Laman Webantu KM2A1: 2816 File Size: 7.3 Kb * |
Regim Mahathir, Umno dan Barua(a)nya Menolak Perjuangan 'Islamisasi' By Amin Sapiro 20/9/2000 2:37 am Wed |
REGIM MAHATHIR, UMNO dan BARU(A)NYA MENOLAK PERJUANGAN
?ISLAMISASI?? Kita juga tidak mahu membantu Mahathir
mengkucar-kacirkan lagi iklim politik, ekonomi,
sosial, agama, budaya dan pentadbiran negara dan
masyarakat yang sedang dialami kini. Apa yang paling tidak diingini rakyat ialah: Mahathir
Mohamad memang menanti kesempatan untuk mencari sebab
bagi melanjutkan kuasa ?mutlak?nya sebagai seorang
Diktator ?keparat? di negara permai ini! Kita tidak
memberi ?orang ini? bergerak bebas sesuka hati!!
Tetapi, jika kita tidak bercakap dan sengaja melempar
jauh-jauh persoalan yang melibatkan aqidah dan
keagamaan kita dicemar-sekukarkan oleh ?hantu-raya?
Mahathir, UMNO dan Baru(a) nya; kita merasa diri kita
sangat berdosa. Seolah-olah kita merelakan maksiat
dosa besar berlaku dihadapan mata. Pasti kita akan
bertanya: Apakah bersih keislaman yang kita anut dalam
dada? Ramai yang terperanjat besar apabila pemimpin UMNO
cuba menterbalikkan tafsiran konsep ?Negara Islam?
sebagai ?ajaran sesat?. Apa yang paling menyinggung
hati ialah apabila JAKIM sebagai pusat pengembangan
Islam di negara ini memberi tafsiran yang bukan-bukan
kepada rakyat mengenainya. Kalau begini, kemanakah ?UMNO Mahathir? dan
barua-baruanya mahu membawa orang Melayu Islam? Ke
Neraka kah? Sah sekarang UMNO dan Mahathir tidak layak disokong
oleh orang Melayu Islam lagi. Mereka sahih tidak
mewakili kepentingan orang Melayu beragama Islam lagi.
Terdengar beberapa tuduhan kununnya orang Melayu Islam
berpecah kerana sebuah parti pembangkang memainkan isu
Islam. Kerana itu, regim Mahathir Mohamad telah
merancang pelbagai strategi bertindak untuk
menghapuskan penggunaan perkataan Islam dari semua
organisasi di negara ini. Kita makin hairan dan menyoal: tidakkah para ulamak
JAKIM prihatin dan sedar bahawa Islam tidak boleh
dipisahkan dari sebarang amalan? Hingga, Allah swt.
mensyariatkan - untuk melangkah kaki mencari rezki pun
kita wajib memulakan dengan nawaitu ?kerana Allah?,
kan? Apatahlagi jika kita mahu berpolitik, mentadbir
masyarkat, dll - tidakkah kita harus melakukannya juga
demi meluruskan nawaitu kedudukan kita sebagai orang
yang diberi amanah? Padan jugalah terlalu ramai pemimpin UMNO yang
melakukan perkara-perkara mungkar dan dosa besar. Ada
yang melakukan maksiat ?merogol? anak gadis bawah
umur, bermukah dengan adik ipar sementara kakaknya
masih kekal sebagai isteri, simpan gadis Islam sebagai
?concubin? ala Geisha, dan macam-macam lagi.
Malangnya, JAKIM diam saja - seolah-olah perkara itu
adalah ?lazim? dan menjadi amalan biasa yang wajar
diterima. Kita tidak hairan kalau perkara itu berlaku di zaman
Jahiliyah. Firaun sendiri menggalakkan pernikahan adik
beradik. Dan agama Zorroaster membenarkan anak
mengahwini ibu sendiri. Tetapi tidakkah terlintas dalam
hati bahawasanya sudah jelas dalam Al-Quran dan
Hadis-hadsi Qudsi bahawa maksiat seumpama itu memang
wajib dicegah, dihukum dan dikutuk habis-habisan?
Mengapa JAKIM tidak mau angkat lidah dan menghukum
mereka yang bersalah? Apakah ini konsep ?Negara Islam?
ala JAKIM? Apakah itu konsep ?Islam Sederhana??
Maksudnya - boleh buat asalkan orang lain ?tak
nampak?? Kalau nampak baru salah? Ya kah? Mana
belajar? Kitab apa? Padan jugalah segala rasuah dan penyelewengan, politik
dendam kesumat, usaha melindungi pelaku maksiat dan
pecah amanah makin menjadi arus dasar UMNO paling
unggul dan terkini. Kita tidak sangka JAKIM boleh tenggelam punca macam
kumpulan/himpunan ?Ulamak Bodoh Bangkang ketetel? tak
lulus ?Fadhu 'Ain?. Apakah ulamak JAKIM cuma membicarakan ?Haid dan
Nifas? saja? Walhal negara dan masyarakat Melayu Islam
sedang di ?Kamal Attartuk? kan - mereka tidak peduli?
Sahlah kalian ?ulamak BANGSAT kepala hotak?..!! Ulamak
?pro-maksiat?..!! Orang Melayu Islam makin faham, perbicaraan Datuk Seri
Anwar telah mencabar keteguhan Islam di Malaysia.
Sekaligus mencabar ulamak yang berserban besar dan
mengaku diri berilmu dan bergelar pewaris nabi. Tapi
apa yang mereka lakukan?. Isk..isk..isk? (geleng
kepada makmum dibelakang ini). Malangnya mereka berjawatan kerajaan dan menduduki
kerusi empuk di jabatan masing-masing. Seharusnya
mereka mampu bertindak mengatakan yang benar dan
salah. Tetapi kenapa mereka seperti ?anjing tenggelam
di air deras?. Terkucam-kucam macam cicak makan kapur
saja? Seorang ?pak general? mengetuai jemaah solat di masjid
bertaraf ibu segala masjid di negara ini. Dihadapan
corong radio dan TV - beliau sanggup ?menjilat ludah?
pemimpin yang terang-terang mengutuk Nabi. Khatib yang
berdiri di mimbar itu dan mengaku diri ?panglima
ulamak? - sebaliknya menjadi ?penjarah? menggunakan
khutbah ?mengamfu sana, amfu sini?. Apakah Ijazah
beliau dibeli dari ?Lorong Haji Taib? yang paling
terkenal di Kuala Lumpur ini? Jika itulah ?Negara Islam? yang diwadahkan JAKIM,
SEHARUSNYA umat Islam berwaspada seraya meneliti
perkembangan hujah dan huraian golongan yang
?menyesatkan? ini. Mungkin sudah terbayang kepada kita siapa pengembang
?ajaran sesat? sebenar. Mereka berada disekeliling
kita. Kita dapat cam dan pastikan identiti mereka.
Mereka adalah penghuni Mahligai besar dan terbang
dengan Global Experess. Itulah orang bertaraf
?ayatullah? mereka. Juak-juak dan jongos baruanya terdiri dari orang yang
meggunakan hukum akal bila bercakap mengenai Islam.
Mereka berkereta besar bersupir, berumah banglo dan
beristeri banyak, membiarkan orang melakukan zina dan
maksiat, hanya menghukum ?kucing kurap? dan melepaskan
?buaya darat?. Mereka akan bercakap di radio dan TV, berderet dengan
serba macam hutang-piutang berbunga cara ?Nasrani dan
Yahudi?, jadi ?kakaktua? bila ditengking-herdik oleh
?tuan punya bapak anjing?, dan atas segala-gala mereka
?kempitai? yang mensenaraikan ?ulamak? yang bercakap
benar ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan
Kezaliman?. Nampak kepada kita sekarang siapa yang sebenarnya
memberi gambaran kepada kaum bukan Islam supaya
menyalah tafsir/ertikan konsep sebuah ?Negara Islam?.
Alangkah malang nasib kita bertuan ?tuan bapak anjing?
dan kuncu-kuncunya..!! Pepatah Melayu mengingatkan kita, ?Sepuluh jong masuk
anjing-anjing ini akan bercawat juga ekornya?..!!
Faham dah kita jenis ulamak yang membentuk masyarakat
sebuah ?Negara Islam? yang di rangka JAKIM!!
Mereka adalah ?Ular Sawa gede?. BERWASPADA lah..
Jangan biarkan kita ditelannya bulat-bulat!!
Masihkah UMNO dan Barisan Najis ini dibiarkan
mentadbirkan negara kita ini? Itulah soalan bagi
orang-orang yang mahu berfikir!! Allahu Akbar..!! Amin Sapiro |