Laman Webantu KM2A1: 2801 File Size: 2.9 Kb * |
Buat cendiakawan yang bertanya By web aNtu 17/9/2000 8:52 pm Sun |
Sebelum itu sdri Dahlia diminta menghubungi PW webantu untuk diberitahu
cara2 memasukkan rencana supaya tidak tertendang. Password untuk
nama ini sudah tertelan, jadi sudah sukar untuk Dahlia menggunakannya
lagi sekiranya tidak diberitahu kekata kuncinya.
YANG BERTANYA Tulisan ini juga saya tujukan kepada cendiakawan yang menanyakan
persoalan tadi yang serupa. Tidak dinafikan ada orang yang menganggap
kehadiran penulis siber sebagai sia-sia dan membuang masa serta wang
tanpa kesan yang kelihatan. Tetapi ada beberapa fakta yang patut dibaca
supaya kita dapat menggambarkan sejauh mana kesan2 penulisan itu
berjaya menukar keadaan dan minda si pembaca.
YANG TERLAPUR Lapuran Newbytes yang lalu mengatakan TMnet kini menguasai 67% pasaran
talian hubungan melalui internet. Penggunanya pula dilapurkan mencecah
angka 700,000 banyaknya. Selain itu sudah timbul pelbagai rungutan
seperti masalah kekurangan talian serta lambatnya melayar ruang angkasa
siber. Apakah yang terserlah disebalik masalah ini? Bukankah ia bermakna
ada sesuatu di sana yang membuatkan manusia bersusah payah datang mencarinya.
Malah mereka sanggup komplen lantaran perlahannya sistem yang ada.
Apakah hiburan yang mereka cari atau permata yang berharga RM20 juta yang
dihadiahkan kepada sesiapa yang dapat menangkapnya?
BILA PENULIS MEMBUKA DIARI Saya terpaksa menyepi membuahkan fikiran buat sehari dua ini kerana
sedang mengarang, disamping mencari idea untuk melakar hujah yang
bakal mendatang. Sejak akhir-akhir ini saya menukar sedikit strategi
dan penampilan penulisan. Ini bermakna komen pendek dari saya mungkin
akan berkurang kerana saya kini mengatur hujah menjadi karangan.
Sebenarnya kita tidak tahu kemanakah tulisan-tulisan itu berakhir selepas
ia dilepaskan. Adakah ia sekadar mengisi ruang hiburan minda atau hanya
menjadi lukisan yang rakyat tidak dapat membaca isi dan mesejnya. Atau apakah
ia disebar meluas sehingga melepasi benua dan sempadan negara?
DIMANAKAH BERITA Jawapannya sudah ada jika cendiakawan itu membaca berita di dalam berita.
Sejak merdeka Mahathir sudah semakin tidak terlupa untuk mengucap satu
kekata yang disematkan bersama "barisan kuasa" yang digeruninya. Buat
pertama kalinya internet diucapkan sebaris dalam perutusan merdeka yang
ramai rakyat mendengarnya - terutamanya rakyat yang masih cetek minda
kesedarannya. Maka usah dirisau kemana perginya tulisan kita yang tidak seberapa.
Bila mulut diktator tua asyik menyebutnya bukankah itu bermakna
tulisan-tulisan siber itu sudah mengena sasarannya?
|