Laman Webantu KM2A1: 2810 File Size: 7.2 Kb * |
TJ: B1 Penubuhan Kerajaan Yang Bersih By Marhain Tua 19/9/2000 5:28 pm Tue |
Fokus Khas; Saudara-saudara Ydh: Saya lakukan bahagian-bahagian terjemahan itu mengikut
selera sendiri dengan anggapan para pembaca mungkin mahu
membuat salinan dan mengirimkannya kepada orang lain.
-MT- Pernah satu ketika selepas peperangan di England dulu, saya
bertemu dengan beberapa pelajar daripada China yang amat
bersemangat mahu menyingkirkan pemimpin mereka yang
sungguh korup dan tidak cekap mentadbir. Keadaan inflasi
di negara mereka sungguh menggunung tingginya dan
peristiwa rompakan harta benda yang terus mengganas,
menyebabkan ramai pemimpin Nasionalis Cina itu yang
melarikan diri ke Taiwan. Sikap para pemimpin yang mudah
disuap dan sogokkan wang telah mencetuskan perasaan jijik
di kalangan sebilangan besar pelajar sekolah Cina di
Singapura sehinggakan ramai yang cenderung kepada
perjuangan komunisma. Pelajar-pelajar ini nampak akan
contoh-contoh perjungan yang ditonjolkan oleh para
pemimpin komunis itu yang amat bersabar, berdedikasi,
tidak tamak dan tidak mementingkan diri sendiri sehinggakan
perwatakan itu menjadi satu ikutan dan kepercayaan hidup
ramai pengkagumnya ketika itu. Sebelum berlansungnya pilihanraya umum May 1959 kami ada
membuat satu keputusan yang penting yang menyerlahkan
pendirian kami mengenai korupsi. Kerajaan Lim Yew Hock
(1956-1959) sudah menjadi korup ketika itu. Menteri
pendidikan beliau, Chew Swee Kee, pernah menerima wang
sogok berjumlah S$1 juta daripada sumber yang berasal
daripada Amerika sebagai kos memerangi pengaruh komunis
dalam pilihanraya umum (pemilu) itu. Terdapat juga
beberapa desas-desus betapa adanya sogokkan yang lebih
kecil sedikit untuk sebab-sebab yang remeh. Kami memang
tidak berapa yakin di pemilu itu kerana kami merasakan
belum berapa bersedia dan juga tidak berapa mantap dalam
susunan organisasi memerangi pengaruh komunis yang
memang dijangka akan mengganyang kami sebaik sahaja kami
berjaya menubuhkan sebuah kerajaan. Tetapi kami tidak mahu
memberikan ruang kepada sekumpulan penyangak untuk
berkuasa semula selama lima tahun lagi kerana mereka
suadah pasti akan berjaya mengotori minda pegawai
perkhidmatan awam yang masih lagi jujur dalam tugas
mereka. Kalaulah perkara ini dibiarkan bererti kami tidak
lagi akan berjaya memperbaikki sistem yang tercemar. Kerana
itu kami membuat keputusan untuk terus melawan.
Kami mempunyai satu missi yang besar untuk mewujudkan satu
pentadbiran kerajaan yang bersih dan berkesan. Ketika
mengangkat ikrar sumpah setia pada 1959 itu, kami telah
mengenakan pakaian serba putih sebagai lambang kejujuran
dan keikhlasan dalam tingkah laku kami secara peribadi
dan juga dari segi melayani rakyat. Rakyat memang
mengharapkan perkara ini dan kami berazam tidak akan
menghampakan mereka. Pihak yang pro-komunis telah
mengenakan pakaian yang menayangkan imej carahidup mereka
(seluar dan lengan baju yang lusuh), pergerakan mereka
adalah dengan menggunakan bas dan teksi, tempat tidur
mereka selalunya di bahagian bilik belakang rumah
persatuan. Mereka berpendidikan daripada sekolah Cina.
|