Laman Webantu KM2A1: 2805 File Size: 12.9 Kb * |
B1: Sorong Papan Tarik Papan By Wartawan Pencen 18/9/2000 10:12 am Mon |
Umumnya pada hari2 cuti terdapat kekurangan berita. Jadi ada baiknya jika
kita cuba mengupas (sedikit cuma) isu2 yang telah berlalu yang mungkin menyerlah pula
menjelang sehari dua. Saya masih mengarang rencana sebagai teman KTLBELB Bab 29 yang lalu dan masih
terkial2 kerana kesuntukkan masa. Saya sengaja kurang mengulas bab royalti
kerana menyimpan idea untuk dikirim sebagai pengalas siri KTLBELB.
Untuk sementara waktu terjumpa pula satu rencana lalu saya terjemahkan di sini.
Ianya adalah sebahagian sahaja kerana rencana asal berbahasa inggeris itu agak
kurang mutu dan persembahannya. Oleh itu rencana di bawah ini lebih merupakan
satu karya di atas karya: Tindakan baru kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir untuk mengawal bayaran royalti
minyak bernilai berjuta2, kepada kerajaan negeri Terengganu menjadi satu isu
yang tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah merupakan antara serangan yang
bertalu2 ditujukan kepada kerajaan yang baru itu. Kalau dulunya isu menutup
kepala dan cukai kharaj dijadikan peluru, kini amanat yang bertahun lalu serta
royalti pula dijadikan bomb untuk memusnahkan pentadbiran negeri itu.
Soalnya apakah serangan2 ini akan memulangkan kemenangan kepada perancangnya
ataupun semakin menambahkan malang yang belum serik menimpa rakyatnya yang
bertahun2 dibebani hutang dan kemiskinan walau pun sumber aslinya dapat membina
menara yang sentiasa menjadi fokus si kanta kamera kerana besarnya huruf "H"
(hutang) yang cuba ditayangkan? YANG MENULIS DAN YANG MENGGURIS
Setengah penulis lebih berminat untuk mentafsirkan gerak geri pemimpin
PAS sebagai bermotifkan sokongan. PAS ditulis dan digambarkan seolah2 sebuah
parti yang sentiasa mencari peluang dan menggunakan kesempatan untuk
kepentingan dirinya sendiri. Maka disebutlah PAS menggunakan ugama sebagai
topeng untuk berkuasa dan memungut derma. Apakah benar sebagaimana kata atau
hanya menulis untuk mencari populariti yang sampai bila pun tiada penghujungnya?
Apabila kita mahu menegur sesebuah parti kita harus melihat siapakah
yang menubuhkannya terlebih dahulu dan apakah acuan serta asas yang menjadi
asam garam perjuangan mereka. Inilah ilmu sains politik yang sebenarnya
bukan nya sekadar menggarap berita sembarangan untuk diulas sambil menjaja
nama penulis merata-rata dengan hiasan bunga dan madah yang panjang berjela.
Penulisan ini bukan bermaksud untuk menyokong atau menyondong kepada sesiapa.
Tetapi ia mahu setiap yang hak diletakkan ditempat yang sewajarnya.
PERMULAAN ASAS PENILAIAN Sejak merdeka sudah berpuluh parti yang muncul tetapi tenggelam kemudiannya
ditelan gelombang berita dan arus dunia. Ada yang mati tapi hidup semula
dengan orang yang sama dengan nama yang berbeda. Ada juga yang terbakar tetapi
muncul selepas disambung semula untuk bila dipinang dengan dengan hantaran
yang berjanjikan kekata berbunga kuasa.
PAS pernah menang hanya satu kerusi sahaja tetapi tetap berjuang meredah ribut
dan segala tofan yang ada. Beberapa pemimpinnya gugur diserang dengan senapang
dan senjata tajam tetapi sampai kini penjenayahnya masih bebas menikmati madu
ditampuk kekuasaan. Balu2 dan anak2 pemimpin PAS yang meninggal itu pula
ditimpa dengan pelbagai duka dan lara yang tidak berkesudahan bila hak
mereka dinafikan dengan beribu alasan. Dengan perbicaraan mahkamah yang asyik
tidak menemui kesudahan, luka dan sengsara hanyut dan tenggelam dalam suasana
yang sunngguh menyayatkan. Rupa2nya harta2 peninggalan pejuang2 yang gugur ini telah disembunyikan oleh
petualang yang kita sendiri tahu sedang bergayut digenting yang penuh dengan
kasino sambil dibuai oleh minuman khayalan. Sudah tentu dia tidak menemui
haramnya arak kerana khayalnya sudah terlalu mendalam. Begitu juga dengan
rakannya yang masih hitam tapi berpura-pura pula menjadi putih memegang jawatan
sebagai juara hak-hak kemanusiaan. Bukankah ini semua satu perlantikkan yang
cuba memperlekehkan keadilan dan kemanusiaan? Bagaimana pula dengan bos
mereka yang masih tebal muka walaupun dikutuk dimerata dunia dan ditendang
oleh satu majlis anjuran gabungan persatuan islam di satu benua di saat dia
amat memerlukan ?. SAMSENG YANG TIDAK PUTUS-PUTUS
Alangkah malangnya negeri Terengganu, sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai
hasil tetapi muncul pula sebagai negeri yang paling teruk menjadi tamu kepada
jenayah koporat yang rugi memanjang walaupun ketika negara tidak diancam
merudumnya saham dan ekonomi menjunam. Alasan nilai yen dikatakan penyebab
malang walaupun industri lain di negara ini yang bergantung kepada nilai yen
masih dapat makmur tanpa hutang dan suntikan dana penyelamatan. (pinjam style
MT..:) ) Umno yang telah sekian lamanya berkuasa di situ gagal membuahkan satu formula
untuk menghidupkan taraf hidup rakyat yang serba dhaif dinegeri yang
banyak rakyatnya bergantung harapan kepada pantai lautnya yang membuahkan
industri ikan dan keropok ikan. Sebaliknya umno menghantar pula formula2 yang meranapkan lagi nasib rakyat
Terengganu yang sudah malang itu. Rakyat Terengganu dihadiahkan dengan
menghantar Yusof Nor yang kita tahu amat "pandai" bermain wang BaitulMal
sehingga berjuta lebur sekelip mata angkara "fatwa" nya yang sampai kini
tiada sesiapa yang dapat mendakwa. Atau Wan Mokhtar yang begitu pakar
menguruskan wang sehingga banyak anak syarikat kerajaan negeri berhutang
keliling pinggang serta "hidup pun segan mati pula tak mahu" umpama
nyawa-nyawa ikan. Tidak lupa juga seorang samseng yang menghilangkan diri bila rakyat menjadi
curiga dan pihak akauntan datang memeriksa akaun pejabatnya. Bukankah dia asyik
menulis chek untuk dimasukkan ke dalam sakunya sendiri sambil bergaya menulis
bil berjuta2 dengan tangan kirinya pula. Sudah pasti ia diiring pula dengan
satu ketawa yang amat panjang bunyinya memikirkan betapa mudahnya beliau
mengambil wang tanpa perlu bimbang pihak polis atau BPR datang kerana wang
yang berbillion itu akan membuatkan mata mereka semua itu terpejam. Kini beliau
muncul kembali kerana yang ditakutinya itu sudah pun dihumban ke sel di Sungai
Buloh tiada upaya untuk mengesan dan menggeledah dokumen asalnya yang memang
pincang. KRONI PUTRA YANG ISTIMEWA Apabila misi menyelamatkan Perwaja dilancarkan Eric Chua menjadi orang
pilihan kononnya ia pakar membangunkan satu projek yang sudah pengsan.
Maka dia begitu senang mendapat wang kerana semua pegawai bank terpaksa akur
arahan menjaminnya sakan. Ditambah pula dengan wang royalti yang sentiasa
bersedia untuk menyuntik bila tangki akaunnya kering kontang, dia semakin
naik minyak sehingga berbillion "hilang tanpa dapat dikesan". Kini wang itu
tiba2 diberitakan menyusup di bank Switzerland tetapi mengapa pula makalah
umno yang menjadi "polis" untuk dilapurkan penemuan "hebat" BPR itu? Apakah
ini seolah2 mahu memberi isyarat awal bahawa perompak itu memang bukan keparat
kroni parti kebangsaan sehingga begitu gopoh ia didedahkan? Tidakkah tindakkan
ini menggambarkan bukti itu seolah2 sengaja diletak dan dirancangkan
sebagaimana Ibrahim Ali menemui kaset "bunuh" di meja sekolah di negeri yang
dikuasai pembangkang... PAS memenangi 2 negeri di pantai timur dan ia kini semakin mendapat
sambutan diperingkat kebangsaan. Fenomena ini menghantar satu isyarat
loceng amaran kepada pakatan BN yg mana umno adalah salah satu komponennya
yg terbesar. Umno menganggap dirinya sebagai pejuang ketuanan orang melayu. Tetapi
keputusan pilihanraya yang lalu menunjukkan umno adalah kumpulan individu
yang paling dibenci oleh orang melayu! Ia tumpas di dua negeri yang dominannya
pengundi melayu.... namun umno masih tidak mahu merasa malu. Ia merasakan
ia lah jaguh pembela nasib melayu padahal ia gagal segagalnya untuk membela
timbalan presidennya sendiri dengan berdasarkan satu tuduhan yang tidak laku
serta tidak layak disebut disisi Islam kerana pincangnya bukti dan butiran
pendakwaan. SOKONGAN KELAS MENENGAH MELAYU
Malangnya bagi umno, tindakan demi tindakan yang diolah oleh presiden nya
semakin menghilangkan kekuatan umno sendiri. Kini umno sudah semakin kehilangan
kepercayaan orang Melayu kelas pertengahan pula. Golongan ini dirasakan muncul kerana jasa umno dan program2nya. Apabila Anwar dijatuhkan hukuman, orang
melayu semakin memarahi umno secara diam2. Hasilnya perayaan merdeka tempoh
hari berlalu tanpa semangat yang tinggi menjulang, sebaliknya satu kesedihan
serta perasaan aib yang amat panjang terbenam di lubuk hati yang kelam.
Bantahan demi bantahan disuarakan oleh hampir semua pemimpin besar dunia
menggambarkan sistem kehakiman negara ini sudah terlalu jijik dan tercemar.
Sudah tentu rakyat hakim negara ini yang waras akan menyimpan satu "pukulan"
maut bila diberikan kesempatan dan ruang. Maka umno jangan menyesal jika
ia kecundang kerana hati rakyat yang terluka ini sudah sukar untuk diubatkan.
UMNO amat bergantung harapan kepada golongan elit dan menengah yang menikmati
pelbagai kekayaan serta kemudahan di negara ini. Akan tetapi golongan ini sudah
berpaling tadah kepada PAS kerana PAS lebih menyakinkan ketulusannya. UMNO
sengaja membunuh dirinya sendiri dengan menukar2 perjanjian sesuka hati sambil
meliwat undang2 yang ada dengan pelbagai alasan yang menyebabkan dunia pelabur
antarabangsa menggeleng kepala betapa mudahnya ia mencari alasan untuk
menghukum barang sesiapa dengan sewenang-wenangnya.
Terdapat beberapa sebab mengapa isu royalti ini membimbangkan analis:
SORONG PAPAN TARIK PAPAN Mahathir sewajarnya sedar bahawa rakyat tidak boleh diajar dengan
gertakkan wang kerana mereka memang sudah lama tidak berwang! Bukankah
hutang kerajaan BN yang lalu itu rakyat Terengannu yang terpaksa tanggungkan?
Belum sejam kerajaan baru BA memerintah di Terengganu, mereka sudah bebas tanpa
membayar tol di jalanan! Mereka juga tidak perlu bimbang cukai pintu bertunggak-tunggakkan.
Yang mereka risau hanyalah hutang bertimbun kerajaan BN yang tidak
dilangsaikan sedangkan royaltinya mencecah angka beratus jutaan. Yang mereka heran ialah Perwaja yang masih dibela bernyawa walaupun sakit berhutang dan
rugi memanjang. Kekayaan negeri dipersiakan dan dicanak sesuka hati oleh datuk2
dan menteri. Apabila Perwaja rugi, tidak ada seorang pun dapat ditangkap
hingga ke hari ini walaupun polis malaysia memang terkenal dengan kecekapannya
sehingga boleh pengsan atau mati seseorang itu disiasatnya. Sebaliknya ia
dibiarkan bernyawa kerana hendak menjaga imej dan nama tuannya yang kini
semakin sewel dan hilang siuman. Nasib Perwaja berakhir dengan bertukarnya tangan supaya pengganasnya dapat
bebas dan mencuci tangan sambil tersenyum melambai tangan di awang-awangan.....
|