Laman Webantu KM2A1: 2815 File Size: 9.4 Kb * |
B1: KTLBELB 29 Sepintas Lalu By Wartawan Pencen 19/9/2000 9:19 pm Tue |
Saya memikirkan lebih baik saya melepaskan terus beberapa pandangan saya
sebagai pengalas siri KTLBELB yang diminati ramai ini kerana khuatir
idea-idea tersebut tenggelam kerana terlalu lambat menyusul rencana nya yang
asal. Sebenarnya ada satu sketsa yang sedang berputar2 di kepala saya, tetapi
saya masih mencari lagi "tempat" dan destinasi untuk diteropong kerana KTLBELB
kali ini, antara lain, berkisar di sekitar satu jenayah yang dilakukan terhadap
satu negeri di pantai timur. Untuk itu saya perlu menjadi "pelancung" ke ufuk
negeri itu yang terkenal dengan hasil lautnya, baik yang bernyawa seperti ikan
dan penyu mahupun yang berharga seperti petroliam dan emas. Sudah tentu, di mana
ada kekayaan, disitulah bertapaknya tangan-tangan rakus yang mengambil
kesempatan sambil bersembunyi disebalik tabir bernama "ehsan" dan "pembangunan".
Kelincahan pencuri2 dinegeri ini menyembunyikan harta memang menyukarkan, jika
tidak sudah lama mereka dapat dicam. Bagi seorang wartawan pencen, mengorek
kisah2 sebegini tentunya lebih sukar daripada mencari minyak di dasar laut
yang penuh dengan petroliam itu. Penulisan KTLBELB Bab 29 berkisar mengenai isu semasa yang begitu hangat
masa kini, iaitu royalti minyak. Pencetus isu ini tidak lain tidak bukan
adalah PM sendiri. Penulis kemudiannya mengulas ucapan terkini Mahathir
di hari merdeka dan menyanggah tuduhan kesat Mahathir. Ini diikuti dengan
beberapa analisa isu amanat Hj Hadi dan tragedi Memali yang cuba dipalitkan
kpd PAS tetapi penulis membongkar mengapa isu ini diketengahkan dan siapakah
dalang punca kesengsaraan balu Memali. Seterusnya siri2 pembohongan dan
keborosan Mahathir diceritakan satu persatu disamping peranan Vincent Tan
yg mendapat layanan terlalu istimewa serta bagaimana orang2 ternama
dapat dipeluk olehnya. Kemudian gejala rasuah dan dalang dalam dilakar
diikuti dengan isu penamatan khidmat Tajuddin Ali dan beberapa rencah isu
terkini serta reaksi yang bakal berkocak dihari nanti.
Seperti biasa saya tidak berhajat untuk menambah komen setiap satu intisari
lakaran dalam siri KTLBELB kali ini, kerana rencana asalnya sudah cukup
lengkap dan padat dengan isi. Jadi kemanakah tulisan saya kali ini?
Manusia itu selalunya dipegang kepada ikrar kata dan janji. Tetapi ada yang
mengengkarinya setelah mandat diberi. Hampir kesemua malang yang menimpa
rakyat yang diceritakan bertubi2 oleh -MT- adalah disebabkan oleh seorang
perdana menteri yang sudah hilang ciri2 kemanusian dalam dirinya, atau lebih
tepat jika kita katakan angkara "seorang pemimpin hipokrit yang sudah pupus
tarikh-gunanya" sebagaimana yang disebut oleh -MT-.
JANJI YANG DISANDAR JANJI YANG DIENGKAR
Janji menjanji adalah menjadi lumrah manusia yang dihidup di alam yang
penuh dengan gelora ini. Ia ditabur sebagai pengemas sesuatu yang bakal
dilaksanakan sebagai "bukti kata" betapa bersedianya ia untuk melaksanakan sesuatu. Tentu kita masih belum lupa seorang wakilumno batu talam yang
sanggup menyerahkan kepalanya kerana percaya sangatnya beliau kepada janji seorang bomoh berilmu hitam. Akhirnya nyawa bercerai badan meninggalkan
satu episod yang sedih berpanjangan. Mahathir mengambil Anwar 17 tahun yang dahulu pun bersandarkan janji,
tetapi dimungkiri pula dengan pelancaran siri2 karya. Memandangkan karisma
Anwar bukan sembarangan, satu perancangan yang amat teliti diperlukan
untuk memisahkan Anwar. Maka disitulah bermula beberapa episod kepura-puraan.
Malangnya Anwar termakan episod ini dan terjerat kerana tidak terlintas
dihatinya betapa "bapa" ini sanggup melakukan apa saja demi kuasa dan
kekayaan. Kita sendiri terpaksa mengakui nasib malang yang menimpa Anwar disebabkan
satu kepercayaan kepada kepura-puraan dan lakunan yang mengambil masa bertahun
lamanya. Dengan terlepasnya satu karya yang diilhamkan oleh sekumpulan manusia
berhati setan, seluruh negara dilanda gelombang. Tuduhan jijik itu dicanang
sebegitu hebat walaupun mahkamah belum sempat mencapai keputusan. Mahathir
pula terang2 mendahului mahkamah dalam kenyataannya baik di dalam negara
mahupun diluar sana. Maka kita perlu bertanya inikah watak seorang yang
beriman atau telatah seorang perancang?
Kecacatan skrip itu terbongkar ditengah2 perbicaraan tetapi ia dapat
diteruskan kerana hakimnya memang sudah pun berada di dalam tangan.
Akhirnya Anwar terhukum disabit satu kesalahan yang jijik walaupun bagi
ramai rakyat yang waras ia amat meragukan. Fatwa Syaikh Taha tempoh hari
semakin menampakkan betapa pandangan Islam dibelakangkan oleh pemimpin negara
kita ini. Pemimpin negara kita ini jugalah yang mendabik dada melaungkan slogan nilai-nilai Islam tetapi yang pasti itu hanyalah satu janji yang kosong juga akhirnya.
Dengan tersumbatnya Anwar ke penjara, terbukti sudah siapakah yang memang
berpegang kepada janji dan siapa yang memungkirinya dikemudian hari. Jika Anwar
pentingkan dirinya sendiri lebih baik dia berundur dengan penuh senyap
tanpa perlu diserang, dilebam, ditelanjangkan dan diaib sedemikian rupa,
tetapi janji dan perjuangan beliau sejak dibangku universiti itu bukannya satu
barangan yang boleh dibeli dengan mudah laksana satu komoditi. Maka Anwar
menepati janjinya semasa ia mengucapkan salam perpisahan meninggalkan ABIM
kerana tidak "sabar" mahu melaksanakan satu pembaharuan. Episod perpisahan
ini memang amat menyedihkan kerana ramai pihak bercadang untuk "meminang"
tetapi semangat Anwar yang membara itu dapat dibaca dan seterusnya
dipergunakan oleh Mahathir untuk mempamirkan betapa "Islam"nya UMNO dari PAS.
Apabila Anwar tercampak keluar, sudah tentu satu soalan yang menjadi tanda
tanya. Setiap pihak tentu mempunyai jawapan yang berbeza - walaupun demikian ia
akan berakhir dengan cerita yang sama jua. Mahathir masih dan tetap
berkuasa, baik sebelum mahupun sesudah Anwar. Mahathir untung besar bila
Anwar memasukki UMNO kerana Anwar dapat dijadikannya satu "iklan Islam" untuk
melawan bukan sahaja PAS, malah pencabar anak raja di dalam UMNO. Begitulah
liciknya Mahathir .... kerana dia sanggup berpura-pura bertahun-tahun lamanya,
malah pernah mengisyaratkan beberapa kali bahawa Anwar adalah penggantinya.
Jika kita membaca al Quran - tentu kita akan terjumpa beberapa golongan yang
menentang Islam. Yang menarik, ada satu golongan yang akan diletakkan ke dalam api neraka disebelah yang bawah sekali. Golongan ini dinamakan golongan
munafiq. Antara sifat golongan ini ialah berdusta, memungkiri janji, khianat
bila diberi amanah, serta melampaui batas.
Orang UMNO akan menganggap Presiden mereka sebagai seorang yang mulia. Malah
orang PAS sendiri pun mungkin akan merasakan pemimpin mereka mulia juga.
Kita tidak mahu mempersoalkan pandangan dan perasaan mereka. Itu adalah hak
seseorang yang mempunyai perasaan dan pandangan. Namun demikian "pingat" itu
tidak boleh dijadikan satu "paspot" atau "lesen" untuk mengukur betapa
jujurnya seseorang. Ketaatan itu ada batas dan ada sempadan. Sebab itulah
makmum boleh menegur imam bila berlaku kesalahan mengikut kaedah yang
tertentu. Kaset "Terbang Bilik" oleh Ustaz Shamsuri ada menceritakan satu
kisah yang menarik mengenai seorang sahabat Nabi (saw) yang dilantik oleh
baginda sebagai ketua dalam satu peperangan kecil.
Ringkasan ceritanya begini: Setibanya di satu tempat, sahabat tersebut mengarahkan agar semua tentera muslim
mengumpulkan kayu dan membakar. Kemudian semua disuruh terjun kedalam api itu.
Maka terjadilah pelbagai pertukaran kata-kata. Ia berakhir dengan tidak ada seorang pun masuk kedalam api itu sehinggalah api itu padam. Bila mereka pulang,
maka bertanyalah sahabat2 kpd Nabi (saw) : Bagaimana mereka hendak mengikut
ketua yg baginda lantik ini jika dia menyuruh masuk dalam api? Maka Nabi (saw)
menjawab: Ketaatan itu hanya apabila ketua itu mengikut Allah dan RasulNya.
Mengikut Ustaz Shamsuri - kisah ini penting kerana walaupun sahabat itu dilantik
sendiri oleh Nabi (saw) menjadi ketua, tidak bermakna semua kata2nya boleh
diikut sembarangan. Ada batas dan ada sempadan.
ROYALTI ADALAH JANJI Royalti yang seharusnya dibayar oleh Petronas kpd kerajaan Negeri Terengganu
bukan sembarangan janji yang boleh dipermainkan sesuka hati. Ini adalah
kerana ia melibatkan sejumlah wang TUNAI yang tidak kurang banyaknya untuk
dimanfaatkannya kepada negeri yang mempunyai hasil bumi ini. Hasil
petroliam yang lumayan ini sewajarnya di hadiahkan sedikit kepada tuannya
dan rakyatnya, kerana tanpanya Petronas tidak layak untuk mengorek dan
menggerudi. Lagipun tanpa bumi Terengganu, apakah Petronas sanggup membina
satu bandar yang siap dengan segala loji dan menara H lagi ditengah2 laut
tanpa perlu berpijak sedikitpun dibumi kering Terengganu ini?
(Bersambung..) |