Laman Webantu KM2A1: 2802 File Size: 9.0 Kb * |
B2: Mahathir..!! Letaklah Jawatan Sebelum Anda Disingkirkan..!! By Amin Sapiro 17/9/2000 10:09 pm Sun |
Gelombang Politik Kian Membadai UMNO/BN
Pergolak politik Malaysia akan menjadi isu mutlak atas asas-asas yang rapat
hubungannya dengan keselesaan orang Melayu terhadap UMNO.
Elemen kedua: Kaum Cina akan hanya menyokong BN selagi mereka tidak
dinafikan budaya, bahasa dan pendidikan, dan usaha mereka di bidang
ekonomi. Elemen PAS sebagai "fall back position" bagai orang Melayu adalah
penting diperhatikan. Dan perkembangan Islam sebagai wadah yang menjadi
asas perjuangan orang Melayu yang terangkum dalam pergolakan politik
orang Melayu, tidak boleh dipermudah; jika sesebuah parti politik di negara
ini mahu "survive"..!! Disinilah Mahathir dan UMNO melakukan silap besar. Kesilapan ini sudah
terlalu sukar diselesaikan. Bagai segumpal benang yang kusut, Mahathir dan
UMNO sekarang sedang dikepompongi dalam bungkah kekusutan benang
segumpal itu. Mahathir Punca Kekusutan Politik Negara
Mahathir cuba mencari punca kekusutan simpulan itu. Tetapi makin ditarik
makin gumpalan itu ?tersimpul mati?. Kini Mahathir dan UMNO sudah
terperangkap didalam gumpalan benang kusut itu bagai ?anak rama-rama?
dalam jalinan kepompong ?ulat sutera?. Masalah sebenar berada dalam
UMNO/BN sendiri dan seluruh pemimpin mereka yang sudah terperangkap di
dalamnya. Sebagai satu kenyataan, walaupun dari aspek politik orang Melayu mampu
bertahan, namun Dr. Mahathir seperti terpukau dengan ledakan ekonomi
serantau yang berlaku secara kebetulan. Beliau lupa bahawa struktur
ekonomi Malaysia umumnya dan penyertaan orang Melayu dibidang
keusahawanan amat rapuh dan tipis bagai ?kulit bawang? (sebagai contoh
benar). Dr. Mahathir melupakan tanggungjawab seperti yang diamanahkan rakyat.
Beliau tidak menyangka bahawa roda ekonomi cepat berubah dalam putaran
yang diluar kuasa sesiapa. Mahathir dan sekongkolnya terjebak dalam riak
nafsu ?bermewah-mewah? dan merancang ekonomi mengikut ?impian nafsu?
seorang yang ?mabok tuak?. Ratusan billion wang rakyat dan khazanah hasil
PTERONAS digunakan untuk mencapai impian ?gila-sewel? si tua ini!!
"Supremacy" UMNO Terbabas Sementara ?supremacy? UMNO per se meningkat begitu hebat, Dr.
Mahathir telah cuba mengambil kesempatan peribadi dengan sengaja
melaksanakan dasar ?Nepotisma dan Kronisma?. Sikap Dr. Mahathir ini telah
menyebabkan DS Anwar (yang berpandangan jauh) telah menentang dasar
?Nepotisma dan Kronisma? Dr. Mahathir.
Gejala ini menyebabkan Anwar makin tidak seiringan dengan Mahathir.
Beliau yang memang sejak awal berjinak-jinak dengan politik marhain (sejak
zaman pelajar) beriltizam kuat untuk membasmi ?Rasuah dan
Penyelewengan? dan ?politik wang? dikalangan pemimpin kerajaan.
Anwar makin sedar bahawa rasuah dalam UMNO/BN (kesan dari penglibatan
Mahathir dengan sekongkol tajaannya) telah begitu menular. Anwar dan
rakyat nampak bahawa gejala ini telah memakan ke urat-nadi ekonomi dan
keusahawanan rakyat massa. Beliau bertegas: Jika dibiarkan berleluasa lebih
lama, gejala ini akan mewujudkan satu golongan ?elit UMNO/BN? yang akan
menjadi racun bakal meruntuhkan sebuah negara majumuk berbilang kaum
seperti Malaysia. Akhirnya pelbagai masalah ekonomi yang sangat menyulitkan negara dan
rakyat berlaku diluar jangkaan. Anwar nampak bahawa ini adalah
?by-product? yang amat buruk terhasil dari budaya masyarakat dan
pemimpin politik UMNO/BN yang telah menjadi dasar dan amalan Dr.
Mahathir selama ini. REFORMASI - Sesuatu Yang Afdhal
Dengan segala kesungguhan hati, Anwar mengambil risiko yang amat tinggi
dengan mencetuskan konsep ?REFORMASI? dalam pelbagai bidang dan
institusi kerajaan. Itulah saja ?jalan penyelamat?.
Malangnya, Dr. Mahathir, anak-beranak, suku-sakat, kroni-peroksinya
terlalu jauh terjebak dalam ?tangki bernajis? dasar ?Nepotisma, Kronisma dan
Korupsi? yang sedang dipelopori dan dibendung oleh Dr. Mahathir sendiri.
Bermakna Anwar berhadapan dengan pelbagai ?impossibilities? yang
mengancam karier beliau. Tetapi, kerana beliau seorang pejuang rakyat,
risiko yang bakal dihadapai beliau diyakininya pasti dihayati rakyat. Sebagai
satu amanah, beliau terpaksa melakukan bagi menyelamatkan rakyat. Bagi
beliau itu adalah amanah dan melakukannya ada suatu jihad.
Beliau cuba bertindak secara waspada. Malangnya, pihak yang
berkepentingan besar (seperti Daim, kelompok pemimpin UMNO yang
terjebak dengan rasuah, penyelewengan dan pecah amanah), dan
kroni-proksi Mahdthir-Daim yang rakus-tamak merasa ?tepi kain? mereka
akan terbakar. Kesimpulan mereka, Anwar MESTI disingkirkan. Mereka mencetuskan konsep
?Konspirasi Politk Mega? yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara
ini. Krisis Kewangan Membongkar Segala
Keadaan buruk seperti yang dijangkakan Anwar makin jelas berlaku setelah
krisis nilai matawang terjadi. Sebagai Menteri Kewangan, Anwar dan
pakar-pakar ekonomi tempatan sudah nampak bahawa kerapuhan ekonomi
adalah berpunca dari sikap Mahathir (sebagai PM berkuasa mutlak yang
diaugerahkan oleh majoriti pemimpin UMNO yang ghairah) yang semakin ego
tidak mahu mendengar nasihat sesiapa.
Dr. Mahathir yang makin jauh tenggelam dalam ?tangki najis? (cess-pool)
rasuah bernilai puluhan billion MR, merasa diri beliau sebagai PM makin
tersepit dan hilang kewibawaan. Dr. Mahathir sudah makin dibayangkan rakyat sebagai tidak layak lagi untuk
meneruskan penerajuan politik rakyat. Keresahan rakyat makin ?menggila?.
Timbul bisik-bisik lantang dikalangan rakyat dan majoriti pemimpin UMNO/BN
sendiri yang menuntut dan mencabar supaya Dr. Mahathir meletak jawatan
saja. Tetapi, segelintir pihak yang berkepentingan dan sekongkol dengan karenah
dan agenda busuk Dr. Mahathir dan ?inner-circle?nya nampak bahawa
penyingkiran Dr. Mahathir bermakna kepentingan peribadi mereka akan
?lingkop? punah-ranah. Rasuah, Penyelewengan dan kolusi mereka akan
terdedah dan rakyat pasti akan bertindak mereformasikan segala institiusi
terbabit. Mahathir Menerima Sokongan Palsu
Apa yang dilihat, Dr. Mahathir mendapat sokongan padu dari lapisan
pemimpinn UMNO dan komponen Barisan Nasinal. Tetapi itu bukan sokongan
berasaskan politik lagi. Pemerhati politik mendapati bahawa sokongan
terhadap Mahathir adalah sokongan demi ?kepentingan tembolok?
semata-mata, ie: ?extra-politics?. Ia adalah sokongan PALSU!!
Rumusan itu bukan suatu FITNAH dengan tujuan berniat jahat. Ia adalah
pernyataan keadaan sebenar dan tidak seharusnya diremehkan sebagai
tohmah politik. Rata-rata veteren ?Bekas UMNO? (sama seperjuangan dalam
UMNO seperti Amin Sapiro) sanggup meninggal parti itu semata-mata mahu
melihat pemimpin UMNO/BN dan negara ini kembali ke tampuk.
Tetapi, jika UMNO/BN gagal memenuhi syarat mutlak ?yang satu?, tidak ada
siapa yang harus kesal melihat UMNO Baru(a) dikuburkan tanpa nesan.
Syarat itu adalah - humbankan regu Mahathir-Daim, kikis semua
haprak-haprak barisan pemimpin UMNO/BN yang berdosa besar
mengkhianati amanah rakyat - dan adili mereka sebagai penjenayah!
Mungkinkah ini mampu dilakukan oleh barisan pemimpin pelapis UMNO/BN?
(sambung) Amin Sapiro |