Laman Webantu KM2A1: 2817 File Size: 11.2 Kb * |
Orang Melayu Akan Jadi Masyarakat Terpinggir Selagi Umno/BN Memerintah By Amin Sapiro 20/9/2000 1:51 am Wed |
Amin Sapiro (bosan dgn slogan...)
ORANG MELAYU AKAN JADI MASYARAKAT TERPINGGIR
SELAGI UMNO/BN MEMERENTAH!! Kita pernah juga mendegar orang berkata kununnya Nabi junjungan
kita berkata: Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Samada betul
tidak, kita gunakan hukum akal bahawa Marco Polo dari Genoa
berjalan kaki naik unta ke negara Timur yang terkenal dengan
tamaddun mereka yang harum aroma hingga ke Negara Tengah.
Kita lihat perkembangan budaya mengembangkan empayar bermula
dari Andalusia. Kerana itu, Islam telah menuju ke sana dan
menjadikan ia pusat mengembangkan Islam bagi rantau Eropah
yang luas di utara. Kita bertanya, mengapakah Islam kuat dan digeruni oleh king
Richard yang berhati Singa itu? Adakah kerana Islam itu
semata-mata satu ugama yang cuma mengajar manusia untuk
mengenal Tuhan saja? Apakah punca cemburu bangsa dunia
kepada Islam? Ramai cendekiawan berpendapat bahawa Islam dicemburui kerana
sejarah Islam berkait rapat dengan "way of life" dan mencakup
seluruh kehidupan manusia. Sebut saja apa yang diperlukan dalam
peradaban hidup manusia - dalam Al-Quran terhimpun
Firman-firman Allah swt. Dihurai dan diperjelas dengan
hadis-hadis Nabi junjungan serta akhak perbuatan Baginda.
Jelasnya, dalam Islam juga, terdiri atas asas-asas ekonomi dan
keusahawan bagi semua insan. Islam di Madinah telah memecah benteng
kekuatan ?pasar? yang berkurun dikuasai Yahudi. Tidakkah itu bukti
nyata bahawa Islam (sekiranya dihayati benar-benar) adalah agama
yang cukup kuat hubungannya dengan ekonomi dan seluruh peradaban dan
kehidupan manusia mencari kebahagian, bukan saja ukhrawi tetapi
juga duniawi? Walaupun Nabi bukan seorang kayaraya setaraf Bill Gates atau
mereka yang ternama dalam "Fortune Magazine", tetapi harus
diteliti bahawa orang-orang itu adalah hidup dan berusaha,
berniaga dan berinteraksi selari (pada dasarnya) dengan apa yang
digariskan oleh Islam. Mereka berkayakinan kepada diri sendiri dan
tidak mudah patah hati. Pengusaha Cina yang hebat-hebat hari ini adalah kelompok yang
bercawat datang ke alam perniagaan di serata dunia. Tanya Lim
Goh Tong dan Lim Boon Chin dan mereka yang sewaktu
dengannya. Mereka tidak bawak emas perak ke sini untuk
memulakan perniagaan. Mereka berseluar gendut berpesak labuh,
mengayuh basikal buruk menjual dan membeli serta berinteraksi
dengan kaum tempatan. Bagaimana mereka boleh kayaraya?
Saya tidak tau menjawab dan memberi formula "ajaib". Cuma dapat
melihat dengan "terkulat-kulat" macam cicak makan kapur. Seperti
setengah saudara juga. Tetapi saya nampak sekarang, mereka memulakan sesuatu dengan
berdikit-dikit dan penuh sabar - tetapi berwawasan. Mereka melihat
jauh ke hadapan. Sudah itu mereka ?safe-guard? kepentingan
mereka dan ?keep the cards close to their chests?.
Maka sekongkollah mereka sesama sendiri. Mereka wujudkan pola
?penjual? dan pola ?pembeli?. Mereka menjadi kelompok penentu
harga dan jumlah yang harus dijual-beli. Pemimpin UMNO sendiri
tidak mampu mencari ?break-thru? bagi mengatasi masalah ini!!
Apakah guna kuasa yang diamanahkan orang Melayu kepada
mereka? (kita akan lihat bagaimana ia disalahgunakan).
Malang tak sudah, orang Melayu menjadi komuniti ?pembeli?. Dan
amalan ini makin berkembang membudaya dalam lubuk hati majoriti
orang Melayu. Hinggakan didendangakan:
Nampaknya orang Melayu lupa untuk mendendangkan ?sekuntum
Bunga Raya? sebagai ganti ?sekuntum BungaCina? itu. Padahal
dihalaman rumah masing-masing sepenuh taman dihiasi dengan
Bunga Raya!! Akhirnya hilanglah budaya sayang hak sendiri dan
berlumba-lumba menggantikan dengan budaya orang lain.
Dasar Ekonomi Baru cuba mengorak strategi untuk merubah sistem
berfikir orang Melayu dalam berhadapan dengan isu dan praktis
keusahawanan dan perniagaan. Malangnya orang Melayu akhirnya
dijual ?murahan? oleh bangsa sendiri.
Bangkitlah konsep Penswastaan dan Pengkorporatan. Dipilih-pilih
mereka yang harus diberi peluang dan jaminan sepaya selari
dengan dasar ?Nepotisma, Kronisma dan Proksi?. Dicelah-celah
itu, terbitlah unsur Rasuah dan Penyelewengan. Ia dibendung hebat
oleh orang-orang politik yang berkuasa besar.
Tak cukup dengan itu, diwujudkan pula ?perkongsian? dengan
orang tertentu yang menjaga kepentingan mereka. Orang ini diberi
jawatan dalam kerajaan dan diberi upah lumayan supaya menjaga
kepentingan mereka (walaupun sudah pencen). Maka terbitlah
senarai ?ex-civil servants? yang ditunjuk oleh pak menteri-menteri
yang melupakan amanah rakyat. Kakitangan awam bawahan banyak yang terperangkap dengan
pelbagai arahan untuk memberi ruang kepada orang politik yang
berkepentingan. Mereka akan diberi gelaran Datuk dan Tan Sri.
Mereka ini bebaskan menjalankan urusan ?orang atasan?.
Maka terbukti, Abul Hassan naik pangkat jadi Gubenur Bank
Negara walaupun Datuk Shafie Yahya pernah menemukan RM100
ribu wang kontan dalam laci meja beliau.
Adakah wang itu dari nelayan pantai, pesawah penanam padi,
pencari rotan di hutan, atau pengait kelapa sawit? Adakah Dr.
Mahathir memaki hamun Datuk Shafie Yahya kerana melakukan
kesalahan jawatan? Jawapan yang mudah masih ditunggu. Kerana, Dr. Mahathir tidak
berani menghadapi kenyataan sebenar. Beliau berdalih seribu
helah. Jika beliau diheret ke mahkamah, dirinya pasti akan didapati
bersalah. Dengan itu, seluruh sistem dan konsep dasar ?Nepotisma,
Kronisma dan Proksi? amalan Rasuah dan Penyelewengan akan
terburai. Jika penghakiman keatas Mahathir diasaskan kepada
undang-undang yang sah, bukan setakat Mahathir yang bakal
penghuni sebuah bilik kecil di Sg. Buluh, tetapi tak cukup jari
membilang jumlah mereka yang terlibat.
Kerana hukuman begitu tidak terjadi, maka nelayan pantai,
pesawah penanam padi, pencari rotan di hutan, atau pengait
kelapa sawit tidak berupaya merubah nasib. Mereka dibiarkan ?kais
pagi makan pagi?. Hidup setakat mencari nafkah untuk zohor
hingga ke malam. Mereka yang berpendidikan dan berkeinginan merubah nasib
terpaksa menerapkan konsep ?Kronisma? kepada ?inner-circle?
politik. Jika untung orang politik yang kaut, jika rugi sendiri
tanggung. Akhirnya mereka beriaga umpama "berniaga buluh
kasap, dapat hujung pangkal lesap".
Berbanding dengan Ting Pheik Khing, Vincent Tan, Francis Yeo,
atau Mirzan dan sekogkolnya; Mahathir dan Daim akan melakukan
pelbagai ?bail-out? kerugian mereka. Berapa jumlah perniagaan
yang harus dibahagi-bahagi dan lebih wajar dikendalikan oleh
IKS/SMI Melayu tetapi dikaut oleh mereka?
Jika Mahathir, UMNO dan pemimpin mereka betul-betul mahu
merobah nasib orang Melayu yang sekian lama dikecewakan di
bidang ekonomi dan keusahawan; mereka tidak menyekat Royalti
minyak yang hak bagi rakyat Terengganu.
Adalah satu PEMBHONGAN paling besar jika Mahathir memberi
alasan kununnya rakyat Terengganu sudah melampaui garis
kemiskinan atas usaha UMNO/BN semasa memerentah.
Apa yang sebenarnya berlaku rakyat Terengganu makin papa
kedana kerana hak mereka dihisap oleh penjenayah rasuah dari
golongan yang mengamalkan dasar ?Nepotisma, Kronisma dan
Proksi?, dicelah-celah itu terbitlah unsur Rasuah dan
Penyelewengan. Mugkin mata Mahathir dan pemimpin UMNO sudah buta, telinga
mereka sudah tuli dan hati mereka sudah tertutup - dipenuhi
dengan dengki, khianat, dendam, fitnah dan adu-domba!!
Kalau begitu, akan terus terpuruklah hidup orang Melayu. Kian
pudarlah keinginan untuk merubah nasib menjadi komuniti
?Usahawan dan Perniaga?. Harapan itu akan jadi impian dan
angan-angan Mat Jenin saja. Bagai pepatah Melayu, orang Melayu akan terus jadi ?Pak Kaduk?.
UMNO akan memberi mereka kemenangan, orang Melayu akan
akan disuruh bersorak berbangga. Mahathir akan menunjukkan
sebuah Mahligai di Putera Jaya, sebuah KLCC dengan menara
tertinggi di dunia, atau banglo perumahan mewah diseluruh negara.
TETAPI, kita disembunyikan dari maklumat berapa jumlah setenggan
peneroka bandar, ratusan ribu hektar reserve tanah simpanan
Melayu yang tergadi, jumlah hutang orang Melayu sebagai
pinjaman untuk mendidik anak. Jka dilihat betul-betul?..kampung
sendiri pun sudah tergadai..!! Mungkin sikit hari lagi, orang harus
balik semula ke hutan mencari rotan dan manau!!
?HIDUP UMNO..!!? Hahahha??!! (lawak aje ...Editor)
Amin Sapiro |