Laman Webantu KM2A1: 2797 File Size: 6.0 Kb * |
Dimanakah Letaknya Kekuatan Sebuah Perjuangan? By Amin Sapiro 17/9/2000 8:31 am Sun |
Amin Sapiro (untuk penegak Keadilan rakyat)
SEORANG rakan menulis email kepada saya, bertanya - apakah
perjuangan penulis siber di laman pro-reformasi akan mampu mengisi
peranan perjuangan massa. Beliau menyatakan bahawa perjuangan penulis siber itu adalah
berhadapan dengan pelbagai kelemahan dalam menentang suatu gagasan
yang sangat kuat. Tidakkah mereka melakukan kerja yang sia-sia
semata-mata? Tanya beliau. Sehingga kini, lebih sebulan saya belum menjawabnya. Beliau, sebagai
intelektual, masih saya teragak-agak untuk menjawab. Saya tidak mau
beliau tersinggung hati. Maklumlah, kalau sudah bergelar cendakiawan,
tentu perasaan beliau merasa dirinya hebat. Bandingkan dengan saya -
tidak ada apa-apa, bagai langit dengan bumi.
Dengan ini, jika beliau membaca cerita ini, mungkin beliau akan dapat
mengerti dan menilai erti perjuangan ?orang-orang lemah? seperti penulis
siber. Sebenarnya, disebalik ?kelemahan? ini, tersembunyi ?kekuatan?
yang sukar dilihat dengan mata kasar.
Mungkin saudara pembaca dapat berkongsi sesama kita untuk mencari
?falsafah? yang terkandung dalam cerita yang disampai oleh seorang
teman saya. Fikirkan dalam-dalam. Amin Sapiro `````````````````````````````````````````````````
"KITA SEMUA ADALAH BAGAI TEMPAYAN RETAK"
SEORANG tukang mengangkat air memiliki dua tempayan besar;
masing-masing bergantung pada kedua ujung sebatag kayu pikulan yang
dibawanya menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak,
sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.
Maknanya, jika tempayan yang tidak retak itu cuma mampu membawa air
setengah penuh dalam perjalanan panjang dari denai air ke rumah
majikannya. Kerana retak, tempayan retak itu hanya dapat membawa air
setengah penuh saja. Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang mengangkat air itu
hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya,
bukan dua. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan
prestasinya, karana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.
Si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan
ketidaksempurnaannya. Ia merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan
setengah dari bahagian yang seharusnya dapat diberikannya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu
berkata kepada si tukang mengangkat air tadi, katanya:
"Hamba sungguh malu pada diri ku sendiri, dan hamba ingin mohon maaf
kepada tuan hamba." "Kenapa?" tanya si tukang mengangkat air. "Kenapa kamu merasa malu?"
Menjawab tempayan retak tadi, "Hamba hanya mampu, selama dua tahun
ini, membawa setengah bahagian air dari yang seharusnya dapat hamba
bawa; kerana adanya retakan pada sisi hamba. Kecacatan itu telah
membuat air yang hamba bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah
majikan kita. Karena cacatku itu, hamba telah membuat tuan hamba rugi
tenaga," kata tempayan itu. Si tukang air itu merasa kasihan pada si tempayan retak itu. Dengan
perasaan belas kasihan ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan
besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang
jalan antara perigi dengan mahligai tuan kita.? Katanya.
"Esoknya, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak itu memperhatikan.
Baru tempayan retak itu menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di
sepanjang sisi jalan. Suasana itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada
akhir perjalanan, ia kembali sedih karena separuh air yang dibawanya telah
bocor. Kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas
kegagalannya. Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan
adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di
sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu? Kerana aku
sentiasa menyedari akan kecacatanmu, aku telah memanfaatkannya?
katanya. Katanya lagi, ?Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan
di sisimu. Setiap hari, jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi
benih-benih itu dari air yang tiris dari retak mu?.
?Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu
untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kecacatanmu itu, majikan kita
tisdak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang.", katanya.
``````````````` Fikirkan ini: Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan dalam diri kita sendiri.
Oleh itu, kenalilah kelemahan kita. Syukurilah kelemahan kita sebagai
kebesaran Tuhan yang mengurniakan kepada kita. Ketahuilah, ?DI DALAM
KELEMAHAN KITA, KITA MENEMUKAN KEKUATAN YANG AMAT
BESAR..!? Alhamdulillah?..!! Kita wajib bertawakal dan menyerahkan untuk diberkatiNya. |