Laman Webantu KM2A1: 2812 File Size: 9.8 Kb * |
TJ: B3 Penubuhan Kerajaan Yang Bersih By Marhain Tua 19/9/2000 6:11 pm Tue |
Fokus Khas; Bahagian III Walaupun situasi itu memeritkan, saya terpaksa mengeluarkan
satu kenyataan menyatakan bahawa sebagai seorang ahli
lembaga pengarah Malayan Airways, Tan telah gagal
melaksanakan tugasnya dengan telus. Saya telah memecatnya
daripada semua jawatan. Menteri Lim Kim San telah
memberitahu saya kemudiannya bagaimana Tan telah merasa
begitu hiba kerana telah disisihkan oleh masyarakat. Memang
saya pun merasa sedih dalam hal itu tetapi saya tidak
mempunyai jalan lain. Wee Toon Boon adalah seorang menteri dalam negeri bagi
kementerian alam sekitar. Pada 1975 dia telah melancong ke
Indonesia bersama ahli keluarganya dengan menggunakan tiket
yang dihadiahkan oleh seorang pemaju perumahan yang pernah
direkomenkannya kepada pegawai perkhidmatan awam. Malahan
beliau telah menerima hadiah satu banglo yang bernilai
S$500,000. Di samping itu beliau telah mendapat kemudahan
dua overdraf atas nama bapanya yang diberikan jaminan oleh
pemaju itu. Overdraf bernilai S$300,000 adalah bertujuan
untuk digunakan untuk spekulasi pembelian saham. Wee
merupakan seorang pemimpin kesatuan sekerja yang tidak
pro-komunis sejak 1950-an. Memang amat pedih bersemuka
dengannya dan mendengar segala alasan betapa beliau tidak
bersalah. Dia telah didakwa dan didapati bersalah dan
dihukum penjara selama empat tahun dan enam bulan. Dia
telah membuat rayuan. Hukuman tidak berubah tetapi
tempohnya telah dikurangkan selama 18 bulan.
Devan Nair yang ketika itu menjadi setiausaha agong
kesatuan NTUC memang rapat dengan Phey dan yakin Phey
tidak bersalah. Dia telah meminta CPIB menimbangkan kes
itu semula dengan berkata seorang insan yang tidak
bersalah sedang dipunahkan oleh sebab tuduhan palsu. Saya
tidak setuju dengan permintaan itu. Setelah menyemak kes
itu semula saya pun membenarkan CPIB meneruskan siasatan
mereka. Devan Nair memang terlalu yakin bahawa Phey tidak
bersalah dan tidak mahu kehilangan seorang pembantu yang
pintar dalam pergerakan kesatuan sekerja. Pada satu hari
Sabtu dia telah membincangkan perkara itu dengan penuh
perasaan. Saya pun menelefon pengarah CPIB di hadapannya
dan meminta beliau mendedahkan segala bukti yang ada di
tanganya itu kepada Nair sebaik sahaja kami selesai makan.
Setelah melihatkan barang bukti, Nair tidak pun menghubungi
saya. Phey telah bertindak melanggar ikat jamin itu ,
akibatnya dua orang yang mengikat jamin terpaksa kerugian
$50,000 apabila dia tidak muncul semula. Kali terakhir
yang kami denganr mengenainya menyebut yang beliau berada
di Thailand sebagai orang buruan. Di sana dia terus menjadi
mangsa kepada peras-ugut pihak kastam dan imigresen.
Sogokan wang itu berlaku di antara 1981 hingga 1982. Dia
telah menafikan kes itu dan telah cuba berunding dengan
penolong pengarah kanan CPIB agar kes itu ditutup sahaja.
Setiausaha kabinet telah melaporkan hal ini kepada saya
dan menyatakan betapa Teh telah meminta izin untuk berjumpa
dengan saya. Saya memberi jawapan bahawa saya tidak dapat
berjumpa dengannya selagi penyiasatan belum selesai. Satu
minggu kemudian, pada pagi 15 disember, 1986 pegawai
keselamatan saya telah membuat laporan betapa Teh telah
mati dan meninggalkan satu surat untuk saya.
Saya berasa sungguh kecewa dan sedih sejak dua minggu yang
berlalu. Saya bertanggungjawab keatas kejadian yagn
sungguh malang dan berasa saya patut menerima tanggungjawab
itu. Sebargi serong manusia timur, saya rasa adalah memang
patut kalau saya menerima balasan kepada kesilapan besar
yang pernah saya lakukan itu. Yang mengikut perintah, Saya telah membuat kunjungan ke rumah Teh yang diletakkan
di atas katilnya dan berjumpa dengan balu beliau. Dia
telah menyatakan betapa Teh telah berkhidmat degnan
kerajaan sepanjang hayatnya dan mahu mengekalkan harga
dirinya. Dia telah meminta kalau siasatan koroner boleh
diketepikan. Perkara in hanya mungkin kalau dia dapat
satu surat daripada seorang doktor yang mengesahkan
bahawa beliau mati kerana perkara biasa. Kerana tidak
boleh dielakkan, satu siastan koroner diadakan juga. Hasil
sisatan menunjukkan beliau telah membunuh diri dengan
memakan sodium amytal secara berlebihan. Pihak pembangkang
telah mengungkit kisah ini di parlimen dan mahukan satu
suruhanjaya sisatan. Saya memang mudah bersetuju dengan
permintaan ini. Impaknya ia mendedahkan banyak lagi
perkara yang menyakitkan balu dan anak perempuan si mati
itu. Tidak berapa lama kemudian mereka telah keluar
daripada Singapura dan tidak pernah kembali semula kerana
menanggung malu ayng amat dahsyat.
>>>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<
|