Laman Webantu KM2A1: 2825 File Size: 8.5 Kb * |
B1: Sketsa 'Pelancung Darul Iman' By Wartawan Pencen 20/9/2000 7:27 pm Wed |
SKETSA PELANCUNG DARUL IMAN:
Sejak Anwar dibuang dari UMNO, tiada peristiwa
yang lebih menggemparkan pemimpin umno selain dari
gugurnya kerajaan negeri Terengganu ke tangan pembangkang.
Dua "ulamak" nya tersungkur rebah bila rakyat sudah
bosan dan terus menggunakan pena yang berada di tangan.
untuk menghukum petualang-petualang umno
PAS melantik Ustaz Abdul Hadi menerajui kerajaan baru Darul
Iman. Sebaik sahaja kemenangan diumumkan, semua rakyat,
baik penyokong mahupun pembangkang terbebas dari tol di atas
jalan. Pemimpin PAS ini pernah muncul di Majalah Asia week sebelum ini.
Beliau memang terkenal dengan pidato dan ucapannya yang berapi-api.
Kaset ucapan beliau masih tersimpan oleh saya walaupun
sudah berbelas tahun lamanya disimpan semasa saya berada di rantauan.
Ia terlalu mahal untuk dibuang begitu sahaja
kerana acuan yang terkandung di dalamnya sudah menjiwai
diri saya yang telah tua ini. Malah tangan inilah
yang pernah memasak sedikit lauk-pauk buat mengalas perut
MB dan rakan2 sewaktu kami dikunjungi beliau beberapa tahun
yang lalu. Mungkin beliau masih mengingati wajah saya
walaupun masa berlalu dengan amat pantasnya....
Negeri yang amat panjang ukuran pantainya ini memang kaya
dengan pelbagai hasil laut dan bumi, sehingga minyaknya
dapat menolong negara di saat getirnya kejatuhan ekonomi.
Bahkan pendapatan negara terbesar adalah kerana sumber
petroliam. Ikan-ikan dan penyu yang mendiami lautannya menjadi sumber
rezeki rakyat marhaen yang kebanyakkannya nelayan dan petani.
Kecantikkan pantai dan pulau semulajadinya pula menjadi
tarikan pelancung seluruh negeri sehinggakan ia menjadi
satu industri yang menarik minat para kroni. Malah pelancung
asing juga tidak ketinggalan mahu menyelam dasar lautnya
yang amat indah dengan pelbagai hiasan semualjadi.
Kita membayangkan sebagai tuan kepada negeri yang
mempunyai pelbagai hasil mahsul yang hebat ini,
ia sewajarnya menjadi antara negeri yang terkaya, tetapi
apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dengan purata royalti
yang RM6 juta sebulan pun, ia masih mundur jauh kebelakang.
Statistik: Terengganu adalah negeri kedua tertinggi miskin
di Malaysia (17.3%) Namun begitu kemasyhuran beberapa pulau dinegeri itu
tercemar bila penduduk asalnya mula dipindahkan demi
nafsu seorang rakan menteri. Sedikit dan berdikit pulau-pulau
itu dikomersilkan sehingga akhirnya habis semua isi dikaut
dan ditelan, dan rakyat cuma layak mengemis meratah tulang.
Berapa keratkah agaknya antara mereka yang dapat
menjadi jutawan? Atau tersisih hina melihat tanah yang
dikaut sesuka hati dan bendang yang menghilang?
Saya membaca statistik negara:
Cuba anda bilang berapa banyak pulau dinegara ini - anda
akan terpulau kerana banyak pemiliknya asalnya sudah tiada
hak lagi. Ia sudah terjual..... menerima nasib seperti Langkawi.
Rimba dan hutan tempat mencari rezeki itu pula banyak yang
sudah menjadi lapang. Ia kini menjadi padang untuk kayu memukul
bola mencari lubang. Maka bertukarlah kerja anak2 muda
di pulau itu, mengejar bola putih yang hilang sewaktu siang atau
mengangkut berbotol-botol beer untuk ditonggang disebelah malam.
Silap-silap kayu golf itu hinggap ke badan!
Jika dulu rezeki rakyat bergantung kepada ikan dan tanam-tanaman,
kini mereka menjadi hamba moden kepada manusia yang berhati setan.
Statistik: Menurut hasil kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat
142,000 orang pelacur di Malaysia. Jangan terkejut jika
ramai wanita melayu terlibat, baik dara atau janda yang berhias rupa,
- malah tubuh wanita melayu adalah antara yang paling mahal angkara giurnya
(wanted list of bodies?). Anda jangan lupa kes pelacur atasan
(first class) di Hotel Merlin dan secebis warkah Hakim Aidid. Kes Tok Uban
tempoh hari itu pun anda sudah terperanjat - tetapi ada yang lebih teruk
lagi sampai beranak pinak. Seperti biasa mereka senyap ...
lagipun surat beranak "anytime" mereka boleh "beli". Kekorupan
Jabatan Pendaftaran Negara (terutamanya di Sabah/Sarawak) sudah
menjadi2 - sebab itulah kes Tok Uban menggunakan khidmat di sini.
Syarikat2 besar yang beroperasi pula dinaungi oleh pembesar-pembesar
Melayu untuk menconteng arang. Mereka menjadi boss di syarikat2
ini dengan gaji yang teramat lumayan. Sebut sahaja syarikat judi
arak, nombor ekor, kelab dangdut, urut, GRO/call girl, dll pasti ada orang
melayu yang terlibat, baik secara terus atau pun cuma mengurus.
Tektik ini dijalankan secara halus tanpa disedari. Pekerja2 Islam
sengaja diambil untuk membiasakan mereka bergaul dengan budaya
yang haram. Mula2 mereka menyediakan botol, lama2 mereka yang membotol.
Mula2 mereka berjabat tangan, akhirnya mereka menyerah badan.
Nota: Sebab itulah dalam islam kita dilarang terlibat dalam
sebarang proses yang melibatkan arak ini - baik menghidang,
menyewa premis, mengurus akaun, malah meminjamkan wang kepada
rakan yg mahu membeli arak pun tak boleh (rujuk Ustaz Shamsuri,
kaset Terbang dalam Bilik) Demikianlah nasib orang tempatan, bila kroni datang
bertandang...... Yang untung tentulah syarikat yang bernama
"Berjaya" kepunyaan sahabat diktator tua itu dan
kroni2 keparat yang sewaktu dengannya.
Kalau ingatan saya tajam, pernah diberitakan dahulu
beberapa bot yang membawa pelancung2 ke pulau2 itu
karam di tengah lautan. Pelancung asing tidak ketinggalan
maut dan lemas sehingga menggegarkan industri perlancungan.
Muatan berlebihan dikatakan punca ditimpa malang.
Maka bermulalah siri2 syarat dan peraturan yang akhirnya
membuatkan peniaga bot kecil tersisih dan dipinggirkan.
Hilang sudah satu mata pencarian usahawan kerdil di laut
dalam. Manakala pengusaha baru(a)nya pula tersenyum girang
bila tambang bot meloncat naik serta merta....
Saya "memandu" ke Dungun untuk menemui teman lama saya di sana.
Oleh kerana beliau seorang guru yang mengajar sejarah, pelbagai kisah menarik
menjadi cerita antara kami, di antaranya:
Gejala fitnah dan murtad yang menjadi-jadi akibat perebutan kuasa dan wang,
lebih-lebih apabila ekonomi menjunam. ANtara lain kami berbincang:
Selepas "meneguk segelas air" saya terkenang pula satu kisah mutu
air yang menjadi bualan rakyat di sini satu ketika dulu.
Pada tahun 1998, 10,000 pengguna mendapati air di Dungun yang
dibekalkan berasa masin. Tahun ini jugalah air disimpan untuk Sukom KL98,
sehingga satu KL meragam angkaranya. Saya masih belum lupa
ada penghuni flat yang terpaksa mengangkat berbaldi2 air di
tingkat bawah naik ke atas. Jika mereka tahu air itu sudah disalurkan
ke Sukom, tentu mereka menyumpah muntah ke semua gambar pak menteri.
Penjual pampers tergelak ketawa waktu ini kerana jualan (sales) yang
meningkat. Statistik: Negara kerugian lebih RM500 juta setahun akibat kegiatan curi air
(RM240 juta) dan paip bocor (RM321 juta). Yang peliknya kes begini
disedari dari tahun 1995, tapi entah atas sebab apa ianya
dibiarkan tanpa tindakan. Rantau Abang adalah satu tempat yang menarik minat
pelbagai pelancung. Industri penyu menjadi salah
satu sumber rezeki rakyat marhaen di sini.
(Mungkin Bersambung...) |