Laman Webantu KM2A1: 2811 File Size: 6.3 Kb * |
TJ: B2 Penubuhan Kerajaan Yang Bersih By Marhain Tua 19/9/2000 4:16 pm Tue |
Fokus Khas; Bermula di hari pertama kami melaksanakan tugas rasmi pada
Jun 1959, setiap satu dollar yang kami terima sebagai
hasil negara direkodkan dalam akaun dengan betul. Kami
juga menentukan setiap dolar itu akan mendatangkan faedah
kepada setiap insan di akar umbi dengan nilainya tetap
setara satu dolar tanpa ada sebahagian darinya yang disauk
dalam perjalanan merapati sasarannya. Di tahap awal lagi
kami telah memberikan perhatian untuk menangani masalah
yang timbul daripada discretionary powers (kuasa yang
bergantung kepada kebijaksanaan), untuk mengelakkan
sebarang salahlaku disebabkan kuasa yang samar tercetus
darinya . Sekaligus kami berupaya menentukan cara dan
kaedah untuk mengikis masalah itu sehingga mampu
menyingkirkan kemudahan pengamalnya. Kami mengambil keputusan untuk memberikan perhatian
terhadap kumpulan jerung di kalangan atasan dan
mengarahkan CPIB untuk memberi fokus terhadap prioriti
ini. Kumpulan ikan sepat pula ditangani dengan cara
memudahkan lagi segala prosudur yang ada dan diperbaiki
dengan cara menerbitkan panduan bertulis yang jelas.
Tindakan ini termasuklah memansuhkan keperluan mengeluarkan
permit dan kelulusan dalam pelbagai bidang. Sambil kami
menghadapi masalah dalam menjatuhkan hukuman ketika
pendakwaan, kami pun melakukan perubahan dalam perundangan
secara bertahap. Pada 1960, kami telah merombak undang-undang pencegahan
rasuah dan telah memberi tafsiran yang lebih luas terhadap
imbohan untk mengambil kira apa saja yang bernilai.
Pindaan in telah memberikan kusa yang lebih luas kepda
para penyiasat, termasuk penahanan dan pemeriksaan dan
penyelidikan ke atas akaun bank, buku simpanan sesiapa
yang disyakki itu termasuk isteri mereka, anak-anak dan
agen mereka. Tiak lagi menjadi satu masalah untuk
membuktikan bahawa insan yang menerima rasuah itu adalah
dalam satu kedudukan untuk menerimanya. Penguatkuasa
cukai pendapatan dimestikan memberi maklumat terhdap
sesiapa yang disiasat. Undang-undang yang ada ketika itu
tidak mengambil kira pembabitan seseorang yang bersubahat
kerana ketiadaan bukti yang sah telah ditukarkan untuk
membolehkan hakim menerima pengakuan seorang yang
bersubahat. Pada tahun 1963, kami keluarkan undang-undang yang
memestikan (obligatory-Ed.) sesiapa sahaja yang diperlukan menjadi saksi
kepada CPIB, menghadirkan dirinya untuk memberikan
maklumat yang diperlukan. Pada 1989, denda maksimum kepada
sesuatu jenis korupsi telah dinaikkan daripada S$10,000
kepada S$100,000. Memberikan maklumat palsu ataupun
maklumat yang songsang kepada CPIB menjadi satu
kesalahan yang melibatkan hukum penjara dan denda sehingga
S$10,000. Mahakamah juga diberi kuasa merampas sebarang
faedah yang terbit daripada korupsi. Pegawai kastam menerima wang soggok sebagai imbohan untuk
mempercepatkan pemeriksaan ke atas kenderaan yang membawa
barangan lari-cukai. Pegawai yang bertugas di Pusat
Bekalan (jabatan perolehan kerajaan) membocorkan maklumat
mengenai harga tender kerana mereka disogok. Pegawai di
jabatan impot dan ekspot menerima wang sogok untuk
mempercepatkan pengeluaran permit. Para kontraktor
menyogok kerani kawasan tapak untuk memudahkan kerja
menanam cerucuk. Pekerja awam yang mengangkut sampah di
upah oleh pekedai dan para penghuni rumah perumahan
untuk mengangkut sampah sarap mereka. Pengetua dan
guru-guru sekolah di sekolah Cina menerima komisen
daripada pembekal peralatan. Kebijaksanaan manusia memang
tidak ada hadnya dalam menyalahgunakan kuasa dan kepintaran
untuk kepentingan dirinya.
|