Laman Webantu KM2A1: 2822 File Size: 20.2 Kb * |
SPLP B2: Diam Karat Yang Melarat By Wartawan Pencen 20/9/2000 5:55 pm Wed |
Nota Penulis: Penulisan ini pada awalnya dirangkai pada rencana
"sketsa pelancung darul iman" - tetapi diceraikan
kerana banyak fakta yang dirasakan tidak bersesuaian
dengan sketsa tersebut. BAB 2: DIAM KARAT YANG MELARAT Saya sengaja berhenti lama sebaik sahaja tiba di Kemaman. Inilah
tujuan penting saya ke negeri Darul Iman ini.
Tercapai juga hasrat saya untuk melawat sebuah kilang yang
amat terkenal dengan gelagat pengurusannya yang tempang
berpanjangan. Tentu ada pelbagai misteri yang
menyebabkan ia sentiasa dirundung malang.
Yang menarik - ini adalah antara projek kesayangan
diktator tua sehingga pelbagai agensi "dipaksa" menderma untuk
menghidupkannya bila ia sakit meronta-ronta. Maka diutuslah
seorang "pakar" yang terpilih bukan sembarangan (handpicked by PM) untuk
membaiki kilang yang asyik rugi dan bernyawa-nyawa ikan ini.
Nama orang pilihan diktator tua itu ialah Tan Sri Eric Chia Eng Hock.
Beliau sebelumnya menjadi pelesit di UMW. Kebetulan VK Lingkam menjadi
anak buah beliau pada masa itu.
Kegagalan Perwaja untuk membuahkan keuntungan sebenarnya
bermula dari awal penubuhannya lagi. Projek ini juga adalah
salah satu wawasan sewel si Perdana Menteri yang terlalu
banyak idea gila - bezanya cuma ungkapan wawasan tidak
digunakan pada ketika itu. Perwaja adalah antara misi
awal negara untuk menjadi negara Industri Berat.... malangnya
ia menjadi industri yang memberatkan beban hutang negara
pula. Seperti Projek Putrajaya, Perwaja juga dibuat berdasarkan
satu dua kertas kerja. Sudah tentu ada pihak tertentu dibayar
untuk melakukan semua kajian yang mendalam (feasibility study)
yang akhirnya perlu dibayar dalam bentuk consultancy fees
(yuran perunding). Selain itu ia juga melibatkan satu jabatan
yang berkhidmat dipejabat Perdana Menteri - iaitu Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Malangnya disini
jugalah pernah hidup seekor jembalang yang bernama Abul Hasan
yang saudara2 sekalian sudah arif apa yang telah ia lakukan
selama ia berada disitu! Pendedahan Datuk Shapei tempoh hari
hanyalah satu laci yang dijumpai, tetapi ada banyak lagi
laci yang tersembunyi. Perwaja juga adalah salah satu dari laci
yang menyakitkan hati diktator tua itu jika anda cuba
membukanya. Nanti sesuatu terkena atas kepala!! Lihatlah nasib
Anwar - saya pasti semua kakitangan EPU sedar betapa murkanya
diktator tua jika anda cuba menjamahnya!!
The biggest flaw was in the experimental "direct reduction" steel-making process, sold to Malaysia by Nippon Steel. The process had never been fully tested on a full industrial scale and proved inadequate for making commercial-grade billets. By April 1987, Nippon Steel essentially admitted to having sold untested and faulty technology and reimbursed Perwaja RM500 million in compensation. But by that time, the yen's value against the ringgit was skyrocketing, making Perwaja's remaining yen-denominated debt costs balloon well beyond Nippon Steel's reimbursement. TJ: (Lim Kit Siang 22/5/96) "..the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed had publicly stated that he was personally supervising Perwaja under Eric Chia?s tenure and was getting a monthly report from the management. If this is the case, how could the Prime Minister?s Department allow Perwaja?s losses to explode from RM1 billion before Eric Chia?s takeover to RM2.9 billion at the end of last year, as well as recording RM6.9 billion in liabilities?" TJ: Dengan berbekal surat perkenan dan sokongan dari diktator
tua, Eric Chia mampu mendapatkan pelbagai "derma" lagi oleh
kerajaan, sehingga EPF sendiri tidak ketinggalan menjadi
penghulur derma yang "setia". Seorang penulis perlu membawa diari bila terlalu banyak
fakta yang perlu dicatat untuk mendapatkan sedikit gambaran
serta mengelakkan sebarang kecelaruan.
(Lim Kit Siang 29/3/96)
The Asian Wall Street Journal today reported that EPF would be
giving a new RM600 million loan to Perwaja to enable the
?scandal-scarred? Malaysian steelmaker to repay its outstanding debts.
Is this the reason why Wong See Wah has refused to answer my supplementary
question yesterday on the amount of EPF loans to Perwaja?
TJ: Hari ini ASWJ melapurkan bahawa KWSP akan memberi pinjaman baru berjumlah
RM 600 juta kepada Perwaja untuk membolehkan syarikat yang sudah
"berparut dengan skandal" itu membayar hutang2 nya yang tertunggak.
Apakah ini sebabnya kenapa Wong See Wah enggan menjawab soalan tambahan saya semalam tentang jumlah yang KWSP pinjamkan kpd Perwaja? Saya memandang diari saya lagi:
Eric Bersara pada : March 1996. 1982: Mula (Perwaja Terengganu) Ia ditolong (dengan duit kita lerr) dan
tukar nama (sebab malunya... dan nak tutup cerite...)
pada tahun 1990. 1990: Suntikan RM250 juta BERITA YANG TERLAPUR Entah mengapa kerajaan cuba berbohong kepada rakyat
dengan menyiarkan berita-berita yang palsu seolah-olah
Perwaja sudah pun dapat bernafas dengan baik dan jitu.
"During the first few years of Eric Chia's stewardship, the country was repeatedly told about the 'miraculous turn-around' of Perwaja Steel, that it had started making profits and would even be publicly listed." TJ: Dalam beberapa tahun pertama operasi Perwaja di bawah pengurusan Eric Chia, negara kerapkali diberitahu bahawa Perwaja Steel telah "kembali pulih dengan ajaib", mula untung, malah akan disenaraikan di bursa saham pula. Tembelang itu pecah juga pada tahun 1995, kerana terlalu
banyak wang yang terpaksa disuntik kesana, sehingga menjadi
kesukaran untuk menutup cerita. Maka juruaudit dari Price
Waterhouse dihantar. Eric Chia meletak jawatan dua bulan sebelum lapuran ini dibentang.
Jumlah Hutang: RM 6.939 bilion (akhir 95)
Bangkrap: May 1996 (Lapuran Price Waterhouse pada 28 May 1996)
Nov 95: Usul lantik Suruhanjaya di Raja ditolak
Dec 1997: Siasatan BPR diberitakan hampir selesai
Mac 1998: BPR melapur kepada AG... tapi senyap hingga sekarang
Saya membaca diari lagi: (MGG 16/6/00) Dato' Lingam could not be as close to the chief justice as he did become unless egged on, and introduced by, some one behind the scenes. He was not even an established lawyer, in practice for less than seven years, he did not pass the Bar until his late thirties, to have attracted the attention of judges. He is close to Tan Sri Eric Chia, the man who in rescuing the debt-ridden Perwaja Steel sunk it deeper into debt. In the official investigation into the Perwaja scandal, this junior lawyer collected more than RM10 million in legal fees. TJ: Datok Lingam tidak mungkin boleh intim rapat dengan Hakim Negara jika
tidak di tembungkan atau di perkenalkan oleh seseorang yang berada di balik tabir.
Dia bukanlah seorang peguam yang hebat - khidmatnya pula mencecah kurang 7 tahun.
Dia juga tidak lulus ujian Undang2 sehinggalah pada penghujung umur tigapuluhannya.
Faktor2 ini tidak memungkinkan dia menjadi seorang yang menarik perhatian hakim2.
Dia amat intim dengan Eric Chia, orang yang semasa "menolong" Perwaja Steel
yang asyik berhutang itu berakhir dengan semakin bertambah lagi hutang..
Semasa penyiasatan rasmi Skandal Perwaja, peguam mentah ini memungut hasil lebih
RM10 juta dalam bentuk yuran guaman. Nota: Lapuran Price Waterhouse mengenai Perwaja telah mencatatkan
satu pembayaran berjumlah RM 12 Juta kepada VK Lingam.
Hmmm.... VK Lingam adalah kenalan rapat Eric Chia.
Eric Chia adalah boss Lingam semasa berkerja di UMW.
Yang menarik Lingam menyewa dibangunan kepunyaan Vincent Tan.
Dan dia juga dilantik menjadi peguam penyiasat skandal Perwaja.
Bagaimana pula dengan berita minggu ini dimana Eric Chia berjaya
mendapatkan semua dokumen untuk mengesahkan dirinya tidak bersalah
dalam masa yang begitu singkat. Agaknya Eric Chia mengambil idea
dari Lingam untuk menyiasat sendiri untuk membuktikan dirinya
tidak bersalah? Jika Anwar dapat dijadikan bersalah oleh mahkamah
kartun hari ini, tidak mustahi Eric Chua menjadi tidak bersalah.
Saya menggeleng kepala membaca lagi kenyataan Lim yang seterusnya.
(Lim Kit Siang 25/7/99) Malaysians must be surprised to read of the statement by the ACA deputy director-general (operations) Datuk Ahmad Said Hamdan who said yesterday that its Perwaja investigations were almost complete, when only a month ago, the ACA director-general, Datuk Ahmad Zaki Husin was talking about the ACA taking another 10 to 20 years to complete the Perwaja investigations. Although there were "unusual transactions or payments" which involved foreigners,
like the RM76.4 million allegedly paid to a fictitious company in Hong Kong,
there were also "usual transactions or payments" which were fully transacted
in the country. One of them is the RM93 million disbursed for the Perwaja staff
housing scheme in Kemaman and Gurun - working out to an average total cost of a
unit of the single storey terrace house at RM121,000 in Kemaman and
RM113,000 in Gurun - which were excessively exorbitant costs!
TJ: Rakyat Malaysia mestilah terkejut bla membaca kenyataan penolong pengarah BPR
(operasi), Datuk Ahmad Said Hamdan yg mengatakan semalam (24/7/99) bahawa penyiasatan
Perwaja sudah hampir selesai. Wal hal, sebulan lepas pengarah BPR, Datuk
Ahmad Zali mengatakan BPR sanggup menyiasat sehingga 10 ke 20 tahun.
Walaupun terdapat "transaksi atau bayaran yang luarbiasa " yang melibatkan orang asing, seperti RM 76.4* juta yang dibayar kepada sebuah syarikat yang tidak ujud di Hong Kong ada juga "transaksi atau bayaran yang luarbiasa" yang direkod di negara ini. Salah satu darinya ialah projek RM93 juta untuk skim perumahan kakitangan perwaja di Kemaman dan Gurun - bila dikira, ia menggambarkan harga purata sebiji rumah teres setingkat adalah RM121,000 di Kemaman dan RM 113,000 di Gurun - ini adalah harga yang tidak menasabah tingginya! Pembayaran RM76.4 juta kepada NKK Corporation menerusi sebuah syarikat
yang tidak wujud, iaitu Frilsham Enterprise Inc.
SEWELNYA MERANCANG DUA KILANG YANG BERJAUHAN
Seorang Penulis yang menggunakan nama 'Waterfowl' di laman Mahazalim Asal
(Laman ini sudah hilang tetapi masih saya simpan di PC usang saya
kerana rencana awal-awalnya banyak yang berharga :) ) mendedahkan
"Terdapat beberapa contoh di mana Mahathir rasa yang beliau telah menggunakan kuasa yang ada secara 'adil'. Contoh jelas : beliau telah mengarahkan Perwaja dalam tahun 1991/92 untuk
membina kilang cawangan di Gurun , Kedah, negeri asal beliau.
Pada pandangan Mahathir, beliau telah mendatangkan pekerjaan kepada penduduk
di situ. Maka bagus untuk penyokongnya.
Tetapi dengan membina cawangan Perwaja jauh dari kilang 'ibu'nya
iaitu Kemaman, ianya bermakna mereka terpaksa mengangkut bertan-tan
bahan besi dari Kemaman ke KL dan naik ke Kedah melalui lebuhraya.
Pengangkutan sia-sia ini (lebihkurang RM 100 satu tan) akhirnya menyebabkan kerugian bagi Perwaja. Pada keseluruhannya rakyat menanggung beban kerana 'pelaburan' mereka (melalui Kementerian Kewangan dan kemudian Khazanah Nasional) tidak mendatangkan keuntungan. Berikut pula secebis lapuran dari satu majalah Utusan Konsumer April 1996:
Perwaja's alleged management irregularities TJ: Beberapa Petikan Kepincangan Perwaja ERIC CHIA DAN BUKTI BARU(A) NYA HIDUP SEMULA
Saya membaca lagi satu komen terbaharu yang menarik dalam
Siri Mahathir@Mahafiraun Pemusnah Bangsa malaysia - Part 6
oleh penulis yang menggunakan nama Rakyat Yang diJajah Oleh UMNO 12/9/00
Sila rujuk Laman Tranung Kite.
[unquote] Jika Eric Chia amat handal menyiasat dan mencari dokumen, mengapa BPR
tidak menggaji sahaja Eric Chia supaya membongkar semua jenayah korup
di Malaysia. Kebolehan "5 bulan" ini tentu amat berguna ...
Tapi logik kita mengatakan jika Eric Chia seorang pakar dan penyiasat
yang bersih, sudah lama Perwaja masyhur kerana untung, sebaliknya
Perwaja terkenal dengan rentung RM 9 billion. Semua syarikat yang
berurusniaga dengan Perwaja adalah rakan Eric Chia belaka, maka dengan
memberi banyak masa untuk Eric Chia bebas dapatlah dia menukar segala
bukti yang ada. Jangan terkejut jika Datok Murad mungkin timbul semula
angkara "hebatnya" Eric membongkar cerita...... Maka BPR pun kata "YA"!
|