Laman Webantu KM2A1: 2790 File Size: 3.8 Kb * |
Fwd: Pengerusi TNB baru tunjuk belang By Mind Broker 16/9/2000 3:51 am Sat |
Komen: Bukan pengerusi sebarang pengerusi, Kini ada dua blackout yg mungkin terjadi
Fwd: [sangkancil] Pengerusi TNB baru tunjuk belang
Dalam tempoh tersebut saya telah melalui beberapa orang Pengerusi (Eksekutif
dan Bukan Eksekutif). Namun selama 4 tahun yang lalu dibawah naungan YBhg.
Tan Sri Ahmad Tajudin Ali, saya berasa amat selesa atas daya kepimpinannya
yang dinamik, berprinsip, telus, tegas, berkualiti dan yang paling penting
amat prihatin terhadap pekerja. Kini TNB 'diterajui' pula olih Dato' Dr. Jamaludin Jarjis - orang politik
pertama menjadi Pengerusi TNB. Pada hari pengumuman beliau olih YB Datuk
Amar Leo Moggie, saham TNB jatuh RM1.20. Kemudian Lembaga Pengarah yang
mungkin panik cuba memujuk Tan Sri Dr. Tajuddin agar kembali semula. Tahniah
Tan Sri kerana berpegang kepada prinsip dan sentiasa menjaga maruah serta
tidak mudah dicucuk hidung. Apa yang ingin saya maklumkan kepada saudara pengarang adalah tindak-tanduk
Pengerusi (BUKAN EKSEKUTIF) baru ini. Sepanjang yang saya tahu, beliau hanya
bertanggung-jawab kepada Lembaga Pengarah TNB saja dan TIDAK sewajarnya
mencampuri urusan operasi apatah lagi memberi arahan terus kepada pegawai
atau pengurus operasi. Satu keanihan yang tidak pernah dilakukan olih
Pengerusi Bukan Eksekutif sebelum ini.
Sebaik saja dilantik menjadi Pengerusi, beliau sudah menujukan tembelangnya.
Tahulah dia orang politik tapi janganlah melebihi sempadan. Beliau menemui
pegawai-pegawai (BUKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH) secara berperingkat-peringkat
dan memberi arahan berbau politik antaranya:
Aduhai apalah malangnya TNB. Barulaa nak boleh angkat muka sikit dah macam nie pulak. Peristiwa 'black-out satu negara' empat tahun lalu baru aje sembuh, dah orang berpenyakit pulak datang. TNB oh..... TNB apa nak jadi.....................
Pekerja TNB |