Laman Webantu KM2A1: 2803 File Size: 2.2 Kb * |
Buat FAO sahaja - Penulis Yang Berjurai By Pujangga 17/9/2000 10:45 pm Sun |
Malah, ada juga pembuangnya dari spesis yang tidak kurang
juga lebih sampah dari sampah yang dibuangnya. Jika FAO mahu
mengukur panjangnya dunia, ia seharusnya bermula dengan
pita yang panjang berjela. Sekaligus, jika tulisan mahu
ditulis untuk menyembah gaji yang tak seberapa, ia lebih
wajar dipaparkan kepada diktator tua kerana ganjarannya
sudah cukup untuk membayar ego yang tidak pernah mengenal
penghujungnya. Inikan pula persembahan kata yang ditulis
bercampur cerca sedangkan sejarah dirimu masih mentah
umpama bayi yang lahir yang perlu ditatah kerana asyik
menangis mencari perhatian si ibu untuk dibela.
Penulis yang berkaliber tidak menulis untuk memanggil
belaian siibu itu. Jauh sekali sebarang pingat dan
penghormatan untuk mengejar nama yang terlakar. Sebaliknya
mereka dicari pembaca tanpa perlu meraung-raung mencecah
sunyi di alam maya. Mereka tidak perlu rumah maya atau
majalah cetak yang pelbagai warna kulit hiasannya. Atau
prestij laman web yang mendabik dada dengan pelawatnya
berbilang bangsa. Sebaliknya ia tersemat di jiwa setiap pembacanya yang sudah arif dan bercinta dengan gaya dan teknik penulisannya. Biar kemana pun mereka berada, mereka dicari walaupun di laman yang terpaling kurang sambutannya atau di pasar yang FAO sendiri tidak layak menjejakinya. Itulah sebenarnya permata kerana ia meniti dibibir pembaca, bukannya berlagak menghiasai laman yang besar belanja membuatnya! |