Laman Webantu KM2A1: 2814 File Size: 4.3 Kb * |
UMNO Semakin Agresif ? PGK 25 By Kapal Berita 19/9/2000 6:23 pm Tue |
Komen: Sebelum "ustaz" ini mahu membasuh PAS, bukankah lebih baik jika
dibasuh semua kekotoran dalam UMNO itu sendiri dulu. Bukankah
pemimpin UMNO sendiri masih tidak memahami Islam. Bukan itu sahaja,
malah mereka cuba pula untuk mengenakan idea mereka terhadap orang
lain. Tentu "ustaz" ini belum lupa bagaimana tudung kepala dianggap
tidak penting oleh Presiden UMNO kerana kononya "dalam lagi penting".
Bagaimana pula dengan komen penafsiran semua al Quran yang dicanangkan
oleh Presiden UMNO supaya ia "lebih sesuai"? Atau hudud yang digambarkan
sebagai "primitif" oleh orang yang sama. Bukankah kata-kata sebegini
merbahaya kerana boleh menjatuhkan syahadah? Ditambah pula dengan
merelakan pengaiban dan penghukuman ke atas Anwar tanpa mengambil kira
pandangan hukum syariah, siapakah yang "mengajar" rakyat menjadi
kurang ajar kepada tuntutan tuhan? Mengapakah TIDAK ADA SEPATAH PUN
diucap oleh PGK 25 ini untuk menegur Jenayah Mengaibkan Anwar -
sedangkan gejala ini lebih dahsyat dari jenayah pembunuhan.
Mengapakah PGK tidak membetulkan tudung wanita UMNO sedangkan
itu tuntutan wajib yang TIDAK ADA SESIAPA pun berhak menafikannya?
Apakah ini nilai-nilai Islam atau cuma sekadar satu pameran untuk
menggambarkan betapa "fahamnya" UMNO akan Islam? Atau ia cuma menjadi
satu pemerintahan yang bercorak slogan untuk memudahkan kekayaan rakyat
dapat diligan sambil berpura-pura menghayati Islam dengan membaca
sebaris dua doa? Sumber: Berita Hairan http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/Monday/National/20000918112110
KOTA BHARU, Ahad - Pasukan gerak khas yang dianggotai 25 tokoh agama
dan ulama, dijangka memulakan siri ceramah di Kelantan minggu depan, dalam
usaha menyedarkan rakyat di negeri itu mengenai penyelewengan dilakukan Pas
berhubung isu agama. Ketua Penerangan Umno negeri, Prof Madya Mohd Nor Deris, berkata ini dapat
dilaksanakan berikutan sebahagian besar anggota pasukan itu bekas tokoh
agama yang pernah berjuang bersama Pas di Kelantan.
Beliau berkata, mereka kini berjuang bersama Umno, sedia memberi penerangan
kepada rakyat negeri itu. ?Jika tiada masalah, pasukan 25 tokoh penceramah terbabit akan mengadakan
siri ceramah peringkat Kelantan minggu depan dengan penekanan terhadap isu
penyelewengan agama oleh Pas. ?Kita jangka tidak kurang lima hingga enam ceramah diadakan setiap malam,?
katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi di Selangor hari ini.
Antara tokoh yang dikenal pasti ialah bekas pemimpin Pas, Datuk Nakhaie
Ahmad; bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad:
bekas aktivis Pas, Omar Khalid; tokoh agama Pas, Azmi Mahsyar dan tokoh
muda bekas pemimpin pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Adnan Osman
selain beliau sendiri yang juga bekas Penasihat Dewan Ulama Pas Kelantan.
Mohd Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Nilam Puri, Universiti
Malaya pakar bidang perundangan Islam, turut serta dalam ceramah khas di
Selangor bermula semalam, membabitkan 17 kawasan. Siri ceramah itu diketuai
Nakhaie. Beliau mengulas penubuhan pasukan penceramah agama dan ulama yang
dianggotai 25 tokoh diketuai Nakhaie, kini Yang Dipertua Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia (Yadim). Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Mustapa Mohamed, dilaporkan
berkata pasukan itu diarah mengadakan gerakan ceramah di seluruh negara bagi
memberi penerangan kepada rakyat mengenai penyelewengan Pas yang
menabur fitnah dan menyebarkan dakyah menggunakan agama sehingga
memporak-perandakan umat Islam. Menurut Mustapa, selama ini Umno berdiam diri dan membiarkan Pas menabur
fitnah serta berbohong kepada rakyat dengan memainkan isu agama, termasuk
mengkafirkan orang Umno bagi menyemai perasaan bencikan kerajaan.
Mohd Nor berkata, menerusi ceramah itu rakyat Kelantan diharap dapat memahami bentuk penyelewengan dibawa Pas selama ini, sehingga menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam. |