Laman Webantu KM2A1: 2809 File Size: 5.4 Kb * |
Pelik SIkit - Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus..!! By Amin Sapiro 18/9/2000 8:45 pm Mon |
Amin Sapiro (takut jerung)
PELIK SIKIT - KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS..!!
SEBAGAI rakyat, kita tidak akan menolak saranan kerajaan yang bercadang
mewujudkan kelab-kelab Rukun Negara di sekolah dan memberi keutamaan
kepada persatuan yang ahlinya terdiri pelbagai kaum akan mempercepatkan
penyatuan sebuah bangsa Malaysia. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik mengulas positif cadangan TPM
Abdullah Ahmad Badawi tersebut. Memang tepat dan tidak harus disangkal
jika itu tujuannya. Sesungguhnya itu adalah cadangan yang baik.
Dikatakan baik kerana sudah kita lihat bagaimana seorang Perdana Menteri
menggulung ucapan ulangtahun Kemerdekaan negara dengan tuduhan paling
memalukan rakyat. Dr. Mahathir menuduh ada pihak seperti komunis - satu
tuduhan yang amat jijik. Rukun Negara menyebut dengan jelas tentang ?kepatuhan terhadap
undang-undang? dan ?keluhuran budi?. Sekaligus dalam kepala kita
mengingati peristiwa bagaimana Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri
meletakkan dirinya ?mengatasi undang-undang?. Luhurkah budi beliau
dengan menghukum dulu sebelum membicarakan orang yang dituduh.
Ah?..SANDIWARA lah! Perhatikan ini: Saman mahkamah telah disampaikan berulangkali kepada
beliau untuk menjadi saksi dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar. Tetapi
beliau memilih untuk memaksa hakim terbabit berhujah supaya Mahathir tidak
diheret ke mahkamah. Mahathir berselindung disebalik kuasa. Adakah beliau seorang yang mematuhi
undang-undang rakyat? Tidak Mahathir memperseda udang-udang? Rakyat
nampak gejala ugut-paksa dan pemakaian undang-undang mengikut si
Perdana Menteri ini saja. Dengan itu bermakna orang paling wajib menganggotai ?Kelab Rukun
Negara? itu ialah Dr. Mahathir sendiri.
Sepatah kata Dr. Ling Leong Sik, ?bermula dari kepala, ikan itu akan
membusuk satu badan?. Dari apa yang dilihat rakyat ialah, yang tidak patuh
undang-undang adalah ?kepala ikan? yang sedang membusuk ini. Tepatlah
sekarang, seluruh pemimpin dan kakitangan awam yang
dipertanggungajawabkan melaksanakan undang-undang dalam regim
Mahathir sudah mengalami ?busuk satu badan?.
Memang tidak dipertikaikan bahawa cadangan itu merupakan langkah terbaik
untuk membina sebuah bangsa yang mampu bekerjasama, dinamis dan
berkesan untuk kemajuan negara. Tetapi rakyat sudah jauh lebih maklum, segala rasuah dan penyelewengan
yang berlaku secara berleluasa kini bukan dilakukan oleh nelayan pantai,
penoreh getah, pesawah atau pekerja ladang. Orang politiklah yang paling
hebat ?berasak-asak? melakukan ?nepotisma, kronisma dan korupsi?,
penyelewengan, pecah amanah dan membelakangi undang-undang.
Dengan itu nampak jelas sekarang, cadangan yang baik itu tepat sekali
seperti peribahasa Melayu iaitu ?BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK
BERJALAN LURUS?. Anak-anak rakyat di sekolah dan majoriti ibubapa mereka adalah rakyat biasa
yang patuh unang-undang. Tetapi dalam hidup seharian, mereka berhadapan
dengan sebuah regim yang melalukan penyelewengan.
Bermakna rakyat hidup dalam perkeliling dan persekitaran yang terus
tercemar. Bagaimana jika mereka boleh hidup tenteram dan aman sekiranya
mereka hidup dalam pencemaran yang merosakkan minda mereka? Mereka
hidup dalam bau ?kepala ikan busuk?..?? (Kerja bangang?.!!)
Rakyat tidak menyangkal kebaikan saranan ini. Sebaliknya ia harus disokong
oleh semua pihak. Tetapi yang paling penting ialah pemimpin politik kerajaan
yang mentadbir negara ini lebih wajib memperlajari dan mengahayati
semangat yang terkandung didalamnya.
Berasaskan pelbagai karenah busuk dan kelakuan maksiat yang menjadi
amalan biasa pemimpin politk yang berjawatan kerajaan, yang kesemua
mereka cukup cenderung meruntuhkan norma, budaya dan hayatan agama
yang dianuti rakyat; adalah lebih perlu pemimpin politik UMNO sendiri belajar
dan menghayati dari perkara pertama Rukun Islam dan Fardhu Ain -
seterusnya Rukun Negara!! Bagaimana kalau tubuhkan Kelab Rukun Negara untuk pemimpin UMNO/BN
berjawatan kerajaan yang dikendalikan khas oleh Pembangkang? Dengan itu
pemimpin dalam regim Mahathir (termasuk Mahathir sendiri) akan dilatih
menghayati konsep ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan
Kezaliman??..!! Kan? Kan? Kan? Hehehe?.
Amin Sapiro |