungan "hidup perjuangan rakyat" daripada kawan-kawan saya di luar mahkamah.
Di dalam mahkamah, Abdul Razak Ahmad, seorang peguam muda, juga bekas pimpinan gerakan mahasiswa
universiti yang telah "dihalau" keluar dari Universiti Singapura oleh Lee Kuan Yew, telah bersedia untuk membantu
kami. Perbicaraan kami cepat dan ringkas. Magistret wanita itu telah menolak permohonan untuk ikat jamin. Kami terus
direman selama satu minggu. Dan kami berlima pun dipindahkan masuk ke dalam Penjara Air Molek.
|