Laman Webantu KM2A1: 2821 File Size: 5.9 Kb * |
B4: Penubuhan Kerajaan Yang Bersih By Marhain Tua 20/9/2000 4:54 pm Wed |
The Singapore Story SATU BAHASA PELBAGAI LOGHAT (Tulisan Bahasa Inggeris dipetik daripada The Star Section
2 m.s. 11) Isteri saya Choo ( Kwa Geok Choo), seperti juga saya
sendiri, telah menerima pendidikan di sekolah yang
menggunakan bahsa Inggeris sebagai bahas pengantarnya.
Ketika kami belajar di England dulu, percampuran kami
dengan pelajar daripada China telah memawa satu kesedaran
betapa kami telah terdedah jauh menyimpang daripada
landasan budaya pertiwi. Begitulah juga yang berlaku
kepada pelajar kaum China daripada Caribbean.
Kami rasakan kehilangan sesuatu seolah-olah telah
terdidik oleh bahasa seorang ibu tiri, lantas sukar
menerima satu budaya yang bukannya budaya sendiri. Saya
merasa terpencil daripada kumpulan orang Cina yang bebas
bertutur dalam beberapa loghat dan juga Mandarin. Dunia
buku teks dan para guru saya terasa semacam tidak ada
hubungkaitnya dengan dunia sebenar yang saya harungi itu.
Tidak ada bezanya kami dengan ratusan lagi graduan
Raffles College yang tidak menerima didikan rasmi
budaya ibunda (Asian) mereka, sedangkan di waktu yang sama
mereka bukannya ada perasaan keakuan terhadap budaya
British. Ini yang membuatkan kami menjadi teraba-raba di
antara dua budaya ini. Saya dan choo membuat keputusan untuk tidak melakukan
kesilapan yang sama terhadap tiga orang anak kami. Kami
bertindak menghantar mereka bersekolah di sekolah Cina
dengan harapan mereka menjadi sebahagian daripada satu
masyarakat yang cergas, bertenaga dan mempunyai
keyakinan diri. Tidak kiralah kalau keupayaan mereka
bertutur dengan baik dalam Bahasa Inggeris akan terjejas.
Keadaan ini kami perbaikki dengan cara Choo bertutur alam
Bahasa Inggeris kepada anak-anak kami sedangkan saya
menggunakan Mandarin dan sekaligus memperbaikki diri dalam
pengawalan bahasa itu. Hawsilnya sungguh memberansangkan kepada anak-anak kami.
Melalui didikan dalam Bahasa Mandarin itu mereka membesar
sebagai anak yang setia kepada ibubapa, menjadi rakyat
yang berguna dan di waktu yang sama mereka turut fasih
dalam Bahasa Inggeris. Mereka memang menyerlah di sekolah
dulu dan kerap menerima hadiah kecermelangan sehinggakan
sekolah mereka dan akhbar Bahasa Cina kerap menonjolkan
mereka sebagai murid-contoh untuk memberi ransangan kepada
ibubapa lain agar menghantar anak-anak mereka belajar di
Sekolah Cina. Inilah yang memberiakan keyakinan kepada
rakyat yang bertutur dalam Bahasa Cina bahawa saya tidak
akan menutup sekolah yang mengamalkan ajaran Bahasa China.
Mereka yang lahir dan membesar dalam satu masyarakat yang
homogenous tentu tidak faham kenapakah pilihan saya itu
mempunyai implikasi politik akhirnya.
Ada satu ketika pada 1960-an, saya telah berucap di
hadapan para pelajar dan tenaga pelajar di Nantah dan
memberitahu betapa saya tidak mempertaruhkan masadepan
anak-anak saya untuk tujuan politik. Saya memang yakin
bahawa pelajaran di Sekolah Cina adalah yang terbaik untuk
mereka kerana mereka boleh mempelajarai Bahasa Inggeris di
rumah. Walaupun demikian untuk pelajaran di tahap
universiti saya tidak mahu menghantar mereka ke universiti
yang menggunakan Bahsa Cina sebagai bahasa
pengantaraannya. Masa depan mereka banyak bergantung kepada
keupayaan mereka mengusai bahasa yang digunakan dalam buku
teks yang terkini. Ramai ibubapa yang membuat pendirian
seperti ini kerana saya telah bersuara lantang dalam hal
ini di Nantah dan ucapan itu telah diberikan lapuran yang
meluas. Saya telah berjaya mempengaruhi pilihan golongan
ibubapa dan juga pelajar sekolah cina apabila mereka
membuat penentuan untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti. Nanatah telah mengeluarkan 12,000 graduan. Kalaulah semua
lepasan itu menerima didikan dalam Bahasa Inggeris tentu
sekali mereka telah berjaya merangkul mercu kejayaan dalam
kerjaya mereka di Singapura dan Malaysia. Masalahnya
terlatak kepada sikap harga diri. Harapan yang terlalu
besar telah diamanahkan kepada Nantah di awal kewujudannya.
Tetapi, aliran pasang-surut sejarah telah mencemburuinya.
Tidak ada sebuah negara pun di Asia Tenggara yang mahukan
kewujudan sebuah universiti yang menggunakan Bahasa Cina
sebagai bahasa pengantarnya. Banyak negara sudah
mengurangkan sekolah Cina. Peluang pekerjaan bagi anak
sekolah menengah berkelulusan Sekolah Cina sudah semakin
berkurangan.Malahan bank yang mengutamakan Bahasa Cina
sudah bertukar haluan dan mengutamakan Bahasa Inggeris
untuk terus aktif dalam dunia perniagaan.
|