Laman Webantu KM2A1: 2783 File Size: 8.4 Kb * |
Jika Enggang Pulang Ke Sarang??!! By Amin Sapiro 15/9/2000 5:59 pm Fri |
Amin Sapiro (Gurau2 sinis sikit)
JIKA ENGGANG PULANG KE SARANG??!! Sejak dulu kita cuma membaca akhbar-akhbar arus perdana. Paling
lanjut, kita cuma mendapat berita dari Berita Perdana TV Malaysia.
Tetapi, kita cuma dapat melihat muka Dr. Mahathir dan beberapa orang
?mala'un? upahan beliau bercakap. Mereka nampak canggih, pakai
?smart?, cakap bahasa yang hebat, ada falsafah yang sukar kita faham.
Tapi sebenarnya, mereka itu adalah ?tukang jilat?. KEPARAT!
Hampir kesemua mereka telah mengatur soalan yang baik-baik dan
memberi penerangan yang sedap didengar. Sebagai orang diluar
gelanggang, kita tidak ada cara lain untuk mengetahui sejauh mana kita
sudah ditipu dan dibohongi. Kita tidak tau menteri mana yang rakus
makan suap, rogol gadis bawah umor, selewengkan duit rakyat, dan
merancang mengsonglap hak-hak rakyat.
Wan Moktar jadikan rakyat Terengganu sampai jatuh bangsat - kita tak
tau. Mahathir bina Mahligai RM200 juta dan belia Global Experess
RM200 juta; kita bebal!! Bila dia kata Mahligainya cuma RM17 juta, kita
orait!! Bila dia kata Soros jahat sebab dia Yahudi - kita telan
bulat-bulat. Bila Ghafar kena saman muflis, kita kata ?Kesian?. Bekas TPM, dah tua
tak ada harta?. Padahal orang politik UMNO/BN sedang main ?silap
mata?. Mahathir pulak lagi hebat. Bila dia terdesak dia MENANGIS. Depan
kamera TV tunjukkan betul-betul dia tersedu-sedan. WANITA UMNO,
sepu airmata dengan lengan baju. Habis celak dan gincu merah terpalit
sampai ke pipi. Itu semua ?SANDIWARA? pemimpin UMNO. Kita
terpesona!! Kesimpulannya, para pemimpin UMNO/BN yang berhadapan dengan
segala kebebasan berbohong, menyebabkan kita sebagai rakyat cuma
ikut telunjuk. Bila tiba pilihanraya, rakyat dipujuk dirasuah dengan
?sleeper Jepun? dan suruh pangkah UMNO. Pembangkang kita
ketepikan. Jika Pembangkang bercakap, kita kata: "Memang itu dasar
Pembangkang, cari pasal dan cari marah orang".
Jika kita tanya, siapa cakap? Semua orang beri jawapan yang
sama: "Dr. Mahathir cakap..!!" Kerana itulah, selama 20 tahun Mahathir jadi PM & Presiden UMNO;
kita jadi bebal. Sebagai penyokong UMNO, kita sungguh-sungguh
dungu (termasuk Amin Sapiro juga dulu? hehee. Kena ngaku).
Kakitangan awam, polis, tentera pun sama. Mereka tak tau
?apake-benda?. Minda mereka sudah kena ?perkosa?.
Jadi, tahap pemikiran kita hampir-hampir sama. Kakitangan awam yang
berpangkat terpaksa ?angkat boss-boss? mereka. Jika banyak cakap,
akan turun pangkat. Mau ke? Petani - jika lawan tak dapat subsidi baja. Buruh kasar pula - kena
buang kerja. Penyewa rumah pangsa kena hukum keluar. Setenggan
akan dihalau macam kucing kurap. Habis bagaimana?
Majoriti rakyat hanya sebagai penonton, sedangkan pembangunan
berlalu dihadapan mata. Seorang usahawan kecil yang baru cuba
berniaga warong akan dikenakan pelbagai syarat. Tiap-tiap satu syarat
dikenakan ?tambahan?. Yang ?tambahan? itu tidak disebut
korupsi, tetapi ?wang sagu hati?.
Lagi besar bisnis, lagi besar ?sagu hati? nya. Kalau tak percaya boleh
tanya orang warong bandaraya. Wakil Rakyat sekian nilai
sagu-hatinya. UMNO Cawangan, Bahagian? sekian..sekian
?angpow?nya. Kita tak boleh laporkan kepada BPR. Selalunya kita yang melaporkan
kena lokap. Inilah yang berlaku kepada Ezam. Bila tuduh Rafidah,
Mahathir, Najib, dll rasuah; BPR bukan saman mereka yang terlibat,
tetapi Ezam pulak yang kena tangkap.
Bila peguambela tanya mengapa? Nanti hakim sendiri akan kata,
"You're making my life difficult"!!?. Bermakna, kalau tengok perkara
yang tak senonoh, kalau pelaku itu dari puak UMNO/BN, rakyat mesti
diam. Seperkara lagi, jika kita sanggup pergi ke mahkamah dan cabar pihak
tertentu, SB Bkt. Aman akan lokap kita dulu. Maka ?torture? pun
bermula. Rakyat yang melaporkan akan ditelanjangkan. Tak kena gaya,
beliau akan dipaksa menandatangani satu kenyataan menarik balik
tuduhan. Akhirnya, kita terjerat - yang korup terlepas.
Kita nak marah kepada siapa? Siapa yang bersalah? Jawapannya
semua orang tahu, iaitu yang bersalah adalah kita, pengundi dan
pemilih UMNO dan Barisan Nasional. Mahathir suka, Dolah Bedawi
suka. Selagi rakyat bangang dan pecaya dengan akhbar arus perdana
- mata kita akan terus buta dan minda kita akan terus tertutup. Tak
nampak apa-apa. Meraba-raba!! Itu sebab Mahathir dah siang-siang arah pakar-pakar pemantau
internet pantau semua LamanWeb. Cari penulis yang buka ?pekong?
mereka. Tuduh mereka tabur fitnah. Kenakan ISA. Katakan mereka
lawan kerajaan Kalau ada akhbar dan majalah seperti HARAKAH, DETIK,
AL-WASILAH, EKSKLUSIF - hapuskan permit KDN mereka. Tak boleh
lagi edar. Kalau parti politik nak buat ceramah, kelak FRU berlori-lori datang arah
jangan pakai loud-speaker. Kalau orang berhimpit macam sardin dalam
Dewan, itu bukan masalah UMNO. Itu polis punya salah.
Kalau UMNO nak buat ceramah - mereka ada stadium Bkt. Jalil. Polis
jaga! Walaupun dibuat gunakan wang rakyat, tapi penggunaan terhad
kepada UMNO/BN ?bangsat? saja. Ini bukan fitnah, boleh tanya
pemimpin KeADILan. Contohnya, Pembangkang hanya boleh adakan ceramah di Markaz
PAS Tmn Melewar. Kalau 10,000 yang hadir, mesti masuk Dewan.
Kira-kira memang tak larat. Tetapi bila dengar Ezam, Azmin, Mahfuz,
akan bercakap - orang tak kesah banyak; HADIR MESTI HADIR.
Apatah lagi, Sup ekor di simpang tiga memang memikat. (shhhh? saya
Dahlia yang cakap. Rekemen. Bila saya gi sana, try satu.. 3 mangkok?
sonyaaapppp? Rasa nak ulang gi KL? Hehehe!!).
Paling busuk perangai UMNO, ulamak terkenal ditegah tak boleh
ceramah. Dalam ?senarai hitam? ada hampir 30 orang. Yang
dibolehkan hanya ?ulamak UMNO? saja. Itu termasuklah Astora Jabat
dan Kassim Ahmad. Yang lain seolah-olah dianggap penyebar ?Ajaran
Sesat?. Kita nak tanya sekarang, jika rasuah Rafidah, Mahathir, Daim, dan
geng-geng haprak UMNO itu dihalalkan oleh ulamak UMNO, siapa
sebenarkan pengembang ?Ajaran Sesat??
Gitulah ?Jika Enggang pulang kesarang, ia HANYA akan pulang
setelah perutnya KENYANG!!?. Nampaknya pemimpin UMNO/BN masih
belum kenyang. Selagi Mahathir tak tiup ?wistle?, sampai kiamatlah
nampaknya?! Bila rakyat nak tiup ?wistle? bagi UMNO ?stop?..?
|