Laman Webantu KM2A1: 2795 File Size: 12.9 Kb * |
TJ 'Pandangan Saya Adalah Pandangan Umum Juga' By Marhain Tua 16/9/2000 9:21 pm Sat |
FOKUS KHAS: "Pendapat Saya Adalah Pandangan Umum Juga"
Oleh: Sadirah K : ("My opinion Is Public Opinion")
{Tulisan asal dipetik daripada HARAKAH 16-30 Sept. muka
surat 14.} Wawancara itu telah mendedahkan beberapa pemikiran
berbahaya yang tercetus daripada minda seorang yang
memimpin Malaysia. Pemimpin ini membuat pendedahan betapa
pentingnya taksiran sendiri akan sumbangannya itu.
Pandangan orang lain tentunya disisihkan begitu saja.
Di dalam keadaan yang keterlaluan pemikiran seperti ini
adalah disebut sebagai 'Megalomaniak'. Insan yang mempunyai
sifat megalomaniak ini selalunya mempunyai nafsu untuk
menonjolkan perasaan sombong kerana sesuatu dan berlagak
seperti orang yang penting. Mereka yang memegang kuasa
terlalu lama memang mudah dihantui perangai ini. Kita
telah memberi ruang kepada mreka menghidupkan sifat itu
dengan menidakkan peluang kwmunculan pandangan yang
aternatif untuk mendapatkan sesuatu kebenaran itu.
Golongan ningrat dalam masyarakat kita selalunya
bertanggungjawab dalam kewujudan demagog seperti itu.
Merekalah yang dulu menyedari dan memahami sesuatu keadaan
tanpa mahu melakukan sesuatu. Dalam proses itu mereka juga
yang akhirnya menjadi tukang ampu.
Mahathir sudah pun merasakan kehilangan maruah dirinya di
negara ini. Beberapa lapuran polis yang difailkan
terhadapnya mencetuskan pelbagai soalan kritikal yang
menyangkuti etika. Yang menyedihkan banyak lagi yang akan
menghenyaknya sebaik sahaja dia kehilangan kuasa.
Seseorang hanya perlu memikirkan keadaan keluarga Marcos
untuk menyedari betapa hilangnya kewibawaan beberapa
generasi itu disebabkan kebodohan seorang insan. Di
peringkat global, media antarabangsa telah mengutuk kesah
Anwar Ibrahim dihakimi. Penghakiman itu telah mencetuskan
banyak persoalan. Malahan, masyarakat kehakiman negara
menjadi sasaran kutukan kerana meminggirkan soal keadilan
dan kesaksamaan. CNN pernah menemubual menteri luar negara yang menyebut
betapa yang tertuduh mempunyai satu pasukan peguam yang
terbaik membelanya. Dia telah memperlekehkan kelulusan
undang-undangnya apabila membuat kenyataan itu kerana
ketika itu ramai di kalangan masyarakat antarabangsa yang
mengutuk kes itu, prosesnya dan juga keputusan yang telah
diambil. Bahawa kita terpaksa menanggung malu disebabkan
kebodohan yang dipamerkan oleh menteri kita ketika
berdepan dengan media antarabangsa memang memperlekehkan
negara kita juga. Apa juga yang akan dikatakan oleh Mahathir dia masih tidak
berupaya melindungi kesakitan yang mendalam yang
dicetuskan oleh kehilangan maruah dirinya baik di negaara
sendiri mahupun di peringkat antarabangsa. Dia sudah
tersungkur malahan sudah melakukan satu lompatan ke
kancah keaiban disebabkan keangkuhannya sendiri.
Kita boleh mempamerkan sehelai kain putih dan meletakkan
satu tompok hitam di atasnya. Ramai orang akan menumpukan
perhatian mereka kepada tompok hitam tadi tanpa
mengendahkan keseluruhan kain putih yang terbentang itu.
Kita boleh mengaitkan perkara ini dengan kisah beliau
menangani 'Krisis Anwar Ibrahim', di mana Mahathir telah
mendedahkan kelemahannya dan kerakusannya untuk terus
berkuasa. Persaingan korporat pun tidak berakhir dengan
cara ini. Pergelutan politik yang berlaku itu telah
memperlekehkan beberapa institusi penting dalam pentadbiran
negara - dan juga Mahathir. Orang politik yang lemah selalunya mencari isu untuk
dijuarai. Perangai inilah yang membawa padah kepada
kewibawaan mereka. Permintaan kumpulan Suqui telah dilakukan ketika pemilu
yang berlalu. Tiba-tiba bulan yang lalu permintaan mereka
itu dijadikan satu isu yang hangat. Kebanyakan perkara
tuntutan mereka itu adalah sama dengan yang tertulis dalam
Manifesto Pilihanraya yang dikemukakan oleh Barisan
Alternatif di pemilu dulu. Inilah yang membuatkan
Mahathir naik berang. Apakah niatnya sebenar apabila menyebut Suqui dan
mengaitkan mereka dengan pergerakan komunis yang lalu?
Mungkin juga Mahathir harus jelaskan kenapa dia berpelukan
dengan Fidel Castro ketika mereka berada di Amerika
Syarikat dulu. Apakah ini membuatkan dia digelar komunis
apabila dibandingkan dengan Suqui? Dalam hal berpelukan
itu, kelakuan mereka hanya memperlekehkan Fidel Castro.
Tidak ada pemimpin negara bebas yang akan mendapat sebarang
menafaat kalau mereka mengalukan kedatangan Mahathir, tanpa
menjejaskan kewibawaan mereka sendiri.
Mahathir pernah berkata; "Menggalakkan kebencian tehadap
orang lain sebagai cara meraih sokongan terhadap diri
sendiri adalah laksana bermain api. Ketika kecil, api itu
kawan, tetapi apabila besar ia menjadi lawan. Api yang
besar akan memusnahkan kita semua." Sebenarnya Mahathir
yang sedang bermain api dan adalah menyedihkan kerana dia
telah menggunakan majlis ulangtahun kemerdekaan untuk
menyerlahkan kemuflisan fikirannya. Mahathir tidak berapa minat dengan isu yang dikemukakan
oleh Suqui. Dia bersama kroninya sedang memutarbelitkan
isu politik usang untuk memecah dan perintah dalam usaha
untuk meraih sokongan orang Melayu. Mungkin ini adalah
satu gambaran kepada apa yang dikatakan perpaduan negara
mengikut acuan Barisan Nasional . David Chua merupakan Timbalan Pengerusi NEAC (MAPEN II).
Mungkin Mahathir menganggapnya seorang ekstremis (pelampau)
kini. Anwar dianggap begitu sebaik sahaja dia disingkirkan.
Dia menjadi seorang yang mengancam keselamatan negara dalam
masa beberapa minggu setelah dipecat daripada jawatan
timbalan perdana menteri. Adalah satu paradoks apabila isu seperti ini tidak boleh
dibincangkan dalam bilik yang tertutup. Sedangkan inilah
lah strategi yang diamalkan oleh NEAC. Malahan, yang
menyerlah ialah kekuatan suku kaum yang terdapat dalam
parti komponen BN itu. Mereka tidak pernah berunding sesama
mereka, ataupun membincangkan dasar-dasar ataupun merangka
strategi secara perundingan. Secara hakikatnya mereka
merupakan parti etnik yang dirangkaikan bersama berdasarkan
kemahuan sendirian sambil mempamirkan satu sirat nipis
yang melambangkan perpaduan. Kalau muncul satu isu yang kecil sekali pun, mereka akan
bingkas dan mula menyerang antara satu sama lain. MCA, UMNO
dan MIC memang jarang bersidang untuk berdialog ataupun
membincangkan sesuatu isu yang mendatangakan persefahaman.
Cara mereka beroperasi ialah setakat kemampuan
bertoleransi. Cara mereka menangani isu yang dicetuskan
oleh Suqui adalah satu penyerlahan terhadap kemampuan itu.
Kita sedang menyaksikan keupayaan parti yang berasaskan
perkauman dalam menangani cabaran Malaysia moden. Pihak
pembangkang pun mempunyai batasan mereka. Tetapi masalah
perkauman bukan menjadi faktor yang menyulitkan.
Masadepan konsep 'Bangsa Malaysia' untuk anak-anak dan
cuu-cicit kita terletak dalam perkara ini. Janganlah kita
terjebak kepada sikap keresahan Mahathir, ataupun kepada
keadaan UMNO yang semakin kehilangan kuasa dan politik
perkauman yang akan membuatkan negara ini gostan ke
belakang. Pandangan umum mesti didengar dan dihormati. Ia merupakan
suara rakyat dan bukannya hanya pandangan Mahathir
sendirian. Diterjemahkan oleh -MT- Gambar: MEMELUK KOMUNIS-KOMUNIS ... Apakah ini menjadikan Mahathir lebih
komunis dari Suqui? Perbuatan ini hanyalah menjatuhkan darjat
Fidel Castro.
|