Laman Webantu KM2A1: 2785 File Size: 2.4 Kb * |
Royalti: Lagi Komen Tun Salleh Abbas By Mind Prober 15/9/2000 6:23 pm Fri |
Komen: Mahathir telah melanggar dan menodai bukan satu perjanjian, tetapi dua
perjanjian. Beliau juga telah menodai 3 Ordinan yang disebut dalam
Perlembagaan Negara (sila lihat posting saya yang lepas).
Orang yang telah melakukan penindasan dan menodai perjanjian dan
cuba memperlekehkan kerajaan pilihan dan yg dimandatkan rakyat adalah
orang yang sudah tidak menghormati UNDANG-UNDANG itu sendiri.
Bukankah orang ini sewajarnya disebut sebagai PENJAJAH!!
Tajuk: Two Pacts on Right to Receive 'Royalty' says Salleh.
Dua Perjanjian mengenai Hak untuk menerima 'Royalti" kata Salleh.
Pesuruhjaya Hosbah, Tun Mohammad Salleh Abbas memberitahu sidang DUN
semalam bahawa terdapat 2 perjanjian yg menyentuh Hak kerajaan Negeri
untuk menerima "royalti petroliam dari Petronas.
Pertama: Perjanjian yang pertama ditanda tangani oleh MB, Tan Sri Wan Mokhtar,
bagi pihak Keraj. Negeri dan Presiden Petronas, Tengku Razaleigh bagi
pihak Petronas, pada March 1975. Kedua Perjanjian kedua ditanda tangani oleh bekas Presiden Petronas Tan Sri
Abdullah Mohamed dan Wan Mokhtar pada September 1987, dimana ia
mengandungi formula untuk mengira royalti petroliam pada kadar 5%, yang
dipersetujui oleh Kerajaan Persekkutuan.
Menurut Salleh, kedua-dua perjanjian itu mengesahkan lagi bahawa Terengganu layak dan berhak menerima Royalti dalam bentuk TUNAI.
Sementara itu, MB Abdul Hadi Awang menyatakan cara baru yang disarankan
oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu campur tangan dan penodaan
(intervention) di dalam hal2 Kerajaan Negeri yg dipilih rakyat,
Kerajaan Persekutuan sepatutnya menghormati mandat yg diberi oleh
rakyat Terengganu semasa p/raya lepas.
HARAKAH Dari Harakah Edisi Terbaharu, Muka 3, 17J/Akhir - 2 Rejab (16-30 Sep 2000),
di bawah sudut RINGKAS: ada meyebut "Dalam perjanjian yg disebutkan tentang cara menghitung 5% ialah mengikut harga FOB."
|