MGG 79
Politik Pembayaran Royalti
Terjemahan (MGG: The Politics of Royalty Payments)
Kerajaan Persekutuan terpaksa menggunakan ilmu semantik
(Dalam Kamus UMNO, Ilmu Semantik bererti ;'bercakap dengan
lidah bercabang, lebih panjang daripada lidah biawak -
penterjemah) dalam memberikan penjelasan kenapa royalti
Petronas kepada Terengganu itu bukannya satu royalti. Ia
adalah pembayaran ihsan kerana negeri itu adalah yang
termiskin di Semenanjung. Tafsiran itu telah menjadi satu
rahsia sejak lebih daripada suku abad lagi, dan didedahkan
hanya apabila PAS berjaya memenangi pemilu November yang
berlalu. Sejak itu Kuala Lumpur membuat pendirian untuk
mengongkosi projek yang hanya direstuinya. Tidak kiralah
amas Petronas masih memperakui istilah 'royalti' itu.
Pengagehan dana memang tugas Kuala Lumpur, tentunya
kerajaan pusat itu mahu bermain politik mengenainya. Cuma
mainan itu terhad kepada Terengganu dan tidak kepada Sabah
dan Sarawak, yang menerima royalti kerana minyak yang
digerudi di perairan mereka. Mainan politik semacam ini
akan mencetuskan satu contoh yang merbahaya. Nampaknya
bantuan pusat kepada kerajaan negeri akan bergantung kepada
siapa yang sedang berkuasa di negeri itu; mereka yang
dikuasai oleh pembangkang berkemungkinan menerima layanan
yang buruk. Walaupun perkara ini dinafikan, kemungkinannya
terus berlaku tidak boleh diketepikan, terutama sekali
kalau pihak pembangakang menguasai Sarawak dan Sabah.
Kenapakah Kuala Lumpur bertindak untuk meregangkan
hubungan baik di antara pusat dengan kerajaan negeri,
terutama sekali apabila ia membabitkan kerajaan daripada
parti pembangkang? Defisit akaun semasa negara sedang
berkecamuk, sedangakan tidak ada ruang untuk menjimatkan
belanja lagi. Macam manakah penjimatan dapat dilakukan
kalau hampir dua puluh lima peratus pendapatan negara
terpaksa diperuntukan untuk membayar hutang, sedangkan
hampir 60% perlu dibayar kepada kos tetap seperti gaji dan
sebagainya. Tentunya RM satu bilion yang patut dihantar
kepada Terengganu merupakan sumber yang baik untuk
melegakan bebanan kerajaan pusat. Tetapi, kelegaan itu
tidak muncul juga kerana sikap mencetuskan perbalahan
dengan kerajaan negeri hingga mengakibatkan munculnya
persoalan yang mempertikaikan keikhlasan terhadap kerajaan
negeri itu. Ceria lama pun diungkit semula. Kalaulah
Terengganu bertegas dengan pendiriannya, kerajaan pusat
akan berhadapan dengan satu masalah yang sungguh melekit.
Paa dasarnya, Kuala Lumpur tidak boleh menidakkan hak
royalti itu kepada Terengganu, ataupun cuba mengolah satu
cara baru untuk membuat pembayaran itu. Sepatutnya Kuala
Lumpur mendedahkan perjanjian yang ditandatangani oleh
Petronas dan Terengganu dan memberikan penjelasan kenapa ia
membuat pendirian dalam berbelanja sakan di Terengganu
ketika Barisan Nasional berkuasa di negeri itu. Kerajaan
pusat harus membuat penjelasan kenapa ia membazirkan begitu
banyak wang di Terengganu sedangkan di waktu yang sama ia
meraih banyak keuntungan daripada negeri itu. Malahan
boleh dipertikaikan juga betapa cara perbelanjaan itu
dihamburkan di Terengganu dulu sebenarnya bertujuan untuk
terus membuatkan negeri itu terus menjadi sebuah negeri
yang mengemis.
Impak kerakusan kerajaan pusat itu boleh dirasakan kini.
Ia menjadi satu ingatan lantang kepada semua negeri yang
lain, agar rakyat negeri itu tidak memilih parti
pembangkang untuk menerajui pentadbiran negeri. Pembayaran
royalti ataupun apa juga nama lain yang digunakan, hanya
merupakan hanya sebahagian kecil masalah yang menggunung
besarnya, yang masih tersuruk lagi. Hubungan pusat dan
negeri memang semakin renggang kini, kerana masih banyak lagi
negeri yang berkemungkinan melakukan sikap ini. Perkara
ini mungkin tidak akan berlaku dalam pemilu yang mendatang
ataupun sekali lagi selepas itu. Kemungkinan berlakunya
semua itu memang semakin nyata, apatah lagi kalau ada
sikap melanggar aturan perlembagaan dan perjanjian yang
menjadi asas hidup berukun itu. Pentadbiran kerajaan sekarang
ini adalah berbentuk kerajaan campuran kecuali Kelantan dan
Terengganu. Kemungkinan negeri lain memihak kepada
pembangkang. Apabila berlaku tentunya perhubungan yang baik
itu terjalin di kalangan yang bercampur dan tidak lagi
terikat disebabkan perlembagaan.
Kerajaan pusat memang amat curiga kalau ada kerajaan negeri
yang mampu bebas dari segi kewangannya, kerana ini mungkin
menggugat semangat berpersekutuan. Lantas, kerajaan
negeri itu mestilah sentiasa mengemis. Apatah lagi kalau
kerajaan negeri itu sebuah kerajaan yang dikuasai
pembangkang. Inilah asas pendirian Kuala Lumpur dalam
mengungkitkan isu pembayaran royalti itu. Terengganu
menjadi mangsa kerana Kuala Lumpur amat curiga bagaimanakah
Terengganu akan membelanjakan pembayaran royalti yang
hampir bernilai RM Satu Bilion itu. Keraguan Kuala
Lumpur itu bukan sahaja merenggangkan hubungan baik di
antara Terengganu dengannya malahan ia sudah mencurigakan
semua kerajaan negeri yang lainnya. Perkara ini bukanhya
niat Kuala Lumpur yang asal. Tetapi, kalau perkara ini
terus membuak, nampaknuya kaedah pentadbiran China yang
mengamalkan pentadbiran 'Satu negara, dua sistem' mungkin
mendapat tempat untuk diamalkan di negara ini. .
Diterjemahkan oleh -MT-
15 September, 2000